Sutrina Kosmetik Tanpa Bahan Kimia, 100% Organik

9:54 pm


Sejak dah nak masuk geng 30-an ni, saya sangat particular hal hal skincare atau makeup yang akan singgah di kulit muka saya. Most of the time memang prefer untuk hari bebas makeup risaukan kulit terlalu banyak menerima bahan kimia. Gituhhh. Syukur selain skincare organik yang saya guna, makeup juga saya pastikan 100% dari bahan organik dan saya memilih jenama SUTRINA.





Sutrina menyediakan set kosmetik yang dibuat daripada 100% bahan organik yang premium. Setiap insan dilahirkan dengan kecantikan yang pelbagai, kenapa perlu dicemari dengan bahan kimia yang sudah terbukti memudaratkan kan? Bila kulit dah sedia cantik dan mulus, kena lah jaga elok-elok. Bila kulit elok, tak perlu dah mekap tebal dan tutup segala cela. Natural beauty gituh sebab tu Sutrina ni wujud untuk mengekalkan kecantikan korang semua dengan menggunakan bahan organik yang tidak memudaratkan.


Tiga sebab korang perlu cuba dan terus pakai set kosmetik Sutrina; organik, simple dan selamat.

100% Organik - bahan yang digunakan semuanya dari bahan semulajadi yang berkualiti tinggi. Saya suka bau essential oil dalam setiap produk Sutrina. Memang wangi dan organik!

Simple - Rangkaian produk Sutrina direka dalam bentuk compact dan mudah dibawa kemana-mana. Ye la bukan je senang bawak pergi travel tapi senang juga bawak dalam handbag untuk aktiviti seharian. Ringan, mudah dan simple.

Selamat - Lambakan produk di pasaran membahayakan pengguna dengan macam macam bahan kimia yang kita sendiri tak pasti apa dia kan? Ramai nak nampak kesan dengan pantas dan memilih produk yang mengandungi bahan kimia. Hah jangan risau, Sutrina dijamin selamat digunakan kerana baru-baru ni, Sutrina dah pun lulus ujian bebas dari bahan kimia berbahaya.



Didatangi dengan 1 set kosmetik dalam kotak yang cukup cantik dan eksklusif, Sutrina Flawless Kit mengandungi:

- EO Formulated Magic Primer
- EO Formulated Mineral Foundation
- EO Formulated Mineral Loose Powder
- EO Formulated Lip Cream

5 cara-cara solekan untuk lebih flawless dan cantik semulajadi:

1. Sapu EO Formulated Magic Primer di muka, dan massage secara perlahan-lahan

2. Picit beberapa titis EO Formulated Mineral Foundation di muka dan blend well dengan menggundakan brush atau makeup blender.

3. Dab dab kan sedikit EO Formulated Mineral Loose Powder, lapisan nipis dah memadai

4. Sapu EO Formulated Lip Cream di bibir dan boleh juga sapu sedikit lipcream di bahagian pipi untuk menggantikan blusher. Lebih fresh look!

5. Siap dan dah ready flawless secara semulajadi!


Sutrina Flawless Kit ni satu set dah cukup lengkap untuk korang pakai seharian. Saya suka tekstur primer dan foundation dari Sutrina ni terasa lembut dan lembab je kulit. Foundation tak capuk di muka dan blend well. Cuma perlu picit sedikit dah memadai dah untuk satu muka. Loose powder dan lip cream memang melengkap kan satu set yang cukup utk solekan nipis dan lebih natural makeup je. Dah la lipcream tu tak kering bila disapu di bibir!


Sibuk bekerja memaksa saya lebih fokus dengan kerja saya dan kurang menggunakan makeup. Tapi, sebab kerja saya banyak perlu berjumpa dengan beberapa orang client setiap hari, Sutrina memang sangat membantu dalam keadaan kelam kabut rushing sana sini. Solekan tipis dah cukup bantu untuk kita sentiasa kekal cantik dan segar bertemu client.

Lagi satu saya suka dengan kosmetik Sutrina, wuduk friendly. Dan juga senang untuk remove mekap tanpa perlu susah payah tonyoh beberapa helai kapas dan makeup remover. Sutrina EO Formulated Micellar Water (tiada dalam satu set Sutrina Flawless Kit tapi boleh beli secara asing) tu pun dah cukup untuk renove mekap dengan pantas dan bersih.



Harga satu set Sutrina Flawless Kita adalah RM140 sahaja, manakala EO Formulated Micellar Water cuma RM35 sahaja. Jom kekal cantik dengan Sutrina! Maklumat lanjut tentang Sutrina:

Laman Web:

Facebook:

Instagram:

Hubungi Miss S:


You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook