Resepi Cheesecake Oreo - 5 Bahan & Tanpa Oven!

1:44 am


Dah lama tak bagi resepi baru dalam blog ni kan? Sempena bulan Ramadhan ni, mesti rasa macam nak buat dessert untuk berbuka puasa atau selepas moreh ye dak? Hah hari ni Ney nak ajar buat Oreo Cheesecake, dengan menggunakan 5 bahan sahaja dan dan tanpa oven! Wah, macam mana nak buat kek kalau takde oven ni?



Lima bahan yang diperlukan:

1) Oreo Cookies 
2) Cream Cheese
3) Gula
4) Butter
5) Cool whip Cream

Cara-cara nak buat No Bake Oreo Cheesecake ni ni memang mudah! Hah cara-caranya ialah...


1) HANCURKAN oreo cookies tu selumat yang mungkin. Ney selalu letak dalam sealed bag senang nak hancurkan. Biasa Ney pakai 3 bungkus Oreo, asingkan vanilla cream di tengah-tengahnya tu. Kalau korang malas, try cari ada kedai jual dah siap je Oreo Cookies yg dah hancur ni.



2) CAIRKAN butter atas dapur dan MIX melted butter tu dengan Oreo yang dah hancur tadi, gaulkan. 

3) TEKAN adunan cookies dan butter tadi, ke dasar acuan yabg disediakan. Nak elok, alas dulu base tu dengan bake paper tu. SEJUKKAN acuan tu dalam peti sejuk dalam 30-40minit.



4) PUKUL dengan sebati; cream cheese, gula dan inti vanilla cream yang diasingkan mula-mula tadi. Lepastu masukkan co whip cream dan sedikit lagi biskut oreo yang dah hancur tu.



5) TUANG adunan dah pukul sebati ni kedalam acuan yang dikeluarkan dari peti sejuk, RATAKAN adunan, dan HIAS apa patut lepastu SEJUKKAN lagi sekali kek tu. Hah lagi elok biarkan semalaman baru sedap untuk dimakan! 

Mudahkan dengan 5 bahan, dan 5 cara, korang boleh buat Oreo Cheesecake untuk berbuka puasa. Tak perlu guna oven pun! Sesuai untuk yang duduk single rumah sewa, asrama ke, hah sesiapa pun boleh buat. Selamat mencuba! 

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook