#UsopWilchaMMM Usop Wilcha Menghonjang Makhluk Muzium

12:06 am


Haritu saya dan kawan-kawan pergi Tayangan Perdana Filem Usop Wilcha Menghonjang Makhluk Muzium. Filem yang bergenre Kontemporari Komedi ni memaparkan kisah yang berlaku dalam sebuah muzium yang menyimpan banyak khazanah dan pengetahuan yang semakin dilupai oleh masyarakat masa kini.


 

Ye lah, kalau tanya korang kenal Siputum?  Mesti ramai tak dapat jawab soalan ni dalam masa 30 saat pun. Siapa tu Siputum? Hah nil ah masalah yang muzium ni alami. So, sebab kurang dapat sambutan, pihak pengurusan muzium ni ambil keputusan untuk buat pameran Hantu-Hantu Dunia. Kononnya nak kelainan dan tarik pengujung ke muzium.


 Tapi jeng jeng jeng… rupanya penganjur pameran ni ada muslihat tersendiri. Diorang ni pengamal ilmu hitam dari Romania dan dah merancang untuk hidupkan semula Raja Dracula iaitu Vlad The Impaler! Sebab nak hidupkan Raja Dracula nil ah diorang buat pameran Hantu-Hantu Dunia ni kat semua benua. Muzium UPSI ni kiranya lokasi terakhir untuk benua Asia. Banyak-banyak tempat kat Asia ni, UPSI jugak diorang landed kan? Haha!

 

Tapi masalahnya puak-puak era zaman dulu ni, duk berbalah sesame sendiri. Asyik tak sependapat je kaum-kaum ni. Tapi bila diorang sedar rancangan jahat Pameran Hantu-Hantu Dunia ni, diorang pakat la bersatu kita teguh, bercerai biar roboh! Demi menyelamatkan cucu cicit mereka zaman kini, terpaksa diorang dedahkan rahsia yang diorang ni boleh hidup waktu malam sampai subuh. Tapi dengan siapa diroang berpakat? Siapa menang? Pahlawan melayu ke Hantu omputih? Haaaa tu kena tengok kat pawagam nanti!

 

Berkonsepkan “Sejarah Tidak Pernah Mati”, jalan cerita filem ni nak mengangkat kembali minat masyarakat zaman kini terhadap bahan-bahan dan fakta-fakta sejarah. Skrip ditulis oleh Usop WIlcha sendiri, dan memang diakui loghat Perak banyak boleh kita belajar dalam filem ni. Berunsurkan komedi, memang best lah gelak macam setan masa tengok filem ni.


 

 

 



 Pelakon-pelakon hebat yang membintangi filem Usop Wilcha Menghonjang Makhluk Muzium ialah Usop Wilcha, Elizabeth Tan, Nasir Bilal Khan, Namron, Hitler Zami, Man Kadir, Farah Dhiya dan lain-lain lagi. Sesuai bawak family atau kawan-kawan menonton bersama! Jangan lupa, Usop Wilcha Menghonjang Makhluk Muzium mula ditayangkan pada 3 September 2015 di pawagam berhampiran!

 



You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook