INNERGIE – pengecas terbaik untuk kaki travel

3:53 am


Zaman sekarang ni, teknologi dan manusia memang dah tidak dapat dipisahkan lagi. Lebih-lebih lagi untuk kaki travel kan? Duduk kat Pulau Perhentian takde line internet pun, tetap guna handphone untuk ambil gambar, record video dan sebagainya. Tu belum masuk pelbagai jenis gadget yang dibawa ketika travel macam GoPro, Camera, Powerbank dan lain-lain lagi. Semua ni lah peneman setia kaki travel ketika melancong. Tapi yang sering jadi masalah ialah bila nak berebut tempat nak cas gadget kita semua ni. Kalau dah sorang je dah ada dua tiga gadget, duduk pulak dorm atau hostel yang limited charging port, fuh memang lambat lah tunggu turn nak charge. Hah, tak payah travel jauh, masa pulang berhari raya pun boleh berebut juga lah plug yang satu tu hah.



Berita baik untuk semua kaki travel, INNERGIE salah satu brand dari syarikat Delta, mengeluarkan pelbagai produk sebagai solusi masalah untuk cas batteri ketika travel. Sudah pun memasuki pasaran Malaysia, produk dari INNERGIE memang sangat portable dan sesuai untuk golongan yang sentiasa hidup on-the-go atau mobile kemana-mana. Antara produk yang difokuskan ketika majlis perlancaran baru-baru ni di Talent Lounge, Damansara ialah PowerGear ICE 65 (travel adapter), WizardTip (attachable super-speed USB charging connector), dan LifeHub Plus (a charging hub). Bagi saya yang paling menarik mestilah LifeHub Plus tu. Boleh charge 3 devices serentak dalam satu masa!



INNERGIE PowerGear ICE 65 adalah universal laptop adapter dengan kepala plug yang boleh ditukar ganti mengikut jenis plug di lebih 150 negara. Memang sangat sesuai untuk kaki travel macam kita ni! WizardTip pulak boleh disambung ke PowerGear ICE 65, terus jadi instant USB port untuk charge mobile device. LifeHub Plus pulak sebagai charging hub yang boleh charge beberapa device serentak. Dengan teknologi built-in smart chips, ia boleh mengenal pasti jenis devices yang disambungkan dan menukar kuasa charging tu. Ya la lain-lain device lain kuasa batteri/charge nya kan? 

 

 

Sempena menyambut hari perlancaran produk INNERGIE memasuki pasaran Malaysia, Innergie buat promosi untuk ketiga-tiga produk ni dengan nama "Traveler's Power Pack", dengan kuantiti yang sangat terhad dimana pembeli boleh membeli PowerGear ICE 65 dengan WizardTip dan LifeHub Plus dengan harga RM325.60 (Harga Normal: RM407.00) selepas 20% diskaun, atau beli PowerGear ICE 65 percuma WizardTip (bernilai RM39.00) dengan harga cuma RM209.00 sahaja. ‘Traveler’s Power Pack’ boleh didapati di LAZADA (www.lazada.com.my) dan semua retailer outlet yang berhampiran anda.  

Wah promosi menarik ni untuk semua kaki travel! Ha apa lagi? Jom shopping!

You Might Also Like

1 comments

  1. Lega ada produk ni di pasaran sekarang... mmg mudah nak charging hp dan tab sekali.. best.. :)

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook