Tioman Island Clean-Up Day (TICD) 2016 – Together For Planet Earth!

3:06 pm


Kami ke Berjaya Tioman Resort ni untuk Tioman Island Clean-Up Day (TICD) 2016 sebenarnya. Tahu tak apa itu TICD 2016 ni? Demi menyelamatlan planet bumi.... eh dah macam Ultraman pulak bunyinya.  Untuk kembalikan keindahan laut dan menyelamatkan hidupan laut di Pulau Tioman, Berjaya Tioman Resort menganjurkan TICD 2016 ni. Program TICD 2016 diadakan selama 3 hari dari 21 Oktober 2016 hingga 23 Oktober 2016, dan disertai oleh 112 divers/penyelam dari Singapura dan Malaysia. Bersatu hati bekerjasama mereka demi menyelamatkan planet bumi dan mengekalkan keindahan alam sekitar! Wakil dari Reef Check, Shark Saver dan Jabatan Taman Laut juga menghadirkan diri demi menyokong usaha semua yang terlibat dengan TICD 2016 ini. Meriah!

Untuk pengetahuan korang, sebenarnya TICD ni adalah Program CSR tahunan dari tahun 2010 lagi! Wah dah 6 tahun? Dan TICD ini berjaya dilaksanakan setiap tahun dengan sokongan berterusan dan komitmen sepenuhnya dari PADI Project Aware, pusat diving, dan divers sekalian dari seluruh negara. Mr Sonny Gan, General Manager Berjaya Tioman Resort sendiri ada berkongsi dengan kami, bahwasanya objektif TICD ini ialah supaya dapat meingkatkan kesedaran dikalangan masyarakat sekeliling tentang betapa pentingnya menjaga hidupan laut di pulau ini dan sebab itu tema tahun 2016 ini ialah "Together For Planet Earth". Mereka percaya TICD juga menghubungkan semua orang di satu tempat untuk kita give back to our mother earth sebanyak yang mungkin.  






Penyertaan TICD kali ini disertai bukan sahaja dari kalangan divers tau! Non-divers, media dan bloggers semua berkumpul bersama dengan semangat dan misi yang sama iaitu : memulihara alam sekitar. Tahun lepas, mereka memulakan projek bernilai RM200,000 - "Shelter in the Sea" di mana 67 paip konkrit berlainan saiz telah diletakkan di dasar laut di antara pusat menyelam Berjaya Tioman Resort dan Pulau Rengis di Pahang. Paip konkrit ini terdiri diantara 1 meter dan 2.1 meter diameter menyediakan tempat perlindungan untuk spesis marin laut apabila terumbu karang akan mula tumbuh pada paip konkrit itu. Diletakkan di dasar kedalaman laut 8 meter hingga 11 meter di kawasan 50 meter x 50 meter, sekaligus tempat ni nanti akan jadi taman karang demi mengekalkan lagi ekosistem marin laut. Terbaiklah usaha macam ni. 


Sebab tu tahun ni, TICD sambung pulak parameter projek ni dengan menyediakan kawasan yang lebih besar dan lebih kondusif untuk terumbu karang dan hidupan laut dengan meletakkan 6 unit coral nursery table di dasar laut, yang meliputi kira-kira 36 kaki kedalaman laut untuk menggalakkan lagi pertumbuhan terumbu karang yang lebih produktif. Penyelam juga juga menyelam di sekitar laut untuk membuang COT (Crown of Thorns) kerana COT ni pemangsa kepada hampir semua terumbu karang dan dikatakan bertanggungjawab 42% untuk kes kepupusan terumbu karang. 


"Satu-satunya sebab kita menyelam ke dalam laut dan mengumpul COT adalah kerana COT ialah pemangsa semulajadi yang perlu dikeluar atau dipancing oleh manusia demi menyelamatkan semua terumbu karang di dasar laut" Alvin Chelliah, Pengurus Program Reef Check Malaysia



Penanaman terumbu karang juga merupakan sebahagian daripada aktiviti-aktiviti di TICD 2016 ini. Penyelam memindahkan terumbu karang yang sudah dituai dan menanam terumbu karang tersebut di meja nurseri yang telah ditetapkan. Mr Alvin Chelliah berkata "Ramai yang tidak sedar bahawa aktiviti manusia di kawasan daratan telah merosakkan terumbu karang ini dan itulah sebabnya kita perlu menyelam masuk ke dalam laut dan menanam sendiri semula terumbu karang ni".


Berjaya Tioman Resort melakukan usaha berterusan memperluaskan perlindungan hidupan laut demi menggalakkan terumbu karang untuk terus tumbuh dan sekaligus menarik lebih banyak hidupan laut lain untuk ke kawasan tersebut. Dan demi menghargai semua penyelam di TICD ini, Singapura Dive Operator juga menganjurkan Majlis Makan Malam Gala untuk menghargai mereka dan menyampaikan anugerah bagi pengendali penyelam yang telah banyak menyumbang kepada komuniti penyelam.


TICD 2016 telah mencerminkan makna sebenar kerjasama dan kerja berpasukan, didorong oleh semangat untuk menyelamatkan alam sekitar. Untuk memupuk tahap kesedaran orang ramai terhadap alam sekitar, Berjaya Tioman Resort akan meneruskan usaha untuk sentiasa mengenal pasti cara-cara baru untuk meningkatkan lagi aktiviti-aktiviti mesra alam  macam ni. Menjaga alam sekitar menjadi sebahagian tradisi penting Berjaya, diterapkan oleh pengasasnya Tan Sri Vincent Tan. Tioman Island Clean-Up Day ini pun dah jadi sebahagian daripada CSR tahunan untuk berbakti kepada alam semula jadi. Saya harap lebih banyak aktiviti macam ni diadakan dan diteruskan setiap tahun. Alam sekitar, hidupan laut semua semakin terancam. Siapa lagi nak selamatkan semua ni kalau bukan kita kan?



You Might Also Like

1 comments

  1. Syok weh g jalan2.. haha.. bdw. kita baru follow.. hihi.. salam perkenalan daripada blogger baru ni.. kikiki

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook