Sambutan Christmas di Olive Tree Hotel, Penang

8:19 am



Menjengah ke dunia 'The Nutcrackers' di Olive Tree Hotel, Penang baru-baru ini seakan-akan ke dunia baru. Meriah hiasan dekorasi bertemakan The Nutcracker di seluruh bahagian dalam Olive Tree Hotel, Penang dengan dua batang pokok Christmas yang sangat besar dan tiga batang pokok berkonsepkan mesra alam, dekorasi rusa dan kereta luncur salji Santa Claus. Terasa betul kemeriahan Hari Krismas disini!



Korang masuk je ke lobi hotel, terus disambut mesra oleh dekorasi yang mesra alam juga. Olive Tree Hotel ni memang popular dengan dekorasi-dekorasi kreatif menggunakan bahan kitar semula tau! Memang nampak sangat unik, dan mengkagumkan.

Kali ni Ney ke Penang, untuk berehat santai hujung minggu di Olive Tree Hotel sebab ni memang hotel faveret husband Ney.  Alang-alang bulan Disember ni memang dah mood Krismas kan so boleh la try apa yang special di Sukkah Coffee House.



Festive Buffet Dinner

Pastinya bulan Disember ini, bulan dimana semua keluarga dan juga rakan-rakan berkumpul menyambut perayaan Hari Krismas atau Hari Natal bagi mereka yang menyambutnya. Ney tak lah sambut dari segi agama, tapi lepak santai makan dengan kawan-kawan apa salahnya kan? Masa ni la nak gelak ketawa sakan dengan diorang.





Setiap Sabtu, Sukkah Coffee House akan menyediakan Festive Buffet Dinner. Memang banyak variasi makanan yang disediakan antaranya ialah Sun-dried Tomato Spinach Rice Pilaf, Grilled Chicken with Mango Curry sauce, Korean Spicy Rice Cake, Grilled Prawn with Chimichurri sauce, Pan-fried Atlantic Salmon with Orange, Lemongrass & Beurre Blanc,d sebagainya. 





Tu belum lagi tengok bahagian pencuci mulut, tu diaaaaa banyaknya jenis kek, macaroons, pudding dan dan lain. Paling Ney suka, Orange Cranberry Poppy Seed Cake! Memang sedap! Tapi, dua jenis menu akan rotate la sepanjang bulan ni. 

Oh ya, bukan sahaja makan tapi untuk memeriahkan lagi suasana Krismas, pihak Olive Tree Hotel juga ada menjemput beberapa kumpulan coral untuk membuat persembahan. Antaranya dari Straits International School, Persatuan Kebajikan Jiran Baik Pulau Pinang, Air Itam Gospel Centre, dan Trinity Methodist Church.


Festive Buffet Dinner 

Tarikh: 
7, 14, 21, dan 28 Disember 2019 (Sabtu) 

Waktu: 
7 pagi hingga 10 malam. 

Harga: 
 RM95+ (dewasa)
 RM50+ (kanak-kanak & warga emas)

Lokasi:
Sukkah Coffee House, Level 2,
 Olive Tree Hotel, Penang

Sambutan Hari Krismas 

Untuk malam Hari Krismas, dan Hari Krimas itu sendiri, Okive Tree Hotel juga menawarkan Pakej Makan Malam seperti dibawah:

Christmas Eve Buffet Dinner

Tarikh: 
24 December 2019, Selasa

Waktu: 
7:00pm – 10:00pm

Harga: 
MYR138+ (dewasa)
MYR75+ (kanak-kanak umur 5 – 12 tahun) & warga emas (berumur 60 tahun ke atas)

Lokasi:
Sukkah Coffee House, Level 2

Hiburan:
Persembahan 'LIVE', persembahan badut,  Christmas Carol dari Mayson Music Station

Christmas Day Buffet Dinner

Tarikh: 
25 December 2019, Rabu

Waktu:
7:00pm – 10:00pm

Harga:
MYR138+ (dewasa) 
MYR75+ (kanak-kanak umur 5 – 12 tahun) & warga emas (berumur 60 tahun ke atas)

Lokasi:
Sukkah Coffee House, Level 2

Hiburan: 
Persembahan 'LIVE', persembahan badut,  Christmas Carol dari Persatuan Jiran Baik
Pulau Pinang

** Dapatkan harga istimewa hanya RM118+ (dewasa) jika korang confirm dan bayar sebelum 16 December 2019.  Promosi ini hanya sah untuk Christmas Day Buffet Dinner pada 25 December 2019 sahaja.


Seronok kan sekali sekala berkumpul bersama keluarga makan malam di luar. Dapat makan Slow Roasted Lamb Shoulder with Lamb Jus, Beef Stroganoff with Mushroom & Parsley, Chinese Braised Oxtail dan macam-macam lagu. Jangan lupa untuk rasa Signature Dish Olive Tree Hotel iaitu Raspberry Duck Confit yang dihidangkam bersama Tortilla. Lepas tu makan pulak dessert Almond Stollen, Honey Melon Sago Panna Cotta, Crispy Jackfruit Dumpling dan Ginger Bread cookies. Sedapnya!


Christmas Corner

Kalau korang dah sampai sini, jangan lupa juga ke Christmas Corner yang terletak di Level 1, Olive Tree Hotel untuk shopping! Ada banyak kraftangan dan dekorasi bertemakan Christmas yang dijual sepanjang bulan Disember ini. Setiap pembelian, pihak Olive Tree Hotel akan dermakan le Pertubuhan Pertubuhan Permata Al Mahabbah, Pulau Pinang. Boleh la sambil membeli, sambil kita bersedekah kepada mereka yang memerlukan.



Oh ye korang juga boleh beli online untuk kek dan ayam Turket tau! Ye la mana tahu nak hidang waktu sambut bersama keluarga di rumah, barulah meriah! Harga kek dalam linkungan RM65 hingga RM80, Bread, Muffin & Cookies dalam lingkungan harga RM5 hingga RM35, dan ayam turkey pula cuma RM369 seekor. Boleh juga beli online di https://olivetreehotel.easy.co/.

Untuk segala pertanyaan dan dan maklumat lanjut boleh terus hubungi +604-637 7856 atau email ke [email protected]. Merry Christmas! Ho ho ho! 

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook