Chinese Restaurant, Berjaya Waterfront Johor Bahru

4:00 pm



Sambungan untuk entry hari kedua di TICD2016, tengah hari tu kami check-out dari Berjaya Tioman Resort dan terus ke FREE Duty Shop untuk shopping chocolate la, rokok la, arak la.. eh tak tak. minuman kerasa adalah harrrroooommmm okayh! Kawan-kawan yang bukan beragama Islam yang shopping. Katanya, murah juga la. Untuk saya, saya cuma shopping chocolate je. Tapi tak lah semurah Langkawi. Ahaks! Dengan beg berat masing-masing macam apa dah masa tu, muka berlapis sunburn, semua sabar menanti ferry yang akan berlepas jam 3 petang. Tak sabar nak pulang ke darat! Dan seperti yang dijangka kan, perjalanan pulang selama 2 jam dalam ferry semuanya tidur keletihan.






Bas kami yang memang dah ready nak ambil kami di Kg Tekek Jetty, terus membawa kami menuju ke Johor Bahru! Yeahhhh ke Selatan kita. Perjalanan melalui jalan kampung dan memang melambung-lambung kami dalam bas, tapi akhirnya semua selama lena dalam mimpi ke dunia lain. haha! Setibanya di Johor Bahru, kami terus ke Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru untuk menikmati makam malam di sana. Curlasttt kawww jah. Makan Malam sampai ke JB hah. Sebelum menunggu makanan disediakan, sempat kami jalan-jalan dalam sekitar hotel melawat kawasan. Hotel 4 bintang ini menyediakan 400 buah bilik dan suite, dan terdapat 5 jenis kesemuanya iaitu Deluxe Room, Club Deluxe Room, Family Deluxe Room, Club Suite dan Corner Suite. Terdapat pelbagai fasiliti terbaik disediakan dan juga ada 6 restoran, bar dan lounge di sini! Dannn makan malam kami malam tu ditaja oleh Berjaya Waterfront Hotel JB di salah satu restoran yang terdapat dalam hotel ni iaitu Chinese Restaurant.





Melangkah masuk je ke Chinese Restaurant, Berjaya Waterfront Hotel JB ini, terus macam wow! Cantiknya restoran ni. Mengekalkan ciri-ciri tradisional Cina, dan susunan dekorasi kedai ni memang rasa macam ahhhh tenangnya nak makan kat sini. haha! Jangan risau, sini makanan Halal. Oh, tak sabar betul nak makan malam tu bila General Manager Berjaya Waterfront Hotel, JB iaitu Mr Dev Singh bagitahu kami akan menikmati Chinese 9-Course Meals malam tu. Aduh, perut berbunyi dah masa tu. Lama tak makan besar macam ni. Selalunya, kena tunggu Chinese New Year je haha!




4 Seasons Combinations

Ada dumpling, ayam, lepas tu tuna sumbat dalam timun tu, dannnnn yang tengah tu soft shell crab memang sedap! Dah lah cantik burung tu diukir dari lobak merah terpacak bertenggek atas halia! Pinggan siap berasap-asap ada efek gitu. 


Crab Meat with Dry Scallops Fish Maw Soup

Dulu selalu makan sup macam ni tapi shark fin soup. Ya Allah rasa bersalah sungguh mengenangkan shark kehilangan siripnya. huuuu~~ demi menyelamatkan hidupan laut yang semakin banyak yang pupus, NO MORE SHARK FIN SOUP! Tak sangka, Crab Meat with Dry Scallops Fish Maw Soup ni pun rasa dia sebijik macam soup selalu makan tu. Lagi sedap letak vinegar. Nyummm! Healthy tau makan sup macam ni.




Steamed Tiger Garupa Hong Kong Style

Masa tengok Tiger Garupa ni diletakkan atas meja, mulut dia ternganga dengan gigi tajam betul-betul depan saya. Terkejut terus! Hahaha~ Ni saya yang nak makan dia ke dia nak makan saya? Tekstur ikan ni memang lembut, sedap, dan perfectly steamed! Makan ikan ni je pun dah start kenyang dah. Aduh, baru dish ketiga ni. 


Two Varieties Chicken

Jika anda diberi pilihan ayam - nak makan dengan fruit salad, atau ayam grill? Mana satu pilihan korang? Eh kalau saya makan je dua-dua! Hahaha. Tak sangka jugak, makan ayam dengan salad buah sedap rupanya. Mula-mula tengok macam pelik la jugak. Yang grill tu memang sedap gila!! Jangan tak tahu, "bakul" isi salad buah tu pun kami hentam ratah. Mee Sanggul yang digoreng, dan dijadikan seperti bakul untuk letak salad buah. Menarik! Deco pun kami perlahap haha.



Baked Prawn Macau Style

Dibakar secara dengan terbaiknya, dan disaluti keju, aduh memang cair je masuk mulut. Memang melting, creamy, juicy semua ada, Salad tu memang pelengkap rasa bila dimakan dengan Baked Prawn ni. 



Braised Brocolli & Cauliflower with Bai Ling Mushroom.

Penggemar sayur mesti suka kan menu ni! Meman sedap tak tahu nak cakap macam mana. Makan semua ni dengan cendawan tu. Ah, yang tak suka sayur pun tetibe suka sayur rasanya. Sayur pun semua fresh!




Sambal Fried Rice

Bila makan besar macam ni, memang nasi adalah menu last dia hantar ke meja. Saya tak makan nasi, tak tahu apa rasa tapi kawan kat sebelah siap bertambah! Sedap la kot? Katanya topping atas tu yang buat nasi goreng ni sedap - cendawan enoki yang digoreng rangup!


Homemade Jackfruit Ice-Cream 
&
Deep-fried Salted Egg Sesame Ball

Dan ini dua menu terakhir, iaitu pemanis mulut yang sangat perfect! The sweet ending betul. Homemade Jackfruit Ice-Cream meman terasa kemanisan buah nangka tu. Biasa sangat makan aiskrim letak isi durian je, letak nangka pun sedap ok! Deep Fried Salted Egg Sesame Ball tu pulak ala-ala kuih bom tu, tapi inti salted egg meleleh masuk mulut. Nyummmy!

Hidangan Chinese 9-Course Meals ni berharga RM1,000 per table. 1 table boleh lah makan 10 pax.

Waktu Operasi:
11:30am – 2:30pm (Lunch)
6:30pm – 10:30pm (Dinner)

Lokasi:
Level 5, Berjaya Waterfront Hotel,
Jalan Ibrahim Sultan,
80300 Johor Bahru,
Johor, Malaysia
Tel: +60 7-221 9999



You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook