KUL Biennale 2020 | Tanah Air (Sa)Udara

9:48 pm


Balai Seni Negara telah mengumumkan Kuala Lumpur Biennale (KUL Biennale 2020) edisi kedua dengan tema Tanah Air (Sa)Udara akan diadakan pada 1 September 2020 hingga 28 Febuari 2021.

KUL Biennale, ialah pameran untuk pengkarya seni negara dan luar negara mempamerkan hasil karya mereka. Baru-baru ni Ney berkesempatan untuk singgah ke Lapangsn Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah yang turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik, Timbalan Menteri Pelancongan, Keseniaan dan Kebudayaan Malaysia beraama , YBrs. Encik Ismail Ani Arope, Pengerusi KUL Biennale 2020 dan YBrs. Encik Mohammad Nazli Abdul Aziz, Senior General Manager of Commercial Services, Malaysia Airports Holdings Berhad.


Acara ini menyediakan pelantar kepada para seniman, dan juga bukan seniman dari seluruh dunia untuk mempamerkan penyataaan mereka melalui karya-karya seni kontemporari di Kuala Lumpur (KUL) dan beberapa lokasi lain. KUL di dalam KUL Biennale 2020 ialah berdasarkan kod penerbangan untuk Kuala Lumpur sekaligus melambangkan kerjasaman antara Balai Seni Negara dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). 

Tema Tanah Air (Sa)Udara merupakan elemen penghubung manusia dan karektor alam di Asia Tenggara yang mempunyai bentuk muka bumi bergunung ganang, lembah yang luas, aliran sungai, dam pulau-pulau yang dikelilingi lautan. Elemen ini menjadi tunjang kepada kehidupan sosial, ekonomi, dan politik masyarakatnya.



Bagi Ney, ini adalah satu inisiatif bagus sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (Visti Malaysia 2020). KUL Biennale boleh menjadi tarikan pelamcong dan mempromosikan Malaysia sebagai sebuah hub seni di peringkat antarabangsa. 

KUL Biennale 2020 memperlihatkan penglibatan 100 seniman seni dari Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara termasuklah Indonesia, Thailand, Philippines, Singapore, Brunei, Vietnam, Myanmar, Laos, Cambodia, dan yang lain-lain lagi. Mereka akan mempamerkan pelbagai karya seni seperti lukisan, skalptur, mural, persembahan kebudayaan dan sebagainya.



Masa Majlis Perasmian KUL Biennale 2020 tempoh hari juga, YB Tuan Muhammad Bakhtiar ada memperkenalkan kumpulan pertama yang turut serta iaitu seramai 18 orang penggiat seni. Sempena KUL Biennale 2020, Balai Seni Negara telah pun mengadakan International Marble Art Camp  di Langkawi (IMAC Langkawi 2019) dari 30 November hingga 13 Disember 2019.





Seramai 19 orang pengukir batu marmar turut serta dalam kem ini termasuklah dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Nepal, India, Itali, Belgium, dan Perancis menghasilkan pelbagai skalptur batu marmar yang unik berdasarkan cerita mitos dan lagenda Langkawi. Menarik kan? Dan setiap skalptur batu marmar ini telah pun dipamerkan di salah satu ruangan yang tertelak berhadapan dengan pintu ketibaan dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Ramai juga pelancong dalam dan luar negara yang tertarik dengan pameran ini.

Selain inisiatif seperti International Marble Art Camp tu, dah banyak juga program seni dan budaya telah diadakan sempena KUl Biennale 2020 termasuklah:

🔴Pesta Balik Pulau di Penang
🔴Pesta Anak Muda 2019 di Kuala Lumpur
🔴Lakaran Panorama Muar di Johor
🔴Borneo Art Festival 2019 di Labuan
🔴Bamboo Sculture by The Sea di Kota Kinabalu
🔴International Marble Art Workshop di Langkawi
🔴Projek Seni Komuniti & Pameran di Johor
🔴Ipoh International Art Festival (IIAF 2019) di Ipoh, Perak
🔴Street Art @ Kapit, Sarawak




Selain itu, Balai Seni Negara juga akan mengadakan beberapa program lain di sekitar Kuala Lumpur. Dan kali ini juga, selain dengan Malaysia Airports Holdings Berhad, Balai Seni Negara juga akan bekerjasama dengan pelbagai galeri lain termasuklah Core Design Gallery, Suma Orientalis, A.P. Art Gallery, Rogue Art dan Segaris Art Center. Pameran sampingan ini akan diadakan untuk membuka lebih banyak peluang dengan spektrum penggiat seni dan galeri lain yang lebih meluas. 

Harapnya tahun-tahun hadapan, MAHB dapat juga membawa pameran seperti ini ke semua lapangan terbang lain. Inisiatif program seperti ini sangat bagus untuk kita support lebih ramai penggiat seni lain yang ada di Malaysia. Katanya, KUL Biennale 2020 ini juga harapnya dapat membantu negara kita mensasarkan ketibaan lebih 30 juta pelancong untuk tahun 2020.

Kuala Lumpur Biennale 2020 akan dibuka kepada orang ramai dari 1 September 2020 hingga 28 Febuari 2021. Masuk adalah PERCUMA ya! Jom kita support seni dan budaya negara kita. 

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook