NeighbourFood Cafe Sedap & Murah, Satu Set Bermula RM 9.90!

9:22 am


Minggu lalu saya, Shafiq dan Fazril ke NeighbourFood di Dataran Pandan Prima, Pandan Jaya. katanya ada hidden heaven place to enjoy food di Pandan Jaya ni. Yeah jumpa juga NeighbourFood ni! Masa mula-mula sampai tu terpegun tengok dekorasi dalaman cafe ni yang sangat bersih, cantik, selesa dan rasa cozy je kalau nak lepak dengan kawan-kawan atau makan bersama keluarga. So, apa je yang ada di sini?


Agak ramai yang datang ke NeighbourFood masa kami tiba, wahhh meriah betul! Mesti sedap gila makanan-makanan kat sini ye dak? Persekitaran yang sangat welcoming, selesa dan luas juga faktor ramai datang sini makan bawak sekeluarga terus. Anak-anak pun boleh riang ria bergerak ke sana ke mari. Untuk makan malam tu, kami order beberapa jenis makanan untuk dicuba. Seiring dengan kapasiti perut yang agak besar, maka macam-macam lah nak try! Haha...


So hidangan utama pertama mestilah start dengan appertizer, salad lepas tu main course. Lengkap habis! Masa ni rasa tak muat meja pun ada hah. Terhidang semua sampai tak muat meja. Ada Herbs Crunch Fish,  Grilled Chicken Chop with blackpepper sauce, coleslaw dan fries. Lepas tu ada chicken wings dan caesar salad juga!


Herbs Crunch Fish ni macam fish & chips la. Tapi apa yang special nya di NeighbourFood ni, sauce nya. Dengan menggunakan resepi rahsia sendiri, sauce tu memang sangat sedap! Kami siap mintak extra kot nak makan cicah dengan fries tu. Fillet ikan tu pun crunchy sedap, tak muak dan tak berminyak. Harga untuk Herbs Crunch Fish ni cuma RM13.90 value meal satu set dengan segelas ice lemon tea! Murah kan?


Hidangan kedua ialah Grilled Chicken Chop with blackpepper sauce, coleslaw dan fries. Kepingan daging ayam di grill dengan sangat perfect! Terasa crispy kulit ayam tu. Sos lada hitamnya pun boleh tahan sedap. Lebih lengkap bila makan dengan coleslaw dan fries. Harga juga murah cuma RM13.90 satu set dengan ice lemon tea!


Kami order juga Caesar Salad, lengkap dengan kobis romaine dengan sos dressing caesar, hirisan ayam turkey, telur rebus, croutons, dan keju parmesan! Fuh gabungan yang sangat mantap dah la portion memang banyak sebab mangkuk tu besar gila! Konsepnya kena lah sharing ye. Harganya cuma RM10 je murah kan?


Kami cuba juga Chicken Wings di cafe ni. Hanya RM9 untuk satu set yang mengandungi 4 ketul kepak ayam yang disalut tepung rangup berempah. Memang ummmmphh rasa nya! One thing saya suka dengan makanan disini ialah sebab tak oily langsung!


Oleh sebab kapasiti perut masing-masing besar dan masih ada ruang menyumbat makanan kami teruskan dengan seleksi pasta yang ada. Ada beberapa jenis pasta disini iaitu Tom Yam Seafood Pasta, Carbonara Pasta, Seafood Marinara, Spaghetti Aglio Olio dan juga Spaghetti & Meatballs.

Untuk kali ni kami order dua jenis je dan salah satunya Spaghetti Aglio Olio. Shafiq sangat suka kan Spaghetti Aglio Olio di NeighbourFood ni. Rakus dia makan sorang je weyh! Dalam tu ada turkey slice, cendawan, dimasak pulak dengan olive oil, bawang putih dan chilli flakes. Harga cuma RM14 sahaja.


Kami sempat juga merasa Spaghetti & Meatballs di cafe ni. Hah masa ni saya rasa full dah kejap haha! Perut berehat maka memang si Fazril je makan sepinggan ni. Tapi sempat la menjamah meatballs yang tersorok. Wow! Sangat lembut dan rasa daging yang penuh. Rupanya baru tahu meatballs di sini juga homemade meatballs. Resepi sendiri. Patut la rasa special betul. Harga Spaghetti & Meatballs ni ialah RM18 sahaja.


Hah yang ni memang tak boleh menolak langsung! Bau Pizza Meatlovers ni dari jauh dah menusuk ke hidung. Fuh, dengan doh pizza yang juga resepi istimewa chef dan buatan sendiri, topping nya juga meriah! Ada turkey slice, sosej ayam, daging cincang, beef pepperoni, bawang, capsicum, dan sos BBQ. Rasanya memang sangat sedap! Tak henti-henti kami makan hah. Harga pizza ni ialah RM28 memang puas hati kalau nak berkongsi sebab saiznya besar. Kami tak habis makan siap tapau bawak balik!


Tapi Fazril tak cukup cukup makan lagi. Dia boleh nak cuba pulak French Toast (RM9) dengan secawan Latte (RM10) hah. Sempat la jugak curik satu toast dia. Fuh lembutnyaaaaaa dapat cicah kopi o sedap ni. Haha!


My dessert! Semangkuk besar Crunchy Frenzy (RM16) yang mengandungi Shibuya toast di bahagian dasar mangkuk, di curahi dengan aiskrim vanilla di atasnya lepas tu ditaburi pulak dengan whipped cream, biskut oreo, serbuk biskut oreo, serbuk biskut wafer dan juga wafer beberapa batang, caramel popcorn dan sos coklat! Weyh rasa bersalah makan dessert berkalori tinggi ni. Betul betul rasa berdosa haha. Tapi sedap, melantak sorang je walaupun portionnya untuk sharing sebenarnya.




Untuk air, ada pelbagai pilihan minuman kat sini! Saya order Blue Lagoon Nojito RM16, Fazril minum Chocolate Banana Peanut  Butter RM16, dan Shafiq pulak minum Chocolate Cookies N Cream RM16. Lepas tu Fazril tambah pulak segelas lagi, Iced Mint Tea Float RM16. Memang refreshing minum mint tea atau nojito! Air coklat diorang sumpah muak sebab dah makan banyak kan? haha!


Yang tertanya, jangan risau NeighbourFood Cafe ini disahkan halal oleh JAKIM. Sebab tu kami melantak tanpa rasa was was haha! Makanan semua sedap and my fav mestilah Pizza Meatlovers, dan Herbs Crunch Fish! Lagipun ada pelbagai value meal yang agak berbaloi dan mampu milik harganya iaitu serendah RM9.90 sahaja maka saya rekomen korang makan disini!



NeighbourFood Cafe

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook