Promosi Bilik & Bufet Ramadan di Olive Tree Hotel Penang

12:51 am


Dalam perjalanan Ney pulang ke kampung suami di Kedah, kami berhenti rehat di Pulau Pinang. Ye la bulan puasa memang letih sangat nak teruskan perjalanan berjam-jam, terus kami buat keputusan menginap di Olive Tree Hotel Penang semalaman.



Set Sahur Olive Tree Hotel Penang

Dekat sini, Ney terus ambil pakej Stay & Dine yang berharga RM270++ untuk satu malam sebab dah termasuk pakej untuk sahur sekali. Mudah tak perlu mengagau pulak cari makanan pagi buta nak bersahur kan? Masa check-in tu kami terus diberi pilihan untuk menu sahur, ada nasi goreng kampung atau nasi ayam goreng kunyit atau char kuey teow atau set english breakfast. Set menu sahur ni akan dihantar terus ke bilik ikut waktu yang kita request antara jam 12 tengah malam hingga 5 pagi. Mudah kan? Tak pening kepala dah.

Relax di dalam bilik hotel

Pakej Stay & Dine ni juga PERCUMA 2 tiket ke SETIA SPICE Aquatic Centre dan servis shuttle percuma dua hala ke IKEA Penang, Queensbay Mall, Gurney Plaza, dan juga Penang International Airport. Senang nak gerak kemana-mana naik shuttle je tak perlu drive tapi kami dah keletihan tak larat berjalan. Untuk bilik, memang sangat luas dan selesa. Ya ampun bantal dia kau baring je terus tenggelam dalam wonderland entah mana-mana entah. Sangat lembut dan gebu!



Santai di kolam renang Olive Tree Hotel Penang

Satu lagi Ney suka gym kat sini sangat besar, dan swimming pool see through. Agak privacy pulak tu swimming pool dia, dengan tidak berbumbung, boleh stargazing malam-malam sambil berenang. Nak mandi siang hari dalam swimming pool ni makruh bulan puasa gini. Kita dating je la ya hahaha.




Save Earth campaign 

Hah satu lagi Ney suka konsep hotel ni yang Go Green & Save The Earth! Dalam bilik, ada tong sampah yang asingkan untuk recycle, bahan-bahan toiletries yang juga eco friendly, di sekitar hotel juga disediakan tong sampah berasingan untum recycle, aircond di koridor hotel juga di minimized kan sebagai salah satu usaha untuk save the earth. Di lobi hotel pula ada dan kawasan sekitarnya juga ada beberapa hiasan dekorasi yang Ney perasan adalah bahan terpakai yang diolah menjadi hiasan. Wah bagusnya hotel ni!

Kambing Bakar Nasi Mandy
Ketam Masak Lemak Cili Padi 
Ayam Kalio

Oh ya, selain itu, Pakej Stay & Dine ni juga termasuk dengan 10% diskaun untuk servis massage di Thai Oasis Family Wellness Centre di Elit Avenue dan juga 20% diskaun untuk F&B dan yang paling best dapat RM70 cash voucher setiap hari juga untuk F&B. Nak massage tak sempat so Ney book untuk Ramadan Buffet Dinner je la. Untuk Bufet Ramadan di Olive Tree Hotel Penang, konsep mereka tahun ni ialah Selera Nusantara. Bertempat di Sukkah Coffee House, banyak menu adalah menu tradisional seperti ayam kalio, ketam masak lemak cili padi, ayam percik, gulai daging batang pisang, kambing kerutup, gulai ikan, daging rendang, dan macam-macam lagi menu utama.

Kerabu Daun Selom
Ketupat
Paling Ney teruja bila tengok bahagian kerabu, ada kerabu daun selom! Lamanya tak makan. Ada juga kerabu kacang botol, gado-gado, rojak buah, serunding ayam dn daging. Suasana hari raya itu sendiri terasa bila tengok juadah ketupat dan lemang juga dihidangkan bersama.

Shawarma Kambing

Ikan Keli Bakar


Bukan sahaja makanan tradisi melayu, makanan lain seperti sushi, dimsum, dan kebab pattaya thailand juga ada. Menu lain seperti char kuey teow ketam, ikan bakar air asam, satay, tauhu begedil sambal kicap, kambing bakar dengan nasi mandy, bubur lambuk, dan shawarma kambing juga beratur panjang semua guest nak ambil makanan. Ada juga Kids Corner yang menghidangkan Jajan, Chocolate, Chicken Hawaiian Pizza dan Chicken Sausage untuk buat anak-anak sentiasa happy. 

Abok Abok Sago

Kuih Peria

Masuk sahaja bahagian dessert, menjerit Ney nampak Abok Abok Sago, Lompang, Kuih Lapis dan Kuih Peria. Jarang jumpa kuih nk semua tau? Kalau tanya Ney, apa paling Ney suka makan semalam ialah Kuih Peria, Shawarma Kambing, dan Ketam Masak Lemak Cili Padi. Sedap gila!


Selera Nusantara Buffet Dinner:

Tarikh: 13 – 31 May 2019
Masa: 7:00pm – 10:00pm 
Lokasi : Sukkah Coffee House, Level 2
Harga : MYR99 nett untuk dewasa. 

Dengan minima bayaran 2 orang dewasa, kanak-kanak dapat makan PERCUMA. Untuk fasiliti seperti surau juga lengkap dan luas yang terletak di Level 8. Tak la lupa korang solat Maghrib sejurus masuk waktu berbuka tu kan?


Ada 5 hari je lagi! Untuk pertanyaan maklumat lanjut atau tempahan boleh terus hubungi +604 637 7856 atau email 
[email protected]. Selamat Berbuka Puasa!


You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook