Oh My English! After School - SYS, Jibam dan Zack buka Cafe Hipster?

3:02 am




Sebagai peminat Oh My English! No 1 di Malaysia ni, mestilah saya ada kat semua event diorang ye dak? Hahaha. Dan yang bestnya, OH MY ENGLISH IS BACK!!! Cepat masuk dapur, prepare semua bahan masakan, panaskan kuali.. Eh kejap, apesal macam rancangan memasak ni? Haaaa......sebab, See Yew Soon, Zack dan Jibam dah bukak cafe hipster pulak lepas habis sekolah ni! Fuh, tercapai jugak SYS nak meluaskan skill berbisnes dia tu kan?

Rancangan edutainment paling popular di Malaysia, Oh My English! kembali menemui peminat menerusi siri terbaru, Oh My English! After School yang bakal bersiaran pada 31 Julai 2016 ini di Astro TVIQ (saluran 610) dan Astro Maya HD (saluran 135). Dan kali ni belajar Bahasa Inggeris bukan tahap sekolah dah ni, kita up new level dalam Oh My English! After School ni. 



 

Tiga teraju utama Oh My English! After School yang memang BFF dari sekolah siapa lagi kalau bukan See Yew Soon (Roax Tan), Zack (Juzzthin) dan Jibam (Akhmal Nazri) kali ni bukak bisnes cafe hipster pulak. Yang bestnya, ada Didie Alias jugak dalam Oh My English! After School ni bawa watak Mak Yam. Ha, Mak Yam ni competitor cafe hispter mereka. Selain tu, ada juga Amelia Henderson, Juliana Evans, Nad Zainal, Kamal Adli, Lisa Surihani, Yusri Abdul Halim, Sherry Alhadad, Altimet dan Fikry Ceria Popstar sebagai cameo dalam Oh My English! After School ni. 

Pelbagai rintangan dan cabaran yang perlu mereka hadapi dalam Oh My English! After School  kali ni. Ye la, nak berniaga ni bukan senang ye dak? Hahaha. Tapi comel betul nama cafe hipster diorang "After School Cafe". Nasib baik lah bukan "Ayer Dalam Cafe". Berjayakah mereka memajukan perniagaan mereka dan apa lagi rintangan mereka perlu hadapi selepas ini?

 

Selepas 4 tahun rancangan Oh My English! menghiburkan dan mendidik rakyat Malaysia, kali ini mereka tampil dengan konsep baru yang lebih menarik dan berbeza daripada elemen pembelajran dalam bilik darjah. Oh My English! After School akan menampilkan konteks pembelajaran yang lebih tinggi dan besar, untuk bantu belajar Bahasa Inggeris dengan lebih baik. Dengan kerjasama British Council, ada juga Oh My English! Big Challenge dimana korang boleh uji kemahiran dan pemahaman Bahasa Inggeris lebih mendalam dari segi membaca, menulis, mendengar dan tatabahasa dengan menjawab satu siri soalan online di Oh My English Facebook. Wahhh lepas tu, semua orang boleh dapat sijil dari Astro dan British Council! Selain tu ada juga Oh My English! Board Game, Oh My English! Buddy App, What Nasi Lemak Level Is Your English? dan juga Oh My English! Storybook. 

So, jangan lupa Oh My English! After School bakal bersiaran mulai 31 Julai 2016 ini di Astro TVIQ (saluran 610) dan Astro Maya HD (saluran 135), setiap Ahad jam 630 petang!

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook