Kelebihan Minum Susu Ketika Sarapan Pagi

4:50 am


Semua orang kalau sarapan pagi mesti cari nasi lemak, roti canai atau mie goreng kan? Paling simple dan cepat pun makan roti bakar ye kan? Hah tapi cukup ke semua ni? Apa lagi yang kurang agaknya? Tahukah anda, kajian juga menunjukkan dengan menambah segelas susu Dutch Lady PureFarm dalam hidangan sarapan pagi kegemaran rakyat Malaysia boleh membantu untuk memenuhi keperluan pengambilan tenaga dan nutrien yang disyorkan untuk orang dewasa dan kanak-kanak?

Sarapan pagi sentiasa menjadi salah satu rutin terpenting dalam hidup kita sebab sarapan pagi ialah makanan pertama yang kita akan makan selepas tempoh 8 hingga 12 jam selepas hidangan terakhir kita makan sebelum tidur. Betul tak? Dalam masa 8 hingga 12 jam tu lah, nutrien semakin berkurangan dalam badan, otak juga kekurangan tenaga apabila bangun pagi. Metabolisme badan kita juga perlu makanan untuk mula bertindak. Ini tidak, bangun pagi dah lewat, kalut pergi kerja pulak lepas tu skip breakfast. Hah siapa selalu buat macam ni mengaku cepat!


Sebab tu kita WAJIB makan sarapan pagi dan nutrien intake pun kena lah cukup. Kena lah makan makanan seimbang dan lengkap nutrien makro, mikro, kabohidrat, protein, vitamin dan mineral. Mengikut kajian, tujuh jenis sarapan pagi yang paling biasa diambil oleh rakyat Malaysia adalah nasi lemak, mi goreng, nasi goreng, roti canai, roti telur, sandwich sardin, dan juga gabungan karipap dan dua jenis kuih muih yang lain. Tapi tahu tak sarapan macam ni tak dapat bekalkan nutrien harian yang cukup iaitu 20% hingga 25%  seperti yang disyorkan untuk orang dewasa dan kanak-kanak? Macam-macam jenis vitamin tak cukup tau. Tak cukup kalsium, Vitamin D, macam-macam lah.



Tapi jangan risau, boleh je masih kekal sarapan pagi dengan makanan-makanan di atas tapi, kalau minum sekali 250ml susu mesti cukup 20% hingga 25% nutrien yang diperlukan tu. Hah jangan lupa minum segelas susu Dutch lady PureFarm setiap pagi! Sebab apa? Sebabnya, susu Dutch lady Pure Farm mengandungi:

Protein - membantu membina dan membaiki tisu supaya otot berfungsi dengan baik

Vitamin A - membolehkan mata berfungsi dengan sempurna dan mebantu kita beri lebih fokus.

Vitamin B2 - menyokong pelepasan tenaga daripada kabohidrat, lemak, dan protein

Vitamin D - membantu menyerap dan penggunaan kalsium dan fosforus

Kalsium - penting untuk membina tulang dan gigi yang kuat bagi kanak-kanak dan mengekalkan jisim tulang sihat untuk orang dewasa yang aktif.


Maka, jangan lupa ye lepas ni kalau makan sarapan pagi, tambah sekali segelas susu Dutch Lady PureFarm bersama hidangan korang makan tu. Dengan segelas susu Dutch Lady PureFarm juga lah korang mesti dah bersedia lepas tu untuk memulakan hari yang lebih cergas, kuat dan bertenaga!

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook