Manicure & Pedicure di Bora Bora Nail & Waxing Expert

8:57 pm




Ahad lepas, sempat saya dan girlfriends spent time together di Bora Bora Nail & Waxing Expert yang terletak di Berjaya Times Square. Sesibuk mana pun kami asyik ke event sana sini, kena lah manja kan jari jemari ni jugak. masa masuk je nail spa and salon ni dah macam teruja masing-masing tengok deco ala-ala kita berada di Bora Bora Island. Susun atur deco tempat ni pun kita akan rasa ceria dan tenang je. tak dapat ke Bora Bora Island lagi pun takpe, kita datang sini ambil feel je la.

eh eh kat mana Bora Bora Nail & Waxing Expert ni? 
Di LG Floor, berhampiran dengan Cosway tu.
Tahu tak? hehe.



Sebelum kuku dan jari jemari dimanjakan, kami diterangkan tentang prosedur kebersihan alat-alat yang mereka guna kan. Bora-Bora Nail & Waxing Expert adalah di bawah kelolaan BMIC Nail Spa Salon dan mereka sangat mementingkan kebersihan dan sterilize betul-betul setiap kali habis treatment.  Dan dibawah ini adalah prosedur mereka:


Sempat juga saya tengok cara-cara mereka sterilize alat-alat ni semua. memang rasa yakin dengan tahap kebersihan Bora Bora Nail & Waxing Expert ni. 

So, hari tu saya pilih untuk ambil treatment Anti Age Spa Pedicure dan juga Classic Manicure. 
Apakah rasanya ye. ni first time sebenarnya pergi manicure dan pedicure haha!



Amboi kusyuk nya Aten dan Iena yang sedang dapatkan rawatan Anti Age Pedicure. 
Amoi depan saya ni pun entah apa dia belek. skin dah la sunburn teruk balik dari Cebu haritu. tapi nasib baik dia cakap my feet punya skin smooth. takde banyak masalah. haha!




Untuk Anti Age Spa Pedicure yang bernilai RM160 untuk sesi selama 50 minit, memang banyak betul segala scrub, mask dan cream yang digunakan. Siap kena steam lagi kaki bagi buka liang-kiang roma dan sekaligus cream tu menyerap masuk ke kulit kita untuk jadi kan kulit kaki selembut kulit baby. 

Yang paling menariknya, segala cream, scrub atau mask yang digunakan semuanya diperbuat daripada bahan semulajadi dan bahan asasnya ialah KELAPA! fuhhh dah la bau sedap je. rasa macam betul-betul dah hanyut ke Bora Bora Island masa kaki dibelai manja. kahkah!


 

Treatment untuk Anti Age Spa Pedicure ialah nail cutting shape, cuticle treatment, callus filling, coconut scrub, cocounut mask, candle oil massage, and nail lacquer application. tapi tak letak pun apa-apa nail polish kat kaki. haha! buffing shining je. 

Lepas tu treatment Classic Manicure pulak yang berharga RM60 untuk sesi selama 35 minit. Masa ni hulur je la tangan tengok dia cantikkan kuku kita, massage sikit. Treatment untuk classic manicure ialah nail cutting and shaping, cuticle treatment, and relaxing massage, best!

WOW sangat hasilnya. sekejap kang tengok kaki, sekejap kang belek tangan pulak. kulit soft, kuku bersih dan berkilat shining gitu. 


Masa ni entah hapa happy sangat lepas treatment, minum green tea sambil gossip girls la dengan Aten. Happy duduk sini dah la tenang, cantik, feel macam kat pulau. 



Masa visit kat sini, pemilik BMIC Secret of Beauty, Mrs Michelle Hee pun ada. Barulah tahu Bora Bora Nail & Waxing Expert ni salah satu salons pa under BMIC dan cawangan lain ialah, BMIC Bee Bee Nail Spa di Farenheit 88, BMIC Nail Spa Salon di Starhill Shopping Gallery dan Pavillion KL, dan juga dalam masa terdekat akan buka BMIC Nail & Beauty Academy. 

Thank you Michelle, for the great service and tempat yang sangat cantik dan berbaloi untuk di spent money and time together with my girlfriends. 

Bora Bora Nail & Waxing Expert
LG 19, Lower Ground Floor Berjaya Times Square,
Kuala Lumpur.  

tel: 03-21102763

.
.
.
.
.
.
.




selepas beberapa hari masih bersih dan berkilat,
wahhh kwna pergi lagi ni siapa nak teman? 

:p

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook