Cukai tambah nilai sebanyak 6%

11:14 pm

Semua syarikat telekomunikasi tempatan akan mula mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 6% bermula daripada 15 September ini untuk setiap pembelian tambah nilai prabayar dan juga pembelian kad-SIM prabayar yang baru. Pelanggan prabayar dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan. hah, ingat harga rokok je boleh naik harga? topup pun boleh tau! apa reaksi anda tentang isu ini? Bagaimana nak mengelak cukai 6% ini? apa yang akan terjadi kesan daripada cukai 6% ini?




saya sebagai pengguna dua talian prabayar, dan satu talian pascabayar tidak kisah tentang cukai ini. ya, mungkin kamu semua tidak puas hati tapi akhirnya nanti semua orang tetap perlu bayar kan cukai tu? insyaallah saya masih mampu bayar cukai 6% tu. kalau tidak, kenapa saya guna tiga talian untuk prabayar mahupun pascabayar bukan? ala, korang makan mcdonalds pun ada cukai apa? hehehe~

tapi, setuju juga apa yang Liza bincangkan tentang isu ini dalam blognya. macam mana perasaan golongan berpendapatan rendah? golongan pelajar sekolah? nak mintak duit mak untuk beli topup memang macam susah lah kan? terpaksa la semua pelajar sekolah berjimat cermat. nak beli topup RM5 pun dah jadi RM5.30. topup RM10 pun dah jadi RM10.60 . kedai-kedai yang memang dah sedia ada kenakan cukai sebelum ni mesti bertambah mahal. tak percaya? kamu pergi saja Puduraya eh bukan. Pudu Sentral sana... topup mahal betul tau!

tertarik dengan status mukabuku (baca: facebook) seseorang;

"eyh kau gila ke? [Maxis owner:Ananda Krishnan , Celcom owner: Tan Sri Tajudin Ramli, DiGi CEO: Henrik Clausen, U-Mobile pwner: Tan Sri Vincent Tan] tak cukup kaya ke? rate call for prepaid dah lah tinggi, call tak angkat masuk voicemail pun kena charga harga 10saat. tak cukup?"

" apa relevannya? kadar dah cukup tinggi + dibebani cukai 6% berbanding postpaid? bila buat macam ni, semua lari ke postpaid/pascabayar sebab rate lagi murah."

ini baru reaksi seorang, yang lain saya hanya mampu membaca dan tersenyum. berjuta rakyat Malaysia membantah tentang isu ini di laman sosial. hebat betul penangan cukai 6% ini. saya jarang menggunakan SMS mahupun CALL sebab saya selalunya topup hanya untuk reset data plan smartphone saya. lebih senang menggunakan Whatsapp untuk sms dalam negara mahupun luar negara. kenapa saya jarang SMS? tahukah anda, 5 SMS pertama setiap hari (untuk pengguna Hotlink) dikenakan cas lebih mahal dari biasa iaitu 5 sen? selepas 5 SMS tersebut, barulah kadar cas yang dikenakan adalah normal iaitu 1 sen. untunglah saya tiada boyfriend yang gemar SMS atau pun CALL setiap hari. dunia teknologi. Gtalk, Whatsapp dan Twitter yang menghubungkan kami. nama pun pakai smartphone. cepat-cepat lah korang semua pergi beli android sekarang! peace yo!

nota kaki: saya rasa saya bukan anak Malaysia sangat sebab hanya dapat 75% untuk kuiz ini. haha! anda suka Malaysia? Welcome to Malaysia, where tax is everything!

You Might Also Like

16 comments

  1. 25 juta rakyat malaysia guna rm 10 seminggu. katakan

    6% dari 250 juta dah 15 juta. so ada 3 syarikat, bagi la dapat 5 juta seorang.

    actually kita jeles je telco ni bertambah kaya, tu yg bising tu/ hehe

    ReplyDelete
  2. makan mcd sekali sekale je..topup hari-hari guna...waaaaaaaa...sekarang pun topup jual 10.50 kat certain-certain kawasan lepas cukai elak rm11 je

    ReplyDelete
  3. joe; itu lah pasal. tp aku jrg topup HAHAHAHAHHA



    hazwan; pi beli stok topup bebanyak HAHAHHAa

    ReplyDelete
  4. pergh.malunyer ade name aku seh.kahkah. tp tulah. yg pakai topup ni bkn org senang.nk jimat tp cukai lak!!!!!!grrr

    ReplyDelete
  5. salam singgah sis.
    kita anggap saja sebagai derma ikhlas cukai tersebut. fuh~

    ReplyDelete
  6. lizz; kau skali la kan? hahahahhahaha dekut duk jimat jak. :p

    kopisoda; heeeeee ikhlas sgt

    ReplyDelete
  7. 10 tahun lg harga fon jd murah,topup jd mahal..trus xberbaloi..

    ReplyDelete
  8. salam singgah. i see u macam salah faham tentang service tax 6% ni. kindly read my latest entry.

    ReplyDelete
  9. lepas nie kita nak guna public phone je lah, senang cerita, tak ada kena cukai2, hihi

    ReplyDelete
  10. Tax ni sume dpt kat kerajaan dey! ak x rase syarikat telco dpt untung... memang pandai goverment cari jalan nak paw duit rakyat. tapi kalau diorang gune duit tu tuk pembangunan rakyat... tolong org susah ok la. Jgn songlap sudah. :)

    ReplyDelete
  11. Kurangkan bergayut dengan hp tu guna bila betul2 perlu jadi kita tak perlu bayar 6% dan company telco tak akan dapat 6% dari kita. Kita je selalu susahkan diri kita sendiri.

    ReplyDelete
  12. ietchan; hahahahaha pun boleh :p

    syed; abg kan dah kaya :P

    ub3y; dha baca. sama je. :)

    pisyek; mcm kau takde.

    ezan; mcm skolah rendah dlu HAHAHA

    abusamad; ntah la...kami skrg duk utp ni tertdo masa study pn kena saman rm30. semuanya duett HAHAHA

    denaihati; hehehehe eyra tak sllu gayut. apa2 tweet je. hahaha

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook