Hot Catering & The Club Bukit Utama Menyediakan Buffet Ramadhan dan Pakej Perkahwinan Eksklusif

2:29 am



Menjelang bulan Ramadhan ni memang banyak betul jemputan makan Ramadhan Buffet. Takpe lah gemuk bahagia sebab makan. haha! Kali ni, saya ke The Club, Bukit Utama pula. Dengan kerjasama Hot Catering, The Club Bukit Utama kali ini menyediakan lebih 60 juadah terbaik khas buat korang yang nak berbuka puasa kat sana. Dengan tema "Nikmati Sajian Dari Dapur Bonda", juadah yang disediakan bukan je menarik, tapi memang menyelerakan lah! Lebih-lebih lagi semua juadah disediakan sendiri oleh Chef Warisan negara yang terkenal dan berpengalaman iaitu Chef Yang Jamil. Sekaligus beliau juga adalah Duta Chef Hot Catering.



Masak Lemak Ikan Keli Salai Dengan Terung Pipit


Daging Hot Ala Palembang


Sambal Ikan Bilis Dengan Tempe


Paru Goreng Berlado


Ayam Goreng Kunyit


Laksa Utara


Nasi Ayam Hot


Mee Kari Nyonya

Wahhhh banyak sungguh juadah yang terhidang kan? Promosi untuk berbuka puasa di The Club Bukit Utama ini bermula pada hari pertama bulan Ramadhan jam 6:00 petang hingga 10:00 malam dengan harga yang sangat lah berpatutan dan berbaloi-baloi. hah berapa agaknya?

Harga promosi untuk tempahan pada 16 Mei hingga 31 Mei 2016 ialah RM55 untuk dewasa, dan akan dapat 1 seat percuma untuk setiap 9 tempahan. Wow, kiranya Buy 9 FREE 1 la ni. sesuai untuk yang datang dalam group ke apa. Untuk kanak-kanak pula ialah RM30 seorang. Harga asal untuk tempahan bermula 1 Jun 2016 pula ialah RM69 dewasa dan RM39 untuk kanak-kanak. Affordable kan? Tak sangka betul! Dan berita baik untuk pemegang One Card, korang akan dapat 20% OFF!


Kambing Bakar Istimewa


Kerepek Pisang Tanduk


Mee Kari 

Yang bestnya, bulan Ramadhan ni atau bulan-bulan lain pun memang kita digalakkan untuk sentiasa bersedekah kan. So, sempena bulan Ramadhan ni Hot Catering turut beri peluang untuk sesiapa yang nak menaja sesi berbuka puasa bersama-sama anak-anak yatim. Harga pun agak menarik RM2,500 untuk tajaan 50 anak-anak yatim termasuk pengangkutan mereka. Wow!

Selain dari promosi Buffet Ramadhan ni, Hot Catering juga akan menaja 20 pasangan mempelai bertuah menerusi pakej " The Malay Wedding Exclusive". Ehem, siapa nak rasa wedding sponsored by Hot Catering boleh apply ni. Penyertaan dibuka untuk mana mana pasangan yang nak mendirikan rumahtangga tapi sah untuk perkahwinan pertama sahaja. Abam-abam yang nak kawen dua tiga empat tu boleh lupakan je hasrat nak apply pakej ni okayh? Penyertaan dibuka sehingga 1 Julai 2016 dan boleh terus apply di www.hotcatering2u.com .

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan boleh terus hubungi 01118592726 (Chef Yang Jamil) / 0133660396 (Khairul) / 0133562008 (Eddy) / 0172982503 (Azhani) / 0136391071 (Dhirar) / 0173790654 (Ain).


You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook