Malaysia 4X4 Mega Jamboree 2019: Penyatuan Dalam Kepelbagaian

6:39 pm


Wah dah hujung tahun kan? Apa je plan korang untuk cuti sekolah ni? Hah macam Ney duduk je la kat Alor Setar ni. Tapi dengarnya ada banyak event menarik bulan ni di Alor Setar. Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020d dancuti sekolah, pihak Forward Kedah dengan kerjasama Majlis Bandaray Alor Setar akan menganjurkan satu himpunan kenderaan 4x4 dari seluruh Malaysia dan Thailand di Taman Jubli Emas, Suka Menanti Alor Setar Kedah pada 20 hingga 22hb Disember 2019 tau! Wah meriahlah bila bergabung dua negara.


Dengan tema ‘Penyatuan dalam Kepelbagaian’ , program ini akan menyaksikan lebih dari 1000 kenderaan 4X4 dari pelbagai model, jenis dan kategori bergabung untuk tujuan  semangat kebajikan dan permotoran 4X4.

Bekerjasama dengan Kelab Kembara Lasak 4X4 dan di taja oleh Monsterims Malaysia ini akan berlangsung selama 3 hari dan berkisar kepada tiga teras utama iaitu kebajikan, pertandingan dan riadah. Tiga teras ini akan dipenuhi dengan lima acara utama iaitu Charity Drive, Travel Hunt, Autoshow, Urban Trial Challenge, Autokhana serta pelbagai aktiviti riadah yang lain.


Program kali ini akan turut dimeriahkan dengan kehadiran pelbagai kenderaan ‘rare’ dari negara jiran - Thailand termasuklah Monster dan 4X4 klasik. Mendapat sokongan daripada beberapa nama besar dalam industri automotif negaraa antaranya Toyo, Silverstone, Pertamina, Kinto, Radar, Monsta, Rymax, Ultra Racing dan Auto Galeri yang akan mengambil bahagian dan membuka booth jualan dan perkhidmatan. Beberapa jenama produk dan perkhidmatan after market seperti pemasangan audio, pemasangan rim, dan aksesori kereta yang lain turut berada sepanjang karnival ini berlangsung.




Menurut Dato’ Hj Mohd Zohdi selaku Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar, pihak Majlis sangat mengalu alu kan program seumpama ini kerana ianya dapat memberi suntikan kepada ekonomi tempatan terutamanya pengiat industri pelancongan di Alor Setar. Menurut beliau lagi, program ini bertepatan dengan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2020 yang bakal disambut dengan meriah dalam masa tidak lama lagi.



Pengerusi FORWARD KEDAH, Encik Khairil Dato’ Hanafi berkata, selaku NGO yang memperjuangkan industri pelancongan di tanah besar Kedah, program ini bukan ssahaja dapat mengumpul peminat peminat kenderaan 4X4 dari seluruh negara tetapi ianya juga bakal memberi impak ekonomi kepada pengusaha industri
pelancongan di Bandaraya Alor Setar termasuklah pengusaha hotel dan homestay.

Penyertaan dan maklumat lanjut mengenai pertandingan dan keseluruhan Karnival ini boleh didapati daripada laman media sosial rasmi Malaysia 4x4 Mega Jamboree 2019 atau 0194951285. Jom datang Alor Setar! 

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook