Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011

7:37 am



Beberapa bulan yang lalu, iaitu pada 16 Jun 2011 di antara jam 1.00 – 7.00 am telah berlakunya fenomena Gerhana Bulan Penuh yang turut boleh dilihat dengan jelas di Malaysia. Subhanallah cantik sekali bulan malam tu. Gambar-gambar fenomena gerhana bulan penuh pada bulan Jun lalu boleh dilihat disini. Indah bukan ciptaan Tuhan?

Dan benar menurut kata ahli Bahagian Falak, Kompleks Falak Al-Khawarizmi, beberapa bulan yang lalu iaitu dijangkakan pada tahun ini (2011) akan berlaku dua kali fenomena gerhana bulan penuh ini. Ya, dan gerhana bulan penuh kedua akan berlaku pada keesokan hari, 10 Disember 2011.Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam. Bezanya gerhana bulan penuh yang kedua ini, tempoh masa yang diambil untuk fasa gerhana penuh adalah lebih singkat iaitu hanya kira-kira 50 minit sahaja. Fenomena gerhana bulan penuh ini melalui beberapa fasa ketika gerhana tersebut boleh dilihat di beberapa lokasi di Malaysia. Gerhana bulan hanya akan berlaku ketika bulan purnama. Ketika itu bulan berada bersetentangan dengan bumi dan terlindung daripada matahari. Ini bermakna bulan akan memasuki bayang bumi dan menghilang. Gerhana bulan penuh berlaku apabila bulan memasuki kawasan bayang umbra bumi.

Ya, kita boleh melihat gerhana bulan tersebut dengan mata kasar sahaja tetapi untuk lebih jelas, boleh lah menggunakan alat bantuan yang lain selain berharap cuaca akan berkeadaan baik dan cerah malam esok. Jangan lupa juga untuk mengerjakan solat sunat gerhana atau solat sunat kusuf! 

nota kaki: jangan lupa RETWEET, LIKE, +1 dan COMMENT entry ini

You Might Also Like

1 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook