Penang Trip: Apa yang menarik di Pulau Pinang?

4:33 am


Sempat saya ke Pulau Pinang baru-baru ini untuk bercuti kejap. So apa je ada di Pulau Pinang ni? Best sangat ke?


Pengangkutan

Dari Kuala Lumpur, saya menaiki ETS ke Butterworth. Dengan ada nya student card untuk ETS lebih memudahkan saya ke Penang hanya dengan harga RM38 sahaja sehala. Wah jimat! Naik bas pun lagi mahal tau? Haha. Oh ye,tiket juga boleh korang beli di www.easybook.com supaya lebih memudahkan urusan. Kalau ke KL Sentral berjanggut nak tunggu giliran.



Dari Stesen KTM Butterworth tu korang boleh jalan kaki je ke jetty feri dan menaiki feri ke pulau. Hanya perlu bayar RM1.20 sehala untuk dewasa,dan RM0.60 untuk kanak-kanak. Menariknya, hanya tambang pergi perlu di bayar. Murah kan? Boleh feeling atas feri tu macam ada angin bertiup gitu. Haha!



Penginapan

Untuk backpacker saya sarankan untuk stay di sekitar Muntri Street. Memang banyak backpacker stay kat sini dan banyak guesthouse murah. Saya stay di Guest Inn Muntri, dengan kos RM52 satu malam. Bilik yang selesa, tandas bersih, dan memang puas hati. Boleh juga jalan kaki ke muzium berdekatan.



Kalau nak yang lebih selesa, boleh try stay di GLOW Hotel Penang terletak di Jln Macalister, Georgetown. Lokasi agak berdekatan dengan banyak attraction places. Hotel yang agak baru, cantik, dan selesa. Keluasan bilik boleh tahan juga walaupun cuma standard room. Sangat berbaloi dengan harga around RM150-RM200 sahaja. Staff friendly, FREE parking space, wifi laju, ada breakfast sedap, swimming pool, 24hrs gym access, kalau ada baby boleh request baby cot free. Hah kalau rasa nak buat birthday surprise atau nak sambut anniversary ke, boleh mintak staff GLOW tolong arrange kan. Memang terbaik!

Website: www.glowhotels.com/penang
Tel: +6042260084

IKLAN: Dapatkan 15% OFF extra dengan code ZENEYRA untuk tempah penginapan anda di www.zenrooms.com

Tempat-tempat menarik

Disebabkan saya cuma ada dua hari je di Penang, sempat saya melawat beberapa kawasan menarik yang perlu dikunjungi. Ikutkan hati banyak lagi tapi itulah kekangan masa kan? Jom baca senarai dibawah:



1. Chocolate & Coffee Museum

Berhampiran dengan Guest Inn Muntri, ternampak macam-macam jenis muzium. Cat Museum la, Camera Museum la. Tapi tertarik untuk melawar Chocolate & Coffee Museum ni. Masuk percuma, sempat la tengok pelbagai proses membuat coklat dan belajar tentang sejarah coklat. Lain-lain cuma shopping coklat dan minum kopi. Kecik je, takde apa sangat pun haha!



2. Batu Ferringhi Night Market

Pantai Batu Ferringhi memang sangat meriah pada waktu malam! Deretan gerai berniaga sepanjang malam memeriahkan suasana. Pelbagai barangan dijual, tapi saya datang ke sini sebab jalan-jalan je la. Nama pun tempat tourist, harga agak mahal. Sempat merasa Apam Balik Oreo RM4 dan Jagung Bakar Caramel juga RM4. Nak datang kesini boleh naik bas, uber, atau grab.



3. Bukit Bendera / Penang Hill

The oldest British hill station in Southeast Asia! Wahhh memang dari dulu lagi teringin nak ke Bukit Bendera ni. Tercapai juga hasrat hati. Puncak tertinggi ialah pada ketinggian 833m aras laut. Servis tren di sini bermula sejak tahun 1923 lagi dan kini dah masuk ke generasi keempat. 



Jarak landasan ialah 1996m iaitu yang terpanjang di Asia. Kat sini ada juga terowong bersaiz 79m panjang x 10 kaki lebar dengan kecuraman 27.9 degrees yang merupakan terowong paling curam di dunia. Tren baru generasi keempat ni memang sangat laju! takde terkedek kedek nak naik bukit dah. So bayangkan kalau dia menurun macam mana? Scary weyh kalau korang gayat!



Tiket masuk untuk dewasa yang ada MyKad ialah RM10 (normal lane) dan RM30 (fast lane).Untuk kanak-kanak pula ialah RM3 sahaja. Tapi, saya cuma bayar RM5 sebab student. Dan berita baik kalau korang datang ke sini, jam 630 pagi hingga 9 pagi atau 7 petang hingga 1030 malam, promosi hanya RM3 tiket pergi balik.

Pelbagai spot menarik untuk bergambar dan aktiviti boleh dilakukan disini. Sediakan wang lebih! Haha.



4. The Habitat

Terletak di atas Bukit Bendera juga, The Habitat antara tempat yang agak baru juga. Betul-betul di dalam hutan rimba berumur 130 juta tahun, pelbagai aktiviti ditawarkan disini. Ada 1.6KM Nature Trail, Canopy Bridge, Tree Top, Canopy Walk, Giant Swing, Flying Fox dan Ziplines.




Untuk yang gemarkan flora dan fauna macam saya, memang terpegun melihat keindahan ciptaan Tuhan di The Habitat ni. Tenang je rasa dengan pemandangan penuh hijau macam ni. Ada pelbagai jenis tumbuhan, haiwan dan macam macam la! Spot menarik untuk ambil gambar pun banyak. Paling best Giant Swing!



Dibuka setiap hari dari jam 930 pagi hingga 6 petang. Mula mula bukak dulu masuk sini harga RM10 je haha! Sempat merasa opening promo price. Sekarang bila Top Tree Walk dah bukak, harga untuk dewasa ialah RM60 dan harga untuk kanak-kanak ialah RM30. Tour guide adalah PERCUMA.



Menariknya, di hujung sekali sebelum keluar dari The Habitat korang akan nampak The Habitat Cafe yang merupakan sebuah glass house di atas pokok! Memang serius menarik nak lepak minum kopi sambil berbual dengan yang tersayang. Ehhhh.



5. Made In Penang Interactive Museum

Kebetulan saya nak naik cruise ke Phuket dari Penang (nanti tunggu next entry ya!), so google la tempat menarik sekitar Swettenham Pier Cruise Terminal konon nak kill time la. Ehhhh ada Made In Penang Interactive Museum depan terminal. 





Dibuka dari jam 10 pagi hingga 6.30 petang. Tiket untuk dewasa ialah RM25, tapi kalau student RM20 je! Lagi best kalau beli tiket di Made In Penang Interactive Museum, akan dapat FREE tiket ke Dark Mansion pulak.



Dalam Made In Penang Interactive Museum ni ada lukisan lukisan ilusi 3D yang menarik untuk korang bergambar. Lukisan ilusi 3D yang ada pula bertemakan budaya Pulau Pinang. 


6. Dark Mansion - 3D Glow In The Dark Museum



Dah alang alang dapat free entrance untuk Dark Mansion, gigih la Uber ke Lebuh Kimberley pulak. Masuk je sini, dia bagi chance conteng muka atau tangan dengan special paint yang akan glow in the dark. Wow! Memang best.



Dalam ni dunia seakan filem Avatar tu.Macam hidup di alam fantasi. Serius cantik bila lampu bertukar banyak kali jadi magic. Ada Stars & Moonlight, Masterpiece of Edgar Muller, Mysterious Tropical Pandora, dan The Infinity Room. Kalau perlu bantuan ambil gambar, takpe. Ada staff yang akan sentiasa membantu.



7. ICE Cafe 

Dengan suhu cuma 10'c, datang sini pasti kesejukkan korang sambil menikmati dessert yang berasaskan ais. Hah, untuk cuba sesuatu yang lain dari yang lain apa salahnya try cuba minum dan makan di ICE Cafe yang terletak di Lebuh Victoria ni.



Paling murah disini Ice Mango, RM10. Tapi kami order Ice Kiwi & Grape RM15. Kongsi je la brain freeze nak makan sorang haha. Kat sini ada juga jual minuman panas untuk menghangatkan badan yang kesejukkan. Suasana dalam cafe ni macam duduk dalam rumah di tengah kawasan bersalji. Memang seronok!



Hah dalam ICE Cafe ni juga ada beberapa spot menarik untuk bergambar. Boleh cuba pakai baju sejuk ala ala korang duduk kat kutub utara pun boleh FREE je. Hah macam macam ada!



8. Penang Street Art


Tak sah la kalau ke Penang tapi tidak melawat Penang Street Art. Actually terlalu banyak street art di Penang ni. Kalau di sekitar Lebuh Muntri tu pun dah ada nampak lukisan besar Little Girl in Blue di dinding rumah kedai area situ. Alang-alang dah ke ICE Cafe boleh jalan kaki je ke Lebuh Armenian, Lebuh Cannon atau Lebuh Ah Quee. Hah memang banyak street art sepanjang perjalanan tu.




Terlalu banyak street art ni dan tourist pun banyak. Kena take turns untuk bergambar, dan cepat cepat fikir gaya nak pose. Untuk lebih memudahkan maybe boleh google dulu untuk gaya yang kreatif dan menarik depan street art ni semua. Oh ye, some of the street art agak tersorok, dan bersepah sikit semuanya. Kena pandai pandai la cari. Kalau malas sangat, naik la beca mesti pakcik bawak beca tahu spot menarik. Haha!


9. Penang Avatar Secret Garden 

Penang Avatar Secret Garden yang terletak di Tokong Thai Pak Koong, Tanjung Bungah ni memang antara tarikan terbaru di Pulau Pinang. Waktu malam memang cantik! Pokok disini dihiasi lampu cantik berwarna warni seakan-akan korang dalam filem Avatar tu. Hah memang amazed lah dengan kecantikkan tempat ni tapi panas ya rabbi macam kat iCity Shah Alam tu. Ye la, lampu kan semua.


Hah dengan lampu berjurai sini sana dari pokok tinggi, lepas tu ada pulak taman bunga tulip penuh dengan cahaya lampu warna warni memang best. Tapi kalau korang boleh datang dari waktu petang pun best sebab tokong ni terletak betul-betul sebelah dengan pantai, dan ada pelbagai spot menarik lain untuk bergambar di sini. Parking RM5 je, dan ada ramai berniaga jual souvenier, makanan dan air sekitar sini. Masuk tokong FREE je la.


Kalau bernasib baik, masa datang tokong tu kalau ada event special apa apa pun best. Kebetulan sekarang ni Perayaan Bulan Hantu memang waktu tepat untuk datang ke tokong. Ada persembahan opera cina, ada banyak acara tradisi. Bulan Hantu ni disambut atas kepercayaan mereka yabg roh dan hantu akan keluar dari neraka untuk berkunjung ke bumi selama sebulan. Hah sempat la juga tengok upacara pembakaran wang kertas, makanan kertas dan pelbagai lagi bekalan untuk roh si mati. Seronok belajar tentang budaya agam lain kan?


10. The Chef's Table Bandar Perda

Yang ini saya selitkan sekali kafe yang mesti dicuba sebelum keluar dari Pulau Pinang . Tapi kafe ni bukan di pulau ye tapi seberang. Terletak di Bandar Perda, Bukit Mertajam, kafe ni sangat unik! Eh apa yang unik?




Unik dan antik dengan hiasan dekorasi dalaman mengimbau kenangan zaman dulu-dulu. Ada kawan cakap restoran ni hari-hari pasang drama P.Ramlee! Makanan yang disediakan ada western, masakan melayu dan harga juga berpatutan. Hah jangan tak tahu, nama menu pun pelik! Haji Bakhil Tonic? Haha!

So apa lagi? Ada rasa macam nak ke Penang tak? Hah jom beramai-ramai! Ney dah banyak kali datang Penang so haritu sempat cerita tentang the best bagel and room to stay at Penang di: http://www.ieyra.com/2018/10/the-best-room-and-bagels-in-penang.html

You Might Also Like

24 comments

  1. Salam awak! Im planninh to go to penang next week. Jalan2 dgn kwn berdua. Boleh share tak itinerary n your budget spent there? Kitoramg kira2 budget sampai rm800 la. Nak kurang kan. Btw u go everywhere by uber ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah uber sng kat sana. grab punnnn. rm800 banyakkk tu. tp. duduk feringghi mahal. duk area muntri murah

      Delete
    2. Awak bajet ke sana brpa ye??

      Delete
    3. errr tak sure lah. saya mmg duduk penang setahun lebih haha so sllun pegi

      Delete
  2. banyak gilerr tmpt kat penang.. sy yg org penang ni pun tak pergi semua tmpt lg. heeee

    ReplyDelete
  3. Thanks atas pengalaman ni....
    School holiday boleh p penang...inshaallah...
    Dlu pergi xckp ms....next time kena plan dok sana 3-4 hari....

    ReplyDelete
  4. Mmg seronok kan cuti2 ni. Enjoy... 👍

    ReplyDelete
  5. Penang memang tempat paling banyak tourists datang selain KL. Jangan lupa singgah Kedah kalau dtg utara lagi. Sebenarnya banyak tempat menarik boleh pegi dan saya ada kongsikan di link kat bawah

    https://www.duaposen.com/tempat-menarik-di-kedah/

    ReplyDelete
  6. memang sis naik public transport ke sepanjang kat sana?

    ReplyDelete
  7. Hi sis, kalau area penang tu area town dia kat mana ye?
    Plan nk pegi tapi tak tau mana area yg ok, taknak yg jauh dari town

    Tq

    ReplyDelete
  8. TIPS MENCARI PAKEJ MURAH & SEWA KERETA ;
    MEDAN / DANAU TOBA / INDONESIA
    JANGAN TERGODA HARGA MURAH … !!!

     PLEASE MAKE SURE SYARIKAT TEMPAHAN PAKEJ TOUR / SEWA KERETA
     PLEASE MAKE SURE ADDRESS AGENCY PELANCONGAN
     PLEASE MAKE SURE TALIAN TELEPHONE AND FAX MAIL
     PLEASE ASK FOR SYARIKAT PERMIT NUMBER / LICENSED NUMBER
     PLEASE ASK FOR TAX NUMBER
     PLEASE ASK FOR INSURANCE KERETA ( KALAU SEWA KERETA SAJA)
     PLEASE CHECK AND RECHECK IN GEOGLE SYARIKAT OFFICE
     PLEASE WRITE INTO THE GEOGLE COMPANY NAME. FOR EXAMPLE : TIARA TOURS INDONESIA

    AT LEAST BUT NOT LAST , I WISH YOU WELCOME TO INDONESIA
    HORAS .... !!! HORAS .... !!! HORAS .... !!!

    TIARA TOURS INDONESIA
    JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
    LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
    COMPANY TAX NO. 36.555.970.7-122.000
    TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
    EMAIL : [email protected]
    HP / WA +6281383535091
    HP / WA +6285358982828
    HP / WA +6285762820068


    ReplyDelete
  9. Wahh menarik.
    Ade plan juga no nk g jln2 penang

    ReplyDelete
  10. Maaf bertanya. Ada sesapa tahu tak cara nak ke taman negara penang. And then kalau boleh nak ke penang avatar secret garden ni jugak. Agak agak berapa lama masa perjalan ?

    ReplyDelete
  11. Maaf bertanya. Jauh tak taman negara penang dengan penang avatar secret garden ni. Plan nk pegi 2 tempat ni. Agak berapa masa perjalanan

    ReplyDelete
  12. mintak maaf..saya ade bbrp soalan.. 1.tiket dark mansion tu mmg dpt free ke kalo bayar tiker utk made in penang interactive museum?..
    2. perjlnn antara dark mansion penang n made in penang interactive n bukit bendera tu jauh x? anggaran kalo naik grab bape ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. ye dpt free.

      2. antara dua museum tu x jauh pn. less than RM8 kot grab. tp penang hill jauh sikit.

      Delete
  13. Salam nak tanya , turun dari terminal feri tu , mostly memang senang ke nak cari hotel area situ ?

    ReplyDelete
  14. ASSALAMU ALLAIKUM …………. HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!! SALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN

    PERKENALALKAN KAMI DARI TIARA TOURS INDONESIA, KAMI ADALAH AGENCY PELACONGAN YANG BERLICENSED AND PROFESIONAL. KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MURAH KE DANAU TOBA, MEDAN, SAMOSIR ISLAND, DAN TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN.
    PAKEJ LAWATTAN LAINYA TERSEDIA ; SEPERTI PAKEJ TOUR KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA, BANDUNG, YOGYAKARTA, BALI ISLAND, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MANADO, TORAJA DAN PULAU NIAS .
    PAKEJ DITEMPAH SANGAT MENARIK, HEMAT DAN LAYANAN BEST. PILIHAN HOTEL DAN BILIK BERSIH, MAKANAN MENU MELAYU / MOSLEM RESTAURAT (100 % HALAL ) DAN BERPASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNITS KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.

    DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA
    PROGRAM 04 HARI / 03 MALAM ( FULL SERVICE )
    TAK ADA EXTRA BAYAR.
    TAK ADA TIPU – TIPU !!!
    HARGA PAKEJ 04 HARI / 03 MALAM MYR : 380 (10 ORANG )
    HARGA PAKEJ 03 HARI / 02 MALAM MYR : 275 (10 ORANG )

    BILA NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA CONTACT DAN TEMPAH PAKEJ DI :
    TIARA TOURS INDONESIA
    JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
    LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
    TAX NO : 36 555 970 7 122 000
    TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
    EMAIL : [email protected]
    HP / WA +6281383535091
    HP / WA +6285358982828
    HP / WA +6285762820068

    TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN :
    TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
    ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
    TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
    MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook