Suu Balm Untuk Kulit Gatal & Eczema kini di Watsons Malaysia

4:54 pm


Tahukah anda, 1 daripada 10 rakyat Malaysia menderita dari penyakit eczema, dan yang paling mengejutkan 2 daripada 10 kanak-kanak di Malayaia menghidapi eczema. Eczema ni sedikit sebanyak menjejaskan aktiviti harian tau lagi-lagi yang ada eczema kronik. Memang mencabar lagi-lagi tiada proven cure yang wujud buat masa ni. Eh betul ke?




Suu Balm ialah salah satu jenama yang dibangunkan untuk kesesuaian cuaca Asia yang panas, dan membantu mengurangkan rasa gatal akibat eczema, seterusnya salah satu solusi terbaik untuk mereka yang ada masalah kulit kering dan gatal. Suu Balm dicipta dan diformulasikan oleh Dr. Tey Hong Liang, seorang Consultant Dermatologist dari National Skin Centre di Singapore. Doktor ni ada klinik khas untuk pesakit yang mengalami masalah kulit gatal yang kemudiannnya tersedar pesakit beliau memerlukan sejenis krim yang boleh melegakan rasa gatal dengan cepat. Sebav tu doktor ni cipta Suu Balm, dan selepas bertahun-tahun mengujinya, akhirnya Suu Balm berada di pasaran. 



Rangkaian Suu Balm Original ni ada dua; Suu Balm Rapid Itch Relieving Body Moisturizer dan Suu Balm Cream Body Wash. Rangkain Suu Balm Kids pula ialah Suu Balm Kids Rapid Itch Relieving Ceramide Moisturizer dan Suu Balm Kids Head to Toe Body Wash. Kalau korang kan, korang nak tahan gatal tu berhari-hari sampai dia baik atau korang nak rasa lega dari kegatalan tu dalam masa 5 minit je? 


Kalau macam Ney, kulit sangat sensitif! Mungkin belum tahap severe lagi, tapi mild level pun seksa ye. Panas sangat tak boleh, sejuk sangat tak boleh. Contoh, masa travel to Japan dulu, bahagian kaki, tangan dan muka Ney kering sangat sampai luka dan berdarah. Rasa gatal, menggaru tak habis lepas tu luka hahaha! Terganggu rasa waktu travel tu nak menggaru je. Dah garu mula la luka kan? Masa tu pakai lotion biasa pun tak jalan dah. Sekarang, duduk Kedah pulak. cuaca azab gila panas. Jabatan Meteorologi Malaysia pulak baru-baru ni keluarkan amaran bahagian Utara Semenanjung Malaysia mengalami cuaca panas luar biasa. Ye, sekali lagi kulit kering sebab terlalu panas masa tu. Merah, gatal, menggelupas semua cukup pakej!




Bila ada Suu Balm ni, sedikit sebanyak membantu Ney hilangkan rasa gatal yang rimas tu dengan cepatnya. Baru-baru ni juga Ney berkesempatan untuk ke workshop dikendali oleh Suu Balm dan Watsons Malaysia, dimana Ney belajar lebih ilmu tentang eczema, bagaimana Suu Balm dapat mrmbantu dan menjalankan beberapa experiment Menthol, Stopwatch dan Ceramide bersama Dr John O'Shea, salah seorang co-founder Suu Balm. Masa tu baru tahu apa kebaikkan kandungan dalam Suu Balm ni. Interesting kan?


Hasil experiment dan explaination dari Dr John O'Shea Ney belajar bahawasanya Suu Balm ni...

1. Krim Suu Balm menghentikan rasa gatal secara efektif dalam masa beberapa minit sahaja


2. Bukan sahaja menghilangkan rasa gatal dengan cepat, krim Suu Balm juga mengandungi peratusan tinggi bahan premium ceramide untuk membaikpulih kulit.  Bahan ni jarang ditemui dalam kebanyakkan krim pelembap untuk kulit sensitif tau!


3. Suu Balm Ultra-Gentle Moisturizing Washes tidak mengandungi harsh cleanser seperti SLS (Sodium Lauryl Sulfate), SLES (Sodium Laureth Sulfate) dan juga bebas parabens, bahan pewarna, dan wangian harum yang boleh memudaratkan kulit sensitif.

4. Kesemua rangkaian produk Suu Balm adalah disahkan halal oleh Jakim Malaysia dan boleh didapati secara ekslusif di Watsons. 


Sekarang ada special promosi harga pengenalan, untuk Suu Balm Body Moisturizer (15ml) cuma RM9.90 sehingga 4 Mac 2019, dan promosi Purchase-With-Purchase (PWP) menawarkan 30% OFF untuk Suu Balm Washes for Kids dan rangkaian produk Suu Balm Original, dari 5 March hingga 1 April 2019! Jangan lupa dapatkan Suu Balm di www.watsons.com.my atau di seluruh cawangan Watsons Malaysia. 

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook