Menginap di Dimal Chalet Ayah & Mama, Kampung Jahang, Gopeng

12:41 am



Ke ladang limau tambun pun sudah, ke dusun durian pun sudah. Menarik bukan pengalaman kami menikmati buah-buahan tempatan di sekitar Ipoh & Gopeng, Perak? Kali ni, Ney nak kongsi pengalaman menarik kami menginap di Kampung-stay Dimal Chalet - Ayah & Mama yang terletak di Kampung Jahang, Gopeng.  





Dimal Chalet - Ayah & Mama, Gopeng

Di Gopeng, kami menginap di Dimal Chalet - Ayah & Mama iaitu sebuah chalet atau homestay yang lebih mesra dikenali sebagai "Kampung-stay" kerana mengetengahkan konsep inap desa dengan program keluarga angkat di kampung. Memang pengalaman yang sangat unik dan menarik jika menginap disini. Dimal Chalet antara inap desa yang telah berdaftar dibawah Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia. 






Bilik cukup selesa ada kipas, aircond, TV, katil, bilik air. Semuanya bersih dan selesa. Not bad untuk korang consider stay sini kalau nak ke Gopeng pada musim buah-buahan atau nak buat aktiviti yang paling popular disini iaitu water rafting, hiking di Bukit Batu Putih, atau caving di Gua Kandu. Boleh la stay dengan kawan-kawan kalau ke Gopeng! 






Terletaknya di tepi sungai, dalam Kampung Jahang memang menarik. Lama tak dapat merasai suasana kampung begini. Air sungai yang bersih, turun terus dari Brinchang, Cameron Highlands maka air pun memang sejuk & mendamaikan! Selain mandi sungai, pelbagai aktiviti di sungai boleh dilakukan seperti tubing, water rafting, memancing Dan mendulang bijih timah! Wah, ini lah pengalaman paling berharap untuk Ney bila dapat belajar sendiri bagaimana untuk mendulang. Bukan senang dapat ilmu macam ni tau! Oh ya, sekarang Ada PROMOSI sehingga bulan Oktober, cuma RM100 untuk aktiviti water rafting bersama Dimal Chalet. RM100 Tu sangat murah, sebab dah included semua! 








Rata-rata Penduduk kampung disini adalah orang Rawa. Uniknya Ayah & Mama hidangkan kami masakan Rawa Yang Ney tak pernah cuba. Makan sampai bertambah-tambah ya lauk. Daging Masak Asam, Gulai Ayam Batang Keladi Lambuk, Gulai Rebung, Rendang Ayam, Sambal Tempoyak dan macam-macam lagi. Sesi minum petang pula, Mama masakkan roti jala dan serawa durian. Memang padu masakan Mama. 



Kemesraan keluarga angkat, layanan yang mesra dari Ayah & Mama buat Ney rasa tenang disini. Malam tu lepas BBQ, mereka bercerita tentang adat berjojak orang Rawa. Lepas tubkami lepak santai dengan Ayah bercerita hal sejarah Gopeng, dan tentang kisah hidup dirinya. Kalau dengar orang tua borak kisah pengalaman hidup memang boleh ralit sampai tengah malam la kan? 



Pagi esoknya sebelum kami pulang, mereka sediakan sarapan pagi roti canai dan kuih-muih. I feels like home, feels like family. Seronok menginap di sini, dan tentunya Ney akan datang lagi! 

Untuk tempahan pakej Inap Desa, Homestay Gopeng boleh layari web: jomhomestay.my 

Dimal Chalet - Ayah & Mama, 
Kampung Jahang,
Gopeng, Perak 
Tel: 0175127535 (Pak Basri) 
0106217535 (Puan Salyana)








You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook