Teater Bikers Kental Gegar Pentas Istana Budaya

11:33 pm


Siapa ingat filem Bikers Kental sekitar tahun 2013 dulu? Kelakar kan filem tu. Haaaaaaaa untuk peminat Bikers Kental, sekarang ni dari filem dah masuk jadi teater pulak! Bikers Kental, filem yang bergenre komedi ini, dipentaskan semula ke bentuk teater dan teraju utama teater ini ialah Awie dan Zizan Razak. Teater terbitan MS Intergrated Sdn Bhd ini akan dipentaskan di Istana Budaya (IB) bermula 23 hingga 31 Januari 2016.




Berkesempatan untuk ke Malam Gala Teater Bikers Kental malam semalam, ternyata teater ni sangat menghiburkan hati. Dengan keletah selamba Zizan Razak dan juga Awie (tak sangka Awie kelakar nak mampos!) memang penat gelak je tak henti! Part muzikal pulak. fuh suara Awie memang mantap! First time dengar nyanyi live macam tu.  Dan ada pulak sedikit kejutan masa orang jahat nak kena tangkap tu. Nak tahu apa kena lah tengok!

Menariknya, kali ini Bikers Kental menampilkan plot dan cabaran tersendiri memandangkan ia suatu perbezaan besar apabila sesebuah karya itu diadaptasi ke pentas teater. Dan selain Awie dan Zizan Razak, terdapat juga muka baharu dipertaruhkan menerusi teater ini iaitu Nadia Brian dan juga turut dijayakan oleh Ameerul Affendi dan Kamarul Yusuf.

Tiket boleh didapati dengan harga RM45, RM65, RM95, RM124, RM155, RM185 dan RM305 di www.AirAsiaRedtix.com atau kaunter box office Istana Budaya!



A video posted by Neyra Shazeyra (@neyrashazeyra) on



You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook