Nafas Baru Taman Warisan Putrajaya

11:08 pm

 

Beberapa hari yang lepas berkesempatan untuk ke Taman Warisan Putrajaya sempena Majlis Pelancaran Bazar Warisan. Majlis telah dirasmikan oleh Ybhg. Datuk Seri Hj Hasim bin Hj Ismail, Presiden Perbadanan Putrajaya. Program Bazar Warisan tersebut dianjurkan oleh Taman Warisan Putrajaya bersama Perbadanan Putrajaya dan Floria Putrajaya sebagai usaha untuk memberi nafas baru dan penjenamaan semula Taman Warisan Putrajaya sebagai lokasi pelancongan berteraskan kepelbagaian pertanian dilihat bakal menarik lebih ramai pengunjung.Datuk Seri Hj Hasim Hj Ismail berkata, kesempurnaan Taman Warisan Putrajaya yang dilengkapi aktiviti rekreasi serta riadah terutamanya di dusun-dusun sudah pasti memberi pengalaman berharga kepada semua pengunjung.



Foto oleh Mekonie

“Selain itu, selaras saranan kerajaan untuk kerjsama bersama pihak korporat, Putrajaya Floria Sdn Bhd (PFSB) menjalinkan kerjasama dengan Felda D’Saji untuk memasarkan Taman Warisan Putrajaya sebagai lokasi pilihan bagi majlis perkahwinan. Taman Warisan Pertanian Putrajaya akan menjadi one stop centre untuk majlis perkahwinan pada akan datang. Putrajaya Floria Sdn Bhd juga akan berkerjasama dengan pelbagai pihak untuk menyediakan pakej istimewa kepada pengunjung luar Putrajaya seperti Pakej Sarapan Warisan, Pakej Kampung Warisan, Pakej Santai Warisan serta Pakej Pelajar,” - Datuk Seri Hj Hasim Hj Ismail
.

Foto oleh Eazy Izzuddin.

Best gila meriah Taman Warisan Putrajaya ni sekarang. Lepas ni takde da lah datang semata-mata untuk makan Roti John sedap je kat sini. Entah-entah lepas ni datang untuk attend wedding kawan-kawan pulak kat Taman Warisan Putrajaya ni. Siapa sangka, kat Taman Warisan Putrajaya ni pun boleh jadi venue untuk majlis perkahwinan? Masa tengok Taman Warisan Putrajaya terhias indah dengan pelamin, meja makan semua... macam betul-betul datang wedding dalam hall. Sedikit kelainan dengan venue yang ala-ala rumah kampung warisan melayu, dan dikelilingi flora dan fauna. 

Mana lah tahu lepas wedding, boleh pergi outdoor photoshoot pulak ke dalam Dusun Taman Warisan Putrajaya tu kan? Photoshoot pengantin baru sambil makan durian pun rare jugak. Ye dak? Kat Taman Warisan Putrajaya ni, parking pun luas, tandas pun ada, kawasan pun cukup besar dan sesuai untuk venue majlis perkahwinan. Makanan oleh Felda D'Saji pun memang tak pernah mengecewakan memang sedap gila! Yang gemarkan kelainan dan keunikan, boleh lah book cepat-cepat pakej perkahwinan dari Felda D'Saji untuk buat wedding kat Taman Warisan Putrajaya. Dari wedding planner, pakej catering, pelamin dan segalanya lah ada! Harga bermula dengan RM 28.00/pax, dan untuk tempahan, boleh hubungi Felda D'Saji di talian:

03-2698 8302 | 03- 8881 1311 | 013-386 0453 | 019-295 6232

Sebarang maklumat lanjut boleh didapati di website:

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook