Polis Evo Bakal Jadi Filem Aksi Terhebat Tahun Ini!

7:30 pm



Selama ni memang tak dapat dinafikan filem aksi dari luar negara sentiasa diagung-agungkan dan mendapat  perhatian daripada penonton. Rush Hour atau Ong Bak contohnya sentiasa menjadi pujaan penonton. Tahun ni pulak, special untuk semua kaki wayang especially yang suka sangat filem aksi, Astro Shaw akan menampilkan sebuah filem bergenre aksi iaittu Polis Evo!

Polis Evo ni sebuah filem aksi yang mengangkat martabat anggota polis dalam kegiatan membasmi jenayah, dan filem sentuhan pengarah Ghaz Abu Bakar ni turut disajikan dengan elemen persahabatan dan kekeluargaan yang mampu memangkinkan penghayatan para penonton.


  

 Filem Polis Evo yang akan menemui penonton di layar perak pada 17 September 2015, menampilkan empat orang penulis skrip baru iaitu Joel Soh, Kyle Goonting, Anwari Ashraf dan Adib Zaini dalam menghasilkan jalan cerita yang terbaik dan mampu menarik minat para penonton yang dahagakan filem-filem aksi. Menariknya, cerita asal Polis Evo yang diproduksi oleh Tayangan Unggul ni turut digarap oleh Joel Soh, Kyle Goonting dan Anwari Ashraf.



Padat dengan lakonan mantap Shehizy Sam, Zizan Razak, Nora Danish, Allahyarham Harun Salim Bachik, Pablo Amirul, Amerul Affendi, Mimi Hernida, Wan Hanafi Su, Eyka Farhana dan ramai lagi, filem ini turut mengangkat lagu berjudul Evo yang berentak up beat nyanyian duet hip hop popular tanah air, Joe Flizzow dan SonaOne sebagai lagu tema Polis Evo.


Saya sendiri dah tonton filem Polis Evo di Malam Gala Polis Evo minggu lepas. ya, filem aksi ni memang lain dari yang lain. Cinematography memang mantap! aksi yang ada pun cukup dah memukau. apatah lagi dengan lakonan Sheheizy Sam dan Zizan Razak. lawak jenaka yang terselit pun dah boleh buat kitorang gelak-gelak je satu panggung wayang tu. 

Trivia Filem Polis Evo:


- Polis Evo merupakan gandingan pertama Shaheizy Sam dan Zizan Razak
- Gandingan penyanyi Joe Flizzow dan SonaOne untuk lagu tema berjudul Evo
- Menjalankan sesi pengambaran di beberapa lokasi menarik sekitar Kuala Terengganu, Pulau Tioman dan Kuala Lumpur
- Menggunakan khidmat 4 penulis skrip untuk filem Polis Evo
- Pembikinan keseluruhan filem Polis Evo hanya mengambil tempoh satu tahun
- Nor Danish belajar cakap loghat Terengganu sebelum sesi pengambaran bermula
- Shaheizy Sam ambil masa lima bulan untuk dapatkan bentuk badan yang sasa nak menjayakan karakternya sebagai Insp Khai
- Polis Evo merupakan filem terakhir Allahyarham Harun Salim Bachik


Nantikan filem Polis Evo yang akan menemui para penonton di pawagam seluruh negara mulai 17 September 2015! Jangan lupa juga untuk melayari www.polisevo.com dan www.facebook.com/AstroShaw serta laman sosial Facebook, Twitter, Instagram serta Youtube Astro Shaw untuk berita dan informasi terkini. Check jugak hashtag #PolisEvo okayh?




You Might Also Like

1 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook