Cabaran Malaysia #Merdeka54

10:20 am


Imbas kembali...

Lokasi di Stadium Merdeka. Pada jam 5.00 pagi itu, bersamaan dengan 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato' Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Pada jam 7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menelefon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam. Pada jam 9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan. Perabot dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia dengan segaknya di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak.



Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray. Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke.
Duke kemudiannya menyerah 'Instrument Kemerdekaan' yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu.


Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci. Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki!

Sekarang...

Sejauh mana pengetahuan di kalangan rakyat Malaysia tentang erti kemerdekaan? Merdeka kah mereka selama lima puluh empat tahun ini? Buang bayi di sana sini bagaikan buang sampah. Terlalu banyak anak-anak kecil yang tidak bersalah dilahirkan dan dibuang. Bukan sahaja dibuang tetapi dibaling, dibunuh, dibakar, dikelar. Bergaduh di sana sini bagaikan medan peperangan. belum lagi dikira tentang isu penganiayaan haiwan peliharaan dan juga isu-isu semasa yang lain. Juga kecoh satu Malaysia tentang isu Mat Sabu yang cuba mengubah sejarah kita. Adakah ini yang dikatakan serumpun? Masyarakat yang bersatu padu? Di mana keamanan, di mana perpaduan itu terletak? Isu murtad juga semakin kritikal berada di tahap maksima yang memerlukan perhatian semua. Nama-nama seperti Masitah Zaini, Lina Joy, Salleh Gregor Samsa, Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara juga semakin dikenali lebih daripada pejuang-pejuang kemerdekaan atau tokoh-tokoh negara kita. Adakah negara kita betul-betul sudah merdeka?


Jalur Gemilang, bendera Malaysia yang patut kita banggakan sejak lima puluh empat tahun kemerdekaan itu kita miliki. Tetapi, mengapa masih ada yang mengibarkan bendera yang sudah koyak rabak bagaikan kain buruk mengelap kaki itu? Belum cukup lagi, aku pernah melihat seorang remaja tidak memakai seluar dan hanya membaluti bahagian pinggang ke bawah dengan memakai bendera Malaysia, Jalur Gemilang pada malam kemerdekaan di Kuala Lumpur suatu masa dahulu. Bangga kah mereka? Di mana rasa hormat mereka pada negara? Di situkah sepatutnya terletak rasa hormat kita pada bendera kebangsaan negara kita? Cukup sahaja dengan apa yang terjadi. Kita melihat, dan kita sendiri yang menilai.


Persoalannya sekarang, merdeka kah kita hingga kini? Dimana terletaknya nilai kemerdekaan itu? Fikir dan jawab dalam hati masing-masing. Cukup merdeka kah kita? Patriotis kah kita? 1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera tema untuk Hari Kemerdekaan ke-54 tahun Malaysia. harapan saya, transformasi itu benar-benar berjaya dan semua rakyat akan terus sejahtera hendaknya.

nota kaki: entry ini ditulis untuk contest Cabaran Malaysia #Merdeka54 dianjurkan oleh Blog Denaihati dengan kerjasama eQurban.com

You Might Also Like

2 comments

  1. Bila baca bahagian yang atas-atas tu.. feeling jer rasa..

    Tapi bila dah masuk kat bahagian bawah dan penghujung...speechless

    Haha...

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook