Pandu Lalu Pertama Texas Chicken Di Lembah Klang

5:28 pm



Selama ni kalau Ney nak makan Texas Chicken selalu kena berhenti, parking, beratur panjang untuk order dan akhirnya dine in atau take away. Bila dapat tahu Texas Chicken akhirnya akan buka pandu lalu mereka yang pertama di Klang Valley, teruja habis! Ye lah, Ney peminat setia Honey Butter Biscuit Texas Chicken tau! Lepas ni dok kalut nak berkejar sana sini, boleh la pandu lalu je beli Texas Chicken kan? Jimat masa!




Kalau di Klang Valley, pandu lalu Texas Chicken Shell Sunway Mentari ni yang pertama. Tapi kalau di Malaysia, pandu lalu yang pertama buat Texas Chicken adalah di Sungai Petani! Lokasi Shell Sunway Mentari ni bagi Ney memang strategik sebab kat sini ramai student, family, dan mereka yang bekerja di tengah bandar Sunway yang sibuk ni.

Boleh la semua orang menikmati pelbagai menu Texas Chicken yang menyelerakan dan halal disahkan oleh Jakim -- tidak kira lah dine-in, take-away atau drive-thru. Cawangan ini berkeluasan 3,500 kaki persegi dan mampu memuatkan 146 pelanggan dalam satu masa. 


Turut hadir memeriahkan upacara pembukaan cawangan pertama yang mempunyai perkhidmatan pandu lalu di Lembah Klang ini ialah Pengerusi Envictus International Holdings iaitu Dato' Jaya Tan. Katanya selepas 6 tahun restoran yang pertama di Malaysia beroperasi, beliau berharap dapat memudahkan lagi urusan pelanggan yang ingin menikmati Texas Chicken dengan adanya pandu lalu ini.



Envictus Holdings setakat ini mengendalikan lebih 50 cawangan Texas Chicken di Malaysia dan tahun ni saja dah bukak 5 cawangan yang baru termasuklah cawangan pandu lalu di Sunway Mentari ni. Kalau korang tak tahu lagi, Malaysia ni Top 5 untuk Texas Chicken Global tau?


Bagi korang yang ingin dapatkan maklumat lanjut tentang cawangan pandu lalu Texas Chicken boleh la layari laman web mereka www.TexasChickenMalaysia.com


You Might Also Like

1 comments

  1. Menarik bila Texas Chicken boleh order drive through..
    Kebetulan LZ suka TC juga, memang tepat pada masanya..

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook