Backpacking Trip: Kuching - Miri - Brunei (Day 2)

2:48 am


Hari kedua di Kuching, pagi tu sumpah takde apa plan. ingat nak tidur je sampai petang sebab wedding Kasmady & Cindy malam nanti. tetibe kakak ajak breakfast pagi tu. since abang kerja, so kami bertiga dengan Adam je la cari sarapan pagi. pagi tu jalan-jalan waterfront, acah morning walk. sihat sangat haha!



Pagi tu Kak Julie bawak saya ke salah satu kedai berhampiran situ. Breakfast pagi tu makan Mee Jawa & Satay. mula-mula tu rasa pelik la sebab Mee Jawa sini tak sama pun dengan kat semenanjung tapi pergh sedap gila weyh! Semangkuk RM 7.50. sebab belanja Kak Julie so total makan pagi tu RM 15.00. Berbaloi sebab sedap gila!


Lepas tu jalan-jalan lagi, nak cari accessories sebab malam nanti dinner baru teringat bawak dress dan heels je tapi takde apa-apa kat tangan macam kosong la pulak kan. so Kak Julie bawak la ke kedai kenalan dia. nak bantu pakcik tu meniaga kecil-kecilan sebab anak dia dua orang sakit. so, saya beli 4 utas pearl bracelet dengan harga RM 30.00.


Balik dari morning walk tu, bergomol je la dengan Adam kat hostel. semalam dia macam sombong sikit, pagi ni baru dia macam dah ok nak gelak and senyum semua. Dan pagi tu Mumu mesej nak ajak ke Kg Budaya Sarawak. Arghhhh dah pergi banyak kali rasa malas and nak jimat duit. tapi since Mumu cakap dia dah sewa kereta and sorang lagi Team MIMMA3 which is Joanna ada datang dari Samarahan untuk lepak sama, so last-last ikut la jugak diorang ke Kg Budaya. Joanna dengan kawan dia berlima sewa Alza, saya, Mumu, Amir, Capong dan Omar berlima juga naik Alza lagi satu. dah macam rombongan ke Kg Budaya.


Oleh sebab bebudak ni happening sangat, dan Joanna pulak asyik sebut Ya laa.....tek. tetibe group kitorang ada nama The Yalateks. haha! dan sepanjang perjalanan ke Kg Budaya berpandukan kepercayaan terhadap Waze tu, walaupun jauh tapi tak terasa sebab sepanjang perjalanan semua orang duk menyanyi je! Tetibe je dah sampai rasa magic betul. So parking kereta kat area tepi jalan je sebab ramaiiiii sangat orang!




Tiket masuk ke Kg Budaya Sarawak atau Sarawak Cultural Village ni, mahal gila sekarang! Adult: RM 60.00. Tapi.....kalau korang student, cuma bayar RM 15.90 termasuk GST. yeay! jimat duit untuk saya, Amir, Joanna dan Mirza. haha! lepas tu kami diberi passport ni untuk collect stamp kat setiap rumah dalam Sarawak Cultural Village ni. 


So masuk je terus naik Bidayuh Bamboo Bridge ni. Fuh, dua tahun lepas masa ke sini (baca entry ni) saya gamble naik bridge ni pakai wedges dan skirt okayh! mampuihhhhh terhuyung hayang muatan berat ni. haha! Dan rumah pertama kami masuk ialah Rumah Bidayuh. Walaupun dah dua tahun berlalu, I'm still can remember well each part of this house. haha! so macam kebosanan sikit sebab sama je la mana berubah pun. 



Masa ni entah apa buang tebiat si Mumu dan Capong terjumpa rakit dalam sungat lepas tu nak try naik. And guess what? buluh kat tangga tu sampai patah diorang kerja kan! nasib baik dua-dua tak lemas ke apa haha. 


Yang si Omar ni pulak dia boleh jadi mamat cop passport pulak kat semua rumah. sampaikan tourist lain pun memang ingat dia kerja kat Kg Budaya ni untuk cop passport orang! habis semua beratur mintak cop. adoi. guys, why so funny!




So dalam Kg Budaya memang dari dulu sampai la sekarang aktiviti saya memang makan je! Beli Tumpih (Sago Pancake), Penyaram, Tebaloi, Sago Cookies, Bahulu, dan Air Kelapa je dah habis RM 14.00! Bebudak laki pulak pi buat temporary tattoo dengan pakcik Iban dalam Kg Budaya ni. dah macam pahlawan-pahlawan semua dah ha. 





 

Walaupun dah pernah datang Kg Budaya Sarawak ni tapi takde la rasa bosan sangat melayang keletah semua orang yang gila ni. Dengan Amir pergi bantai nyanyi lagu Sampai Syurga kat Damai Beach sampai semua orang terpaku dengar suara merdu dia (yes, memang suara dia best!) lepas tu si Joanna pulak naik mainan kanak-kanak kat situ sebab badan dia kecik macam kanak-kanak. sumpah happening dan happy! Kami tak lama kat situ sebab saya perlu pulang dan rushing bersiap untuk ke wedding, diorang pulak dah lapar pergi cari Nasi Lelapan pulak balik tu. 


 

YA ALLAH sumpah lah tak pernah backpacking kena bawak dress, heels dan clutch macam tu! terus berubah image rockers ke ladies. haha! Malam tu Muhammad jadi my partner, dia jempur dari hostel, ke Grand Margherita Hotel. ni pun ajak dia random je as my partner kalau tak memang dah plan nak redah je ke wedding sambil jalan kaki tepi waterfront with heels! Congrats Kasmady dan Cindy! Sebenarnya agak awkward la jugak datang wedding yang formal macam ni. VVIP pun ramai. fuh! dan sebab dah awkward lama sangat, Muhammad terus tarik keluar dewan ajak ke tempat lain!


Petang tu ada mengadu kat Muhammad sebenarnya, bagi tahu terkilan tak dapat makan Aiskrim Gula Apong lagi. tetibe malam tu dia bawak ke Uptown cari Aiskrim Gula Apong, RM 2.00 ni. happy girl! Thanks Muhammad! Malam tu lepas jalan-jalan waterfront apa semua, sekali lagi balik pengsan kepenatan. ehhhh sambung entry Day 3 pulak okayh? sebab esoknya saya ke Miri pulak!

Total kemusnahan setakat ini:
Tiket Sarawak Cultural Village: RM 15.90
Shopping: RM 30.00
Makan Minum: RM 31.00


Total semuanya: RM 240.00 + RM 76.90 = RM 316.90

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook