Panggilan Pulau! Percutian Bajet Backpacking ke Pulau Perhentian

7:38 am


Sebenarnya ke Pulau Perhentian ni dah lama jugak, bulan May lepas haha! Ye la busy gila, Pulau Perhentian pun nak tutup sebab monsoon dah baru lah saya nak update ni. Bulan May lepas, saya ikut Kak Julie, Abang Nizam dan Kak Norul ke Pulau Perhentian lagi sekali sebab nak bawak lah diorang yang datang dari Sarawak ni jalan-jalan kan. Lagi satu sebab tak puas hati datang Pulau Perhentian akhir Mac dulu laut masih bergelora tak nampak apa pun masa snorkeling. Balas dendam, datang lagi sekali dengan bajet yang tipis senipis kulit bawang.


 


Saya jumpa pakej di Twitter, RM190 la RM200 lah. Tapi semua duduk chalet fan room lah. Akhirnya kami decide untuk ambil pakej RM210, pakej dari Belalang Holidays Sdn Bhd untuk 3 hari 2 malam di Aur Bay Chalet, fan room sekali pakej dengan snorkeling dan juga boat transfer. Malam tu gigih naik bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), menaiki Sani Ekspress ke Kuala Besut. Tiket bas hanya berharga RM45 sehala. Kami berempat ambil bas jam 1030 malam, kononnya plan nak sampai di Kuala Besut subuh hari maka boleh lah naik boat paling awal ye dak? Sesudah sampai di Terminal Bas Kuala Besut, terus kami menuju ke Surau Warisan Pekan Kuala Besut, Terengganu lepas tu sarapan di Jeti Kuala Besut. Kira-kira jam 8 pagi, baru jumpa wakil dari Belalang Holidays dan pakcik tu tanya, "Nak upgrade ke aircond room kat Shari-La Resort tak? Cuma tambah RM30 seorang je". Eh eh mestilah nak! Terus jadi RM240 seorang untuk pakej bercuti kami. Dan kemudian cuma bayar RM5 lagi untuk fees masuk Taman Laut. Yeahhhh nak ke Perhentian dah!


Sampai je terus macam onggile masing masing keletihan sebab perjalanan jauh, lepak lobi je la tunggu waktu check-in pukul 3 petang. Mampuih semua tak larat berjalan pun. So kami lepak je kat lobby selamba tido siap baring atas sofa. Nasib la lobi Sha-rila ni okayh. Bayang kan kalau kena tunggu waktu nak checkin Aur Bay Chalet? mahunya kami tidur berjemur atas pasir pantai beralaskan backpack! hahaha. Dah checkin, terus teruja tengok bilik bajet di Shari-la. OMG this is better than my last Perhentian Trip! and it's so damn cheaper than before!

 

 

 

 

Petang tu kami ke Windmill Pulau Perhentian yang terletak nunnnn di atas bukit. Laju ke saya naik ke atas guide abang kakak konon macam selalu datang sangat dah. Subhanallah cantiknya view laut tenang. Last time datang macam ada amukan raksasa laut gamaknya ombak mengganas, Haha! Happy tengok kakak dan abang pun macam seronok je bergambar apa semua. Sampai rasa taknak balik pun ye! Balik dari Windmill singgah pulak minum air kelapa dan makan keropok lekor. Malam tu makan malam di Ewan's Cafe, yang rata-rata hidangan serendah RM10, tapi bestnya kat sini ada wifi laju! Aduh, duduk pulau ni susah tau dapat internet laju? Haha. Acane nak update IG ke apa?

 

 

 



Esok pepagi terus gather tepi Coral Bay tu menanti abam boatman untuk snorkeling! Masa snorkelling di pulau perhentian bulan Mac lalu laut sangat bergelora sebab hujung monsoon. Kali ni memang balas dendam nak snorkeling sepuas hati. Semua kelima-lima points terjun! Ah cantik dan jernihnya air laut. Sempat jumpa penyu, baby sharks, dan nemo! Seronok kami main air walaupun ada yang mabuk laut. Petang, kami layan sunset je kat pantai area Coral Bay ni.


Malam tu makan sedap-sedap sebelum kakak abang balik sebab diorang nak sambung trip ke Kelantan. Saya sambung stay di pulau lagi 3H2M, sebab bilik harga RM106 je semalam termasuk GST. Esoknya semua macam sedih nak balik naik boat pagi tu so hantar la diorang. Disebabkan saya sebenarnya tak plan nak extend percutian di pulau ni, so tak tahu la nak buat apa pun. Pergi pantai sebelah Shari-La Resort, baca buku! hahahhaa. 



Sepanjang extended days tu saya cuma tidur, bangun baca buku, snorkeling kat pantai resort tu, dan malam pegi makan dan lepak kat beach bar tengok fire show. Haha! Nasib baik terjumpa pulak kawan yang datang bercuti di pulau ada jugak la lepak bersama. Lagi best part snorkelling kat pantai sebelah Shari-La tu sebab sewa equipment baru RM10, dapat snorkel sepanjang hari. Serius, tepi pantai pun banyak ikan dan corals!



5 Hari 4 Malam percutian ke Pulau Perhentian, saya cuma habis kira-kira RM500 sahaja termasuk tiket bas, tiket taman laut, penginapan di Shari-La Resort, dan juga makan minum. Maybe sebab saya tak makan sangat pun so jimat teruks. Balik ke KL saya tumpang kereta kawan yang saya terjumpa kat pulau tetibe tu haha!


Selepas lima bulan, terasa rindu nak ke Pulau lagi. Dan ya, panggilan pulau sudah tiba! Esok hari saya akan ke salah satu pulau tercantik di Malaysia. Yang menariknya saya akan mengikuti CSR Program bersama Berjaya Hotels and Resorts dalam misi menyelamatkan dunia! Eh? 

Kemanakah? Hah....tungggguuuu!





You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook