ombak rindu kerinduan. review lagi?

7:45 am


beberapa hari lepas, iaitu hari Ahad saya dan rakan-rakan menonton Ombak Rindu lagi. ini semua planning secara tetibe. saya, Hanif dan Shahrir ke Times Square untuk ombak rindu kerinduan lagi. heh? saya dan Hanif dah kali kedua tengok filem ni tau. saya siap review ombak rindu dah lepas tengok hari pertama tayangan. ni semua sebab nak teman Shahrir a.k.a si pendek comel ni tengok ombak rindu. kemain dia nak tengok cerita jiwang. auwww~



sementara tunggu waktu tayangan iaitu 4:40 pm di GSC Times Square, kami sempat melantak di Food Court Times Square, pergi jalan-jalan kat Low Yat shopping apa yang patut, lepak minum kat Food Court Low Yat, teman roomate saya Yan pergi beli berihitam baru, dan macam-macam aktiviti merepek untuk membuang masa. masa nak tunggu masuk hall tu memang ramai orang. Ombak rindu ni memang filem paling laku macam pisang goreng minggu ni. semua makcik-makcik pun datang tengok nak feeling nangis bawak tisu sekotak. lebih-lebih lagi Aaron Aziz dan Maya Karin datang terjah cinema petang tu.

masuk hall, staff GSC buat pengunguman beritahu Aaron Aziz dan Maya Karin akan hadir petang untuk sesi lawatan. terus semua makcik kakak mak adik berperasaan inzal terlebih menanti Aaron Aziz. saya takde lah inzal sangat sebab dah ada budak perasan dia tu Hariz duduk sebelah saya. heh? lepas tu mula wayang, tengok separuh jalan bab romen tu, terhenti tengah jalan sebab masa tu Aaron Aziz (watak Hariz) dan Maya Karin (watak Izzah) datang terjah. ala, diorang datang baling-baling goodies lepastu balik.


maka, saya dan Hanif yang sudah tengok kali kedua filem ni rasa macam-macam nak komen masa tengok kali kedua. banyak scene kena potong. termasuk lah scene beromen di atas katil, scene masa mula-mula Izzah mintak Hariz nikah dengan dia. dan scene atas ni mungkin pengarah terlupa agaknya. atau air laut pasang cepat sangat? masa mula-mula scene ni air tak kena kaki pun, lepas dah peluk-peluk tu air nak sampai pinggang dah. heh? apa pun, siapa yang tengok hari pertama mesti best sebab semua uncut version. kekekeke~~~ patutlah kami terfikir jugak kenapa tak cut bahagian romen-romen tu. rupanya last-last dia kena cut jugak. by the way, untuk kali kedua ni saya menangis, seperti biasa menangis bukan kerana filem tetapi kerana lagu yang sedih.

OST Ombak Rindu dan Lirik Lagu


Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku



thank you si muncit dan si pendek sebab buat hari saya penuh dengan gelak ketawa walaupun dalam hati tidak lah segembira mana pun. kita tengok filem jiwang pun dah macam filem komedi kan? thank you so much guys sebab buat saya minum jus kedondong asam boi buat kali pertama (sebab tu lah air tu tak habis. telan punya payah) hahaha~ nanti kita rock and roll lagi ok? cop cop kenapa saya lagi pendek dari si pendek ni? grrr...... :')

nota kaki: jangan lupa RETWEET, LIKE, +1 dan COMMENT entry ini

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook