Nafas Baru Pentas Bangsawan oleh Pat Ibrahim

8:00 am


Sudah lama rasanya tak menonton teater tradisional. Saya memang gemarkan teater sebab rasa macam "klasik" sangat terutamanya kalau teater tu memaparkan kisah sejarah atau penuh dengan elemen tradisional. 



Teater tradisional merupakan salah satu seni persembahan dan terdapat beberapa bentuk seni teater Melayu yang dianggap menjadi teras tradisi Melayu. Antaranya ialah Wayang Kulit, Mak Yong, Randai dan Bangsawan. Teater bangsawan merupakan salah satu teater yang kaya dengan nilai estetik yang merangkumi pelbagai corak kesenian dan ciri-ciri kebudayaan. Hampir seluruh aspek kesenian akan menghidupkan suasana tertentu.


Siapa je tak kenal Pat Ibrahim? Nama yang cukup disegani di dalam dunia seni persembahan. Baru-baru ni, dengan kerjasama JKKN dan Pertubuhan Seni Silat Pusaka Sendeng Malaysia (PSSPSM), sebuah projek hiburan Pat Ibrahim telah dilancarkan. 


Pat Ibrahim Project Entertainment (P.I.P.E) ni wujud untuk memberi kesedaran dan menyatukan bakat muda dalam bidang teater, tarian, muzik dan penulisan. Kalau bukan kita generasi masa kini kekalkan kebudayaan kita, siapa lagi ye dak? Harapnya generasi masa kini dan millenial akan lebih menghargai dan memelihara budaya dan warisan kita melalui seni persembahan.


Maka, bermula pada 6 hingga 9 November 2017, Pekan Bangsawan Warisan Budaya iaitu sebuah festival dan bengkel akan diadakan di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Pekan Bangsawan Warisan Budaya akan merangkumi forum, bengkel, pameran dan pementasan. Forum akan membincangkan mengenai konteks Bangsawan, pameran tentang Bangsawan manakala bengkel pula mengenai proses pembuatan Bangsawan Dendam Laksamana. Bengkel juga akan buat knowledge sharing seni persembahan dan dijangka kira-kira 300 orang (aktivis teater) akan menyertai bengkel ni. Wahhh seronoknya dapat belajar ilmu baru dari pakar seni persembahan! Kalau nak join Pekan Bangsawan Warisan Budaya ni boleh terus daftar di www.pekanbangsawanbypipent.peatix.com


Pementasan Muzikal Bangsawan Dendam Laksamana akan dipersembahkan di Auditorium DBKL, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada 10 hingga 12 November 2017. Tahu sejarah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang? Ya, produksi Bangsawan Dendam Laksamana akan bawa korang ke pemandangan Johor Lama, 318 tahun yang lalu.

Berdasarkan pada halaman di Tuhfat Al Nafis, yang menceritakan kisah Sultan Mahmud Syah-2 wayang dibunuh oleh laksamananya, Laksamana Bentan membalas dendam diatas pembunuhan isterinya Wan Anum yang mengandung kerana makan nangka Sultan. Kisah yang mengerikan hati ini memang sangat popular di kalangan orang Melayu lama. Pementasan ni juga mengambil inspirasi daripada karya Shaharom Husain yang diterbitkan pada tahun 1978, iaitu Masyhor Malaya.

Bayaran masuk ke pementasan Bangsawan Dendam Laksamana bermula dengan harga RM25, RM40, RM70 dan RM100. Tiket boleh dibeli di www.dendamlaksamanabypipent.peatix.com.

Jom jom kita ke Pekan Bangsawan Warisan Budaya di MaTiC dan Muzikal Bangsawan Dendam Laksamana di Auditorium DBKL!



You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook