Jungle Trekking di Berjaya Tioman Resort, Pulau Tioman

8:52 pm



Selepas CSR Program bersama adik-adik di SK & SMK Kg Tekek, Pulau Tioman kami terus ke Restoran Sri Nelayan untuk lunch dan ada sesi demonstrasi masakan bersama chef-chef di Berjaya Tioman Resort.  Teruja tengok semua chef masak secara live depan kitorang. Tak cukup, boleh tambah! Terus dari dapur haha!





Sesi pertama Chef Bobby masak menu “From The Ocean” – Pan Seared Melody of Norwegian Salmon, Green Peas Potato Mashed, and Chef Hand Picked Vegetables, Drizzled with Thai Basil Burre Blanc Emulsion. Punya lah sedap nak mati Green Peas Potato Mashed tu! Siap pergi dapur, mintak tambah dengan Chef Bobby! Tergelak-gelak dia hahahaha.

Lepas tu beralih ke table Chef Law. Chef Law buat demo masakan “From The Land” – Australian Beef Zurichoise, Roesti Potato, and Chef Hand Picked Vegetables. Tenderloin beef pulak memang lembut, juicy dan nyummy. Bloggers lain siap bertambah hah berpinggan-pinggan. Roesti Potato tu siap ada beef bacon! Aduh, duk ratah potato je…



Beralih ke table dessert, ada kuih onde-onde Melaka dan ketayap. Menariknya, onde-onde tu ada dua version, satu onde-onde biasa warna hijau inti gula Melaka tu lah. Yang kedua, adunan tepung pulut dengan keledek, berintikan kacang merah! Chef tu kata, kalau letak inti pisang pun sedap! Nanti nak try lah kat rumah. Berpeluang untuk masak onde-onde juga bersama chef, memang pengalaman yang sangat best siap dapat macam-macam tips. Melayan je lah semua chef ni dari hari pertama lagi Hahaha!




Petang tu lepas lunch kami terus melawat ke Spice Garden & Ayura Spa di Berjaya Tioman Resort ni.  Ada pelbagai jenis herba dan rempah ditanam disini, dan banyak benda baru belajar kat sini. Saya kan jenis mulut macam popcorn sikit curious duk bertanya je. Penat pakcik jaga kebun melayan soalan! Hahaha sorry pakcik. Dari Spice Garden pula kami terus berjalan ke Ayura Spa untuk sesi tea tasting, Dapat lah merasai segala jenis teh herba yang herbanya semua adalah hasil tanaman sendiri di Spice Garden tadi. Pelbagai jenis teh dihidangkan dan kegemaran saya ialah Ginger Pandan Tea, Honey Lemon Tea dan juga Rose Tea! Rasa fresh dan bertambah tenaga untuk ke jungle trekking pulak selepas itu!



Ya, di Berjaya Tioman Resort ni boleh buat aktiviti jungle trekking juga. MasyaAllah dengan perut baru melantak daging, ikan salmon, buah melaka apa bagai dia bawak masuk hutan pulakkkkk! Tour guide kami Abang Musa bersama 3 anggota polis mengiringi ekspedisi kami kali ini. Bandit Jungle Trekking di Berjaya Tioman Resort ni kalau guest nak join, RM 35.00 per pax. Kebetulan, salah seorang guest join kami di hari tersebut iaitu Martin dari Germany. Seronok jalan dengan Martin ni sebab Pokok Semalu, Buah Kapas dan Bunga Jarum tu pun dia dah teruja semacam siap ambil gambar banyak-banyak! Lama juga dia duk perabih sentuh pokok semalu tu. Bila dia tanya in English apa nama pokok tu, kami jawab je Shy Shy haha! Jumpa Bunga Jarum tu habis kami ajar dia macam mana nak hisap madu pulak. Nasib tak habis sepokok dia try! Ops sorry Martin, ter mengumpat haha!




Sebelum masuk hutan, banyak pengenalan jenis daun, tips-tips menggunakan flora dan fauna untuk diaplikasikan dalam kegunaan kehidupan seharian oleh Abang Musa. Dari cara-cara bagaimana untuk hilangkan bisa disengat landak laut, ubat penghalang nyamuk gigit, sabun, dan macam-macam lagi cara tradisional yang diajar oleh Abang Musa. Bagaimana manusia zaman dahulu berkomunikasi menggunakan dahan pokok, yang mana binatang berbisa, dan juga daun penuh berbahaya seperti Poison Ivy habis semua ditunjukkan. Lagi best park jumpa haiwan eksotik seperti Angle Head Lizard atau Monitor Lizard, dan lain-lain lagi. Katanya, Rafflesia pun ada dalam hutan tu. Tak tahu lah kalau dia tipu ke kan kan. Mula-mula dia cakap Angle Head Lizard tu Chameleon pun saya tertipu dah. Hahaha!




Tak lah penat sangat merentas hutan ni ha sebab bawak bekal air sejuk dalam botol air yang salah satu sponsor TICD 2016 bekalkan. Paling best di hujung ekspedisi merentas hutan ini kami akhiri dengan mandi air terjun! Walaupun kecil je sebab tak trekking dan hiking sampai ke atas, tapi cukup puas dah lepas berpeluh, panas tu jumpa air sungai yang sejuk. Nikmat tak terkata! Dan agak mencabar juga ye trek di sini siap kena berpaut pada tali untuk mendaki, panjat sana sini cuma menggunakan batu dan akar kayu. Fuh! Kalau tak jatuh bukan Neyra lah namanya sebab saya jatuh jugak beberapa kali. Itu normal.





Pulang dari Jungle Trekking kami bergegas bersihkan diri yang memang dah basah lenjun dan kotor sana sini tu di bilik masing-masing dan bersiap untuk TICD 2016 Gala Night. Malam tu memang best gila makan BBQ dan Grill semua. Roasted lamb memang rebutan ramai dan hiasan bertemakan Pool Party dengan kolam dipenuhi belon, dan arca dua ekor Kuda Laut atau Seahorses di tengah-tengah kolam dan dipancari lampu berwarna warni memang menarik! Meriah malam tu siap ada yang kena campak masuk kolam!



Ahhhh dah nak tamat Tioman Trip ni rupanya. Kita sambung di entri seterusnya.
Kemanakah seketul Neyra bersama Berjaya Hotels & Resorts?
Dengar cerita ke Selatan?
Haaaa tungguuuu....







You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook