Travel: Jatuh Cinta Dengan Melbourne, Australia

9:38 am


Sejak dah habis round negara-negara ASEAN, Ney dah lama teringin nak ke Melbourne. Bertahun jugak lah simpan angan-angan nak ke Melbourne ni lebih-lebih lagi fikir sebab sepupu sekeluarga memang tinggal di sana. Lagi makan hati ramai pulak kawan-kawan selalu ke Melbourne, tayang di Instagram. Itulah, dulu dah berpeluang ke sana sebab menang contest, tapi gatal nak ke negara lain. Sejak tu menyesal....


Kenapa Melbourne, Australia? Sebab bila tengok gambar... aduh, jatuh cinta! Cantiknya langit biru, indahnya pemandangan Great Ocean Road, lawanya kalau dapat bergambar di dinding-dinding graffiti di CBD Melbourne atau rumah warna warni di Brighton Beach, dan menariknya pemandangan berlatar belakang kan Flinders Street Station tu. Boleh ambil gambar romantik dengan suami ke kan?



Tu belum part nak jumpa Tasmanian Devil ke, Kangaroo ke, Koala Bear ke, semuanyalah teringin sejak dulu. Kalau jumpa ni mau semua binatang Ney peluk! Mesti best dapat gomol Koala Bear tu, bagi makan ke Kangaroo, usik anak dia dalam poket ke apa kan? Bagi Ney, bila kita merantau ni pelbagai benda kita dapat. Pengalaman yang mendewasakan kita, belajar tentang budaya dan makanan diorang dan macam-macam lagi kan? Lagi-lagi Ney memang suka backpacking, dapat kenal ramai kawan baru!


Nak dijadikan cerita, bila Ney dah kahwin, suami tiba-tiba surprisekan Ney dengan tiket honeymoon ke Australia! Woahhhh bestnya! Bila tanya, "Abang book bila dan kat mana flight to Melbourne ni?" Rupanya dia terfikir nak book lepas tengok iklan Traveloka kat TV! Hah mestilah iklan yang femes tu. Tercapai juga hasrat Ney nak ke bumi Australia ni. Seronok juga dapat jumpa anak buah semua. Korang tahu kan Traveloka ni best? Kalau korang book thru Traveloka, tiada cas tersembunyi yang perlu korang risaukan. So, jimat lah sikit dari kena cas yang aneh-aneh kan?


Hah satu lagi, kalau tak mampu nak bayar sedebuk harga tiket, takpe! Dalam Traveloka, korang boleh buat monthly installment kat Maybank kalau korang booking thru Traveloka. Sangat memudahkan. Hah boleh lah korang plan baik punya untuk travel bila, naik apa, dan ke mana. Sekarang juga kasi jadi itu plan!



Lagi satu yang Ney suka ialah korang boleh set price alert melalui aplikasi Traveloka ni. Hah macam mana tu? Konsepnya, korang nak beli tiket tapi dengan harapan tiket murah atau ada promosi. Takpe, Traveloka boleh bagi notifikasi bila ada promosi, Hah best gila kan? Boleh lah start ushar website Traveloka atau download terus aplikasi Traveloka.



Dalam aplikasi Traveloka, Ney tengok banyak juga lah senarai jenis flight, waktu dan hari yang sama. Tapi untuk elakkan nangis tepi bucu katil sebab promosi habis, suami terus buat keputusan yang emirates flight booking sebagai flight pilihan. Ye lang, alang-alang nak travel honeymoon, condition flight mestilah selesa dan tiptop. Ye la, dari Kuala Lumpur ke Melbourne bukannya dekat ok? Berjam-jam mau kematu bontot, lenguh  kaki. Hah korang tunggu apa lagi? Gi book cepat! Mana lah tahu tetibe ternampak flight idaman dengan tawaran harga yang lebih murah dan terbaik kan?


Alhamdulillah, seronok rasanya dapat luangkan masa jumpa keluarga di Melbourne, dan melawat tempat-tempat menarik seperti Albert Park, Queen Victoria Market, Flinders Street Station, Brighton Beach, Eureka Skydeck, Moonlit Sanctuary, Mornington Peninsular, Cape Schanck dan macam-macam lagi. Serius tak puas! Nampaknya kena book tiket ke Melbourne lagi la kan? 

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook