Joms Buka @ Bufet Ramadan Nook, Aloft KL Sentral

6:19 pm



Bulan Ramadan ni, semua restoran akan berlumba-lumba memperkenalkan hidangan Bufet Ramadan di restoran mereka. Begitu juga dengan Nook, Aloft KL Sentral, kali ni mereka akan menawarkan lebih 150 hidangan untuk Bufet Ramadan mereka. Agak-agaknya apa yang ada ya?





Stail bufet mereka kali ini ialah gerai-gerai. Hah macam bukak gerai tu lah. Ada beberapa station makanan, mengikut jenis berbeza. Tapi antara yang menarik kali ni ialah Kambing Golek Berempah Kuzi, Nasi Ayam dan Itik, Warung Satay, dan Bubur Lambuk Beratur. Wah nama gerai pun dah menarik kan? Tapi yang paling dinantikan kalau berbuka puasa di Nook ni semestinya Slow Braised Beef Rendang mereka. Yang ni memang sedap! Daging lembu dimasak secara slow cook lebih 7 jam, dan di adun sebati dengan pelbagai rempah seperti garam, lada, kayu manis, dan sebagainya. Cukup rasa yang sangat sedap!



Sebagai pelengkap hidangan, nasi juga ada pelbagai jenis seperti Nasi Kukus, Nasi Hujan Panas dan Nasi Minyak Jagung. Lagi tambah selera bila dihidangkan juga Kari Daging Kentang, Ikan Masak Asam Pedas Melaka, Gulai Daging Tetel, Masak Lemak Telur Itik, Kepah Masak Lemak, Sayur Rampai Goreng dan macam-macam lagi. Tu belum cakap lagi ada menu tambahan lain seperti Kerabu, Tauhu Sumbat, Gado-Gado, Ulam-Ulaman, Murtabak, Roti John, Rojak Buah, Pisang Goreng, Cempedak Goreng, dan Keropok Lekor.

 

Ada juga makanan Cina, India dan Western seperti Buttered Milk Prawn, Sze Chuan Style Bean Curd with Minced Chicken, Lasagna, Smoked Barbecue Chicken Wings, dan lain-lain lagi. Di bahagian mee pula ada Laksa Sarawak! Wey ini menu wajib korang cuba kalau ke Nook. Super sedap!





Sebagai pemanis mulut, pelbagai variasi makanan juga terhidang seperti Pandan Creme Caramel, Berries Brownies Triffle, Marble Cheesecake, Water Chesnut Jelly with Strawberry Pearl, Kuih Muih Melayu, Sago Gula Melaka, Ais Krim Potong, dan Ais Batu Campur.

Baucer early bird Joms Buka @ Nook masih bolrh didapati sehingga 15 Mei 2018 dengan harga cuma RM100 seorang untuk pembelian 1 hingga 35 keping baucer, dan RM90 seorang untuk pembelian 36 keping baucer keatas. Bufet Ramadan di Nook akan bermula pada 16 Mei 2018 hingga 14 Jun 2018. Untuk pemegang kad kredit HSBC, Maybank, Citibank dan CIMB pula, korang boleh dapat 20% diskaun tapi cuma terhad maksima 10 orang je. Nak datang ramai-ramai, baik korang beli baucer early bird!

Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan bolrh terus hubungi 03-27231188 atau ke laman web mereka www.aloftkualalumpursentral.com

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook