Review: The Muppets bersama majalah REMAJA

8:33 pm


beberapa minggu yang lalu, saya ternampak di fanpage majalah REMAJA, mereka nak bagi tiket free dan buat special screening The Muppets bersama 50 pembaca bertuah. nampak status tu terus call dan book tickets. ya, saya makhluk ketiga yang call hari tu. pantas sungguh! terus ke Kinokuniya untuk beli majalah REMAJA dan dapatkan keratan borang untuk redeem tiket nanti.


mula-mula, nak ajak Haniff pergi tengok the Muppets tapi dia balik kampung pulak. so, saya ajak Syafiq Rosli yang saya kenal masa showcase Muzzy tempoh hari untuk temankan saya ke Tropicana Mall City, Damansara. berjam-jam juga menunggu mamat jambu sorang ni dengan cuaca hujannya. sehari sebelum tu, banjir di Jalan Tun Razak dan hari kejadian, banjir di Jalan Pudu pula. oh, Kuala Lumpur..kotarayaku~


kami tiba di Tropicana City Mall agak awal sebenarnya dan cari tempat makan, takde yang best maka kami cuba makan kat kedai yang tak pernah kami jumpa iaitu Chic King. kami order set Double Treat: dua biji burger Royal Crunchy, dua cawan air 7UP dan satu kentang goreng. kesemuanya hanya berharga RM 14.50 sahaja. murah kan? dah lah sedap. serius, memang sedap burger Royal Crunchy tu dan puas hati sebab boleh tahan tebal isinya. untuk yang kecewa isu kupon free KFC semalam, boleh lah pergi try Chic King.


then, kami ke GSC Tropicana City Mall, dan redeem tiket di kaunter majalah REMAJA. pheww~ saya makhluk pertama yang redeem. masa masuk hall tu, majalah REMAJA book satu hall kot tapi tak berapa ramai pembaca sangat pun. rasa macam lebih ramai krew majalah REMAJA dalam hall tu. hall pun tak sampai separuh penuh. sebelum The Muppets mula, kami ditayangkan dengan kartun Toy Story dulu. comel sangat~

The Muppets mengisahkan Walter dan kawan baik yang dianggap seperti abang sendiri iaitu Gary dari Smalltown, USA pergi melancong ke Los Angeles bersama makwe Gary, Mary. Gary dan Mary sebenarnya nak ke LA untuk sambut ulang tahun percintaan selama 10 tahun, manakala Walter menyimpan hasrat nak ke Teater Muppet yang sangat digemarinya dari kecil. tapi ketika melawat Teater Muppet disana, tetaer itu sudah lama tidak digunakan dan hanya dibuka untuk sesi lawatan. di sana juga, Walter terdengar bahawa Tex Richman, seorang hartawan ingin membeli teater tersebut dan runtuhkannya kerana tanah di bawah tetaer tersebut mempunyai hasil minyak yang snagat tinggi nilainya. untuk mendapatkan kembali teater tersebut, keluarga Muppet harus kembali semula dan mengumpul kutipan sebanyak 10 juta dari program rancangan teleton mereka yang popular suatu ketika dahulu. mampukah mereka?


Filem ni kelakar, sampai saya gelak ketawa sesuka hati dalam hall kosong tu sampai lupa Syafiq Rosli disebelah saya. filem komedi ini sesuai ditonton bersama keluarga. betapa comelnya usaha mereka untuk berkumpul kembali. Gonzo yang kaya raya ada syarikat jamban sendiri sanggup letupkan kilangnya semata-mata untuk kembali bersama keluarga Muppet. Miss Piggy, editor majalah Vogue yang sombong pada mulanya akibat pernah ditolak cinta oleh Kermit the Frog juga akhirnya buang ego dan kembali. ada antara ahli keluarga Muppet yang sangat berjaya. siap ada kerja di Google lagi. yang kelakar, mereka travel kesana kemari kumpul semula keluarga Muppet, travel by map je sebab nak cepat. siap culik hos selebriti untuk cukup syarat masuk TV. tu belum masuk part Selena Gomez pun ada dalam cerita ni buat muka sengal dia. macam-macam berlaku dan korang kena tonton sendiri filem ni untuk gelak ketawa tanpa henti. berapa bintang? 4/5 bintang. The Muppets akan kembalikan magika nostalgia kanak-kanak anda.

nota kaki: maaf, untuk yang minta review Immortal di laman muka buku saya tempoh hari, saya tak tonton filem itu. yang mintak review Twilight: Breaking Dawn, saya tonton uncut version di laptop sahaja. tak sempat review sebab tak best pun cerita tu kat wayang banyak potong. untuk next change movie, saya akan review Mission Immpossible: Ghost Protocol, Alvin and The Chipmunk 3, dan Songlap..insyaallah.

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook