Mural Cantik Di Ilham Seni @ Kampar

8:55 am


Bila sebut jom ke Perak, mesti dalam kepala terus teringat Gopeng untuk caving or rafting kan? Hah, alang-alang tu jangan la lupa singgah juga ke Kampar. Banyak tempat-tempat menarik tau, dan yang paling terbaru ialah Ilham Seni @ Kampar yang baru je dirasmikan pada September 2022.




Ada lebih 20 lukisan mural di sepanjang dinding belakang bangunan-bangunan lama di Jalan Gopeng Kampar yang bertemakan budaya, sejarah, tradisi dan alam semula jadi Negeri Perak, khususnya untuk daerah Kampar.   Masa Ney ke sini, rasa macam wow dah berubah Kampar sekarang. Makin cantik!




Antara mural yang ada ialah Gua Tempurung, Muzium Gopeng, Burung Heron, Ikan Raja West Lake of Kampar, Air Terjun Sungai Salu, Kapal Korek, Kelamai, Paul Besar Gopeng dan macam-macam lagi.  Seronok lah Kami bergambar kat sini. Macam real bila mural yang 3D tu. Paling bestnya, setiap mural ada QR code yang kita boleh scan menggunakan telefon bimbit, dan akan keluar info pasal tempat-tempat atau sejarah tentang lukisan mural tu.









Ada 4 blok sepanjang 250 meter lorong ni, penuh dengan lukisan mural di Ilham Seni @ Kampar ni. Jom lah singgah ke Kampar Perak! Selain mural di Ilham Seni @ Kampar, boleh juga ke Arca Dulang , Taman Jepun, Menara Jam Kampar dan pelbagai lagi tempat menarik sekitarnya. Jom ke Kampar!

 
Terus ke laman web Majlis Daerah Kampar untuk lebih maklumat lanjut tentang Ilham Seni @ Kampar: https://www.mdkampar.gov.my/


You Might Also Like

1 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook