IPC Raya Blossoming Syawal di IPC Shopping Centre

7:17 pm


Beberapa hari lepas, Ney ke singgah ke IPC Shopping Centre untuk groceries shopping and beli kasut raya husband. Memang IPC ni tempat wajib untuk beli groceries memandangkan Ney senang cari semua benda dalam Ben's Independent Grocer kat tingkat bawah tu. Lagi satu sebab suka pergi Original Classic (OC) kat IPC ni sangat besar! Keluar je dari OC lepas shopping kasut, ternampak depan kedai ada decoration cantik ala-ala Mediterranean Garden konsepnya. Wah apa ni?




Sesuai dengan semangat raya di bulan Ramadan ni, dekorasi seperti pelita, pokok kurma, lamput mengerlip lip lap lip lap...terus nampak betapa meriahnya suasana hari raya di IPC Shopping Centre ni! Dengan lagu-lagu hari raya berkumandang, Allahu teringat raya tahun ni tak balik kampung sendiri. Sedih juga sebab first time beraya bersama dekat kampung suami kan. Terus zappp....hilang berangan! Kita kat mana tadi? Mediterranean?


Rupanya, IPC Shopping Centre berkolaborasi bersama EcoWorld dari 16 Mei hingga 16 Jun 2019 demi menjayakan konsep meriahnya hari raya untuk tahun ni dengan tema IPC Raya Blossoming Syawal. Ada 3 gazebo iaitu Eco Ardence, Eco Grandeur dan Eco Sanctuary yang super cantik untuk korang bergambar. Korang boleh jumpa Mediterranean Garden ni di Concourse Area, Level G IPC Shopping Centre.


Bila lihat dekorasi cantik macam ni wahhhhh...banyak jugak spot instaworthy kat sini weyh! Nak berdiri tepi pelita ke, di sebalik langsir ke, santai duduk di ruang tamu ke, photoshoot raya ke semua ada. Ney duk excited main kuda mainan sampai husband kena heret Ney balik. Seronok sangat! Nampak pengunjung IPC Shopping Centre pun sibuk bergambar sana sini dengan dekorasi di sini.




Bestnya bila bawak family ke sini, anak-anak mesti happy! Sebab selain dekorasi cantik dibawa khas oleh EcoWorld, pihak IPC Shopping Centre juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik disini seperti belajar bermain permainan tradisional seperti congkak dan chapteh, serta bengkel mewarna corak batik, bengkel mewarn magnet wau bulan,  persembahan angklung, persembahan tarian kebudayaan Melayu, dan pelbagai aktiviti lain lagi.


Menariknya, kita kan selalu penghujung puasa ni baru nak kelam kabut nak buat persiapan raya dan shopping macam-macam kan? Kebetulan Ney sempat shopping kasut raya suami bernilai lebih RM200 lepas tu dapat reward RM10 voucher. Rupanya ada promosi sempena Blossoming Syawal! Abang promoter bagitahu kalau shopping minima RM200 dalam satu resit, akan dapat RM10 raya voucher. Tapi kalau shopping hari Selasa & Rabu (juga minimum RM200 dan kecuali pada hari cuti umum) lagi best sebab dapat double rewards ya! Maksudnya, korang akan dapat 2 keping raya voucher bernilai RM20. Wahh best gila dapat RM20!

Satu lagi, korang tak perlu risau pasal parking. Sepanjang 6 Mei hingga 4 Jun 2019 ni, satu jam pertama parking adalah PERCUMA untuk hari Isnin hingga Khamis. Wahhh parking murah, nak shopping lama-lama pun rasa senang hati.

Jom korang beramai-ramai ke IPC Shopping Centre! Boleh baca maklumat lanjut tentang raya voucher atau aktiviti menarik yang dijalankan  di : http://bdj.bz/IPCRayawithNeyra. Selamat Hari Raya!

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook