Lawak Kampus dan Boboiboy Galaxy Bergabung!

3:50 am


Apa? Lawak Kampus dan Boboiboy Galaxy bergabung? Takkan komik kelakar gila tu nak jadi serius pulak main lawan-lawan bertarung dengan orang jahat? Apa dah jadi?

Hah, ya buat julung-julung kalinya di Malaysia, komik tempatan Lawak Kampus bergabung dengan animasi Boboiboy untuk menghasilkan Komik Edisi Istimewa berjudul Lawak Kampus X Boboiboy Galaxy: Superior. Mesti best dan kreatif bila dua nama besar ni bergabung kan?


Ramai juga yang buat pesanan awal yang terhad kepada 1,000 salinan untuk komik Lawak Kampus X Boboiboy Galaxy: Superior masa hari pelancaran tu. Untung mereka yang buat pesanan awal sebab diorang dapat hadiah eksklusif dan dan berpeluang mendapat autograf artis komik. Komik ini berharga RM25 je dan tersedia dalam Bahasa Melayu yang eksklusif hanya akan dijual di Kedai Buku Popular mulai 31 Ogos 2018 nanti.


Sempena ulang tahun ke 15 Lawak Kampus, mereka memeriahkan Atria Shopping Gallery dengan aktiviti menarik selama sebulan bermula 21 Mei hingga 24 Jun 2018. Sepanjang kempen ni, peminat berpeluang mengambil gambar dengan props watak-watak Lawak Kampus yang cukup kreatif dengan elemen budaya tempatan Malaysia.

Sinopsis:

Perlawanan bola sebola sepak persahabatan berlangsung antara pelajar SMK Lawak Kampus dan SMK Pulau Rintis jadi huru hara bila kapal angkasa Adu Du mendarat tiba-tiba di padang sekolah. Adu Du terjumpa Sfera Kuasa yang merbahaya, dan tengah kalut semua nak selamatkan diri, Cikgu Noodle dan Ciciko lenyap! Alamak! Macam mana nak selesaikan masalah ni?


Agaknya apa akan terjadi bila team Lawak Kampus bertemu Boboiboy Galaxy? Tak sabar nak tunggu komik keluar Ogos nanti! 

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook