IJM Land Half Marathon 2017 - Run Together, Bond Stronger

10:12 pm



Dah habis sakan beraya dengan open house tak henti setiap hari,inilah masanya untuk kita tetap kekal fit dan maintain sihat! Siapa suka running?  Ramaikan rakyat Malaysia ni suka masuk run? Haaaa sebsb tu IJM Land Half Marathon 2017 terima banyak penyertaan tahun ni!




Seramai 7,500 peserta dari seluruh Malaysia dan yang paling menakjubkan ada juga peserta dari Jepun, Korea, New Zealand, United Kingdom dan Filipina yang turut serta dalam IJM Land Half Marathon 2017 kali ini yang diadakan di Dataran Centrio, Seremban 2. Dah 6 tahun acara ni diadakan, dan masih tetap kekal berterusan. Mesti ramai runner area Seremban 2 ni kan? Alaaaaa dari KL pun bukan jauh sangat!

Disebabkan komuniti Seremban 2 lebih kepada family gituh, so kebanyakkan peserta datang bersama keluarga dan lari bersama. Sesuai dengan tagline "Run Together, Bond Stronger", bukan je dapat eratkan silaturahim bersama kaum keluarga tapi rakan-rakan dan masyarakat sekeliling yang lain bila kat running event macan ni.


Masa tengah tunggu waktu umum pemenang tadi boleh nampak how among runner borak borak, berkenalan sesama mereka walaupun tak pernah kenal each other sebelum ni. Saya yang aktif running juga mengakui setiap kali pergi running event mesti jumpa kawan baru. Hah memang tercapai objective IJM Land buat Half Marathon ni. Lagi best tadi jumpa Uncle Ong Kim Hwa, peserta paling tua yang join event ni. 83 tahun dan stay strong habiskan half marathon. Kuat semangat dia kan? 


IJM Land Half Marathon terbahagi kepada beberapa kategori untuk larian 10KM dan 21KM. Menariknya pemenang utama iaitu peserta lelaki dan wanita terpantas untuk IJM Land Half Marathon 2017 memenangi IJM Land Half Marathon Challenge Trophy. Waaahhhh. Best gila dan tahniah untuk pasangan Ow Yong Jin Kuang (1 jam 18 minit) dan Yee Pei Ni (1 jam 39 minit). Memang sweet pasangan ni lari bersama also habiskan run sama-sama!


Dan join IJM Land Half Marathon ni bukan saje saje run tau. Tapi ini sebagai platform untuk  awareness kepada umum tentang kesihatan diri. Hasil kutipan juga disalurkan untuk membantu golongan yang memerlukan. Tahun ni,IJM Land memberi sedekah RM20,000 kepada Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan dan juga Malaysia Lysosomal Diseases Association (MLDA).






Seronok join IJM Land Half Marathon tahun ni. Tahun ni banyak betul sponsor. Ada Yakult sebagai sponsor utama, Nestle Milo, Nestle Fitness, hahhhh yang paling best ada kolaborasi bersama Columbia Asia Hospital Seremban untuk health screening for FREE. Makan je tak henti popcorn, cotton candy, cereals dari Nestle Fitness, Milo dari lori milo sebenar! Paling best pagi pagi minum Yakult dah and makan aiskrim Solero haha. Semuanya FREE Flow! Hadiah lucky draw pun boleh tahan banyak. 


Tak sabar nak join IJM Land Half Marathon tahun depan pulakkkkk.  Jom?

You Might Also Like

1 comments

  1. Wowwww Neyra join ke? Sana sini ada je neyra... Uncle itu pun power juga

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook