Menerokai dunia Kpop Korea di K-Street Carnival

8:40 pm


Walaupun peminat drama atau variety shows dari Korea tapi belum ada rezeki lagi untuk ke Korea. Maka setiap tahun saya pasti tak lepaskan peluang untuk ke K-Street Carnival di Klang Parade ni!




Berpeluang menerokai dunia Kpop Korea di K-Street Carnival Klang Parade Ahad yang lalu, bersama Hazirah dan Neeza. Dah nama pun pencinta K-Drama haruslah semangat waja sampai ke Klang ni ha. Mujur ada KTM. Sampai je sana terus cari Tteokbokki! Tteok iaitu rice cake dimasak bersama fish cake dengan gochujang iaitu Korean Chilli Paste! Tengok kaler merah tu aduhai meleleh air liur. Makan tengah panas memang sedap! Puas hati semangkuk cuma RM5 sahaja! Nak buat sendiri kadang-kadang malas. Haha! Selain Tteokbokki, ada juga Odeng dan Gimbap! Memang best semua live cooking demo depan kita.



Kebetulan masa kami datang, Finale untuk Kpop Dance Competition sedang berlangsung. Wah punya ramai orang depan stage masa tu tengok 10 group finalist berentap untuk menang hadiah utama. Sorakan penonton memang meriah lah. Dan pemenang-pemenang Kpop Dance Competition di K-Street Carnival Klang Parade ialah:


Champion - Crush
1st Runner Up - Unknownz

2nd Runner Up - Black Ace


Tahniah!


Pelbagai jenis aktiviti diadakan di K-Street Carnival ni sebenarnya. Tapi paling meriah tentunya Korean Spicy Noodle Challenge! Entah macam mana semua orang boleh tahan kepedasan Samyang tu entah. Dah la noodle tengah panas pulak, dasyat tengok masing-masing menogok dengan lajunya. Tak melecur ke anak tekak tu bang?





Selain live demo cooking macam saya cerita tadi, mestilah ada penjualan barangan dari Korea dan jugak makanan-makanan Korea semua. Wah teruja saya melihat Seaweed dalam packaging kecik tu sebab selalu memang bawak bekal seaweed ni je ke sekolah. Lepas tu Matcha Spread! Green Tea Almond Spread ni memang sedap makan dengan biskut atau roti. Saya beli juga Honey Butter Almonds yang agak popular itu dan juga tepung tempura! Memang kalau pakai tepung tempura ni, goreng 10 ekor udang galah pun masih tak puas!



Sempat juga saya ke bahagian pakaian tradiosional Korea dan mencuba Hanbook yang tersedia. Kalah tahun lepas dah ty purple, tahun ni saya cuna pink pulak. Cantik kan pakai Hanbook ni?


Hah kalau korang rasa jeles tengok saya syok makan Korean Food, enjoy menonton K-pop Dance, shopping barangan Korea dan memalaj Hanbook jangan risau! Walaupun K-Street Carnival di Klang Parade dah berakhir, tapi 7 hingga 9 Julai ni akan diadakan K-Street Carnival di Citta Mall!

Jangan lepas kan peluang untuk ke Citta Mall, dan menerokai dunia Kpop Korea sehingga puas! Yeah jom ramai-ramai ke sana! Maklumat lanjut di Facebook. 

You Might Also Like

2 comments

  1. fuh peminat kpop tegar ni haha... acul pernah makan skali samyang tu. perghh pedas giler. walaupun acul suka makan pedas tapi tak minat yg pedas menyengat cam samyang tu :D

    ReplyDelete
  2. wah wahhhhh kpop tegar betol ni

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook