FELCRA Berhad 50 Tahun Pemangkin Pembangunan Luar Bandar

9:48 am


Konvoi Kembara Media FELCRA - 50 Tahun Memfenomenakan Pembangunan FELCRA 

Minggu lepas tetibe je Halim kata, "Trip to Perak jom hujung minggu ni?". Fuh, plan nak pergi trip ke Terengganu saya tolak, plan trip Kuala Lumpur saya tolak, tiba-tiba dapat trip ke Perak. Terima kasih Halim Nadzeri dari Hai Blogger! dan FELCRA Berhad jemput saya join Kembara Media Jubli Emas 50 Tahun FELCRA ke negeri Perak minggu lalu. Rasa macam balik kampung embah pulak dah haha! Maka pagi tu seawal jam 7 pagi macam tu Taufiq dan saya bertolak ke R&R Sungai Buluh untuk meetup dengan media dan blogger lain disitu. Dalam masa yang sama pagi tu ada Siaran Langsung Majlis Perlancaran dan Perlepasan Kembara Media Jublis Emas 50 Tahun FELCRA. Sebanyak 50 buah kereta dan seramai kira-kira 200 orang peserta Kembara Media yang terdiri daripada wakil-wakil FELCRA seluruh negara, media dan blogger berkumpul pagi tu. Wah, seronoknya konvoi ramai-ramai!



Apa itu FELCRA?

Apa itu Felcra? Berdasarkan info di website FELCRA, FELCRA atau dikenali dengan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka. Kemudian pada 1 September 1997, FELCRA dikorporatkan dan ditukar nama kepada FELCRA Berhad. Penukaran entiti korporat ini membolehkan FELCRA menyusuri bidang perniagaan baru selaras dengan aspirasi pembangunan nasional. Berbekalkan kemahiran dalam bidang pengurusan ladang dan aktiviti-aktiviti teras, FELCRA Berhad kini sedang mempelbagaikan bidang kegiatannya bagi menyertai sektor perindustrian dan perkhidmatan serta bidang perniagaan yang sedang berkembang. FELCRA Berhad pemangkin pembangunan luar bandar! Terbaik!


 



Ok berbalik semula cerita tentang Kembara Media ni, kami mendaftar dahulu pagi itu, dan diberi pelekat kereta untuk konvoi, no kereta masing-masing dan elaun minyak & tol. Gigih memasing tampal sticker cantik-cantik di kereta. Setiap Blogger memang naik dengan seorang lagi blogger. Makna nya, 1 kereta untuk 2 orang sahaja maka mesti lah saya naik dengan makwe saya Taufiq Helios ni. Kemudian kami terus menuju ke negeri Perak. Dan sebab kami berdua orang Peghok, macam balik kampur ler. Berderet hah masing-masing follow konvoi mula-mula sampai hujung entah berdesup ke mana semua. Nasib baik ada abam marshall naik motorbike yang guide. Exit di Sungkai, sempat jemaah kembara ni bersolat Jumaat di masjid dan terus menuju ke lokasi pertama. Tapi...jeng jeng... ada benda emergency berlaku!





Masuk je kawasan Sitiawan, ada jugak group tersesat tak jumpa FELCRA Lekir kat mana hingga kami sesat 20 KM away dari lokasi sepatutnya! Entah macam mana boleh terpisah dari group dan salah masuk simpang, terus kelaut hah. Betul-betul sampai Damai laut, Lumut. Kemahen melayan lap pusing-pusing, bukit bukau, dengan press dari Al-Hijrah semua sesat! Aduh!

Macam mana ni? Nasib ada waze dan cari jalan sendiri. Maka kami berdua lah lead selepas tu. Kamon, dulu belajar di UTP Tronoh kot? Sitiawan, Manjung, Lumut ni taman permainan. Ceh, berlagak.




Jamuan Desa bersama Media di Perkampungan FELCRA Lekir

Dan akhirnya sampai juga kami di Perkampungan FELCRA Lekir, Sitiawan Perak ni atau kini dikenali sebagai Kampung Aman Jaya. Tetap disambut dengan meriah walaupun kami team sesat lambat tiba. Aktiviti pertama di sini ialah Jamuan Desa bersama Media, kami dijamu dengan makanan bertemakan desa of course! Dengan ulam-ulaman, ikan, ayam, buahan-buahan tempatan semua ada! Perkara pertama yang saya serbu ialah DEGHOYANNN! Gila, bukan orang perak lah kalau tak makan durian kan? 

Disajikan juga dengan cerita asal-usul kewujudan FELCRA Lekir dalam sesi "Kenang Sejarah" oleh peneroka terawal & peserta FELCRA generasi pertama iaitu, Hj Supian Abidiin, Hj Hamzah Samad dan Hj Ismail Abdullah.
"Walau ketika itu 1973, elaun peneroka cuma 50 sen sehari, kami belia waktu itu cekal hati walau pelbagai cabaran melanda. Kami sedar bahawa pelajaran adalah paling penting adalah pelajaran. Justeru itu moto kami adalah satu keluarga sekurang-kurangnya seorang mahasiswa" ujar Hj Supian.
Memang nampak susah payah mereka dari zaman dulu, hinggalah membangun seperti sekarang. Dengan usaha gigih pasti maju jugak FELCRA ni. Sepanjang 50 tahun memfenomenakan pembangunan bersama FELCRA ni memang banyak pembaharuan yang telahpun dicapai. Antaranya pembinaan rumah yang teratur, masjid, klinik, sekolah, kedai-kedai serbaneka, dan lain-lain lagi. Dengar cerita pakcik-pakcik generasi pertama ni, memang sedih pun ye. Nampak kegigihan mereka membuahkan hasil. Gituhhh.




Para media juga diberi kesempatan untuk menaiki traktor berhias yang disediakan oleh penduduk Perkampungan FELCRA Lekir. Guide kami petang itu ialah Haji Hamzah, peserta FELCRA generasi pertama di sini, merangkap juga salah satu ketua kampung ni. Dalam perkampungan ini, terdapat 6 blok, dan setiap blok atau kawasan tu ada seorang ketua kampung yang mengetuai. Setiap blok pula mempunyai kira-kira 32 buah rumah. Bayang besar mana perkampungan ni? Dan di dalam perkampungan ni ada sebuah sekolah, klinik dan juga warung-warung dan kedai runcit. Tenang je rasa bila berada di kampung ni. Dengan penduduk yang ramah dan tak lokek dengan senyuman semuanya. Sebelum beredar, kami dihadiahkan 3 kilogram ikan bilis! MasyaAllah, bersyukurnya. 

Bermalam di Swiss Garden Beach Resort Damai Laut, Lumut




Kesemua para media disediakan penginapan bermalam di Swiss Garden Beach Resort Damai Laut, Lumut. Diberi juga media kit, iaitu buku nota, pen, dua helai T-shirt berkolar, topi dan macam-macam lagi. Daftar bilik, entah dengan siapa saya duduk pun tak tahu lah. Usai check-in di bilik, kami terus menuju ke.....pantai! Hey, tak lengkap lah trip ni kalau tak ke pantai kan? Habis semua bloggers saya heret ke pantai petang tu ajak jalan-jalan. Seketul Neyra memang gilakan pantai dan....sunset!



Layan pulak sunset memang terbaik hotel ni! Rasa awesome sungguh trip kali ni. Terima kasih FELCRA! Eh belum...belum...entri ni belum habis... banyak lagi nak cerita ni hah. Layan je dulu muka saya dan Rafzan Tomomi ni hah dah macam kakak dan adik. haha!



Networking Dinner bersama Media 

Konsepnya, Kembara Media bersama FELCRA ni memang aktiviti makan je sebenarnya. Malam tu kami ada Networking Dinner bersama media dan Pengerusi FELCRA Berhad sendiri iaitu YB Datuk Bung Moktar Radin. Dinner ni nama pun networking dinner maka konsepnya, kena buat networking la kan? Maka majlis terus bermula dengan aktiviti makan makan, dan sambil tu karaoke dan buat networking. Masa ni la nak kenal media lain. Tapi memang sempoi gila Datuk Bung Mokhtar sempat karok bersama nyanyi dua lagu! Malam tu Datuk Bung Moktar berkata, FELCRA Berhad merancang melebarkan sayap perniagaan dalam pelbagai aktiviti sebagai perancangan jangka panjang bagi menjana keuntungan agensi itu. Pihak FELCRA juga dalam usaha menambah pendapatan syarikat termasuk menceburkan diri dalam pelbagai aktiviti perniagaan meliputi industri makanan, hartanah, perniagaan input pertanian, ternakan serta makanan halal diproses. Sejajar dengan penubuhan FELCRA sejak 50 tahun lalu, pihaknya mahu merebut apa sahaja peluang yang mendatangkan keuntungan dan tidak hanya tertumpu kepada sektor perladangan.




Dan bloggers Hai Blogger! menang besar sungguh malam tu. Dah la kutip hadiah lucky draw, si Rafzan & Taufiq menang pulak hadiah pertama dan ketiga untuk karaoke. Fuh! Seronok jumpa ramai orang, beramah mesra dan luaskan lagi networking kami. Dah lah makanan yang dihidangkan pun sedap! Aduh teringat pulak Almond tart yang sedap tu. Memang gemuk ler duduk makan je Kembara Media ni ha.

Malam tu lepas Networking Dinner, hah apa lagi? FELCRA buat sesi mengeteh pulak dah tengah malam untuk siapa yang tak puas melepak lagi. Aduh, sedap gila dihidangkan pulak roti canai, kek buah dan teh tarik sambil mengeteh dengan kawan-kawan. Semua buat-buat lupa pulak kan esoknya kena bangun awal pagi nak ke bendang.



Pagi ceria kami dimulai dengan bangun seawal jam 5 pagi untuk bergerak konvoi jam 630 pagi. Hahaha1 Hari kedua semua pakai baju biru. Ya anak-anak macam rombongan sekolah melawat sawah padi la kita pagi tu. Tapi bestnya, pagi tu bangun semua dah macam close ada bonding. ye lah dah muka diorang je kan kitorang jumpa. hahaha!

Eh ke mana destinasi pagi tu?



Lawatan ke Pusat Benih Padi FELCRA Plantations Services Sdn Bhd

Maka pagi tu kami terus ke Pusat Benih Padi Plantations Services Sdn Bhd yang terletak di FELCRA Seberang Perak. Ala....Kg Gajah tu je ha. Sempat lagi lah menyanyi pagi tu dalam kereta dengan pemenang ketiga karaoke malam tadi, Taufiq Helios. Sampai je macam biasa aktiviti makan. Terus dihidangkan pulut dan ikan masin, nasi lemak dan kuih muih. Bread & Jem Stoberi pun ada ok. Kat sini, bila dengar taklimat pagi tu baru tahu wahhhhh modern gila petani sekarang tanam padi semua berteknologi tinggi hah! Kemajuan dalam pembangunan FELCRA ni memang saya kagum sangat. 



Di Pusat Benih Padi Felcra Plantations Services Sdn Bhd, mereka menggunakan eBee Drone untuk mapping! So dengan gunakan intelligent data system ni, diorang boleh mapping tanah, tahu berapa luas dan berapa banyak benih nak ditanam. Phewwwww high technology gila! Drone tu tak payah control pulak tu. Set kat laptop, dia akan terbang sendiri and balik sendiri. Tak pulak sesat pergi makan KFC kat Manjung dulu ke apa kan? Hahaha. Sebab saya ni student computer science student, bila tengok petani sekarang pakai intelligent data untuk mapping tanah pun terus rasa macam wahhhh wahhhh tak henti-henti kagum . Teknologi ini berasal dari Switzerland dan berharga RM180,000!!



Kami juga dibawa untuk melihat sendiri ELA Gyrocopter iaitu sejenis helikopter kecil yang digunakan untuk menabur baja dan racun di ladang kelapa sawit dan sawah padi. Pilot yang bawa Gyrocopter ini anak FELCRA juga dan telah tamat belajar di salah satu sekolah penerbangan di Malaysia dan pulang ke kampung halaman sendiri untuk berbakti kepada tanah FELCRA. Di bahagian pameran selepas taklimat, kami diberi penerangan tentang Cruiser - teknologi untuk rawat biji benih padi. Aduh, memang segalanya maju! Kagum tengok pembangunan FELCRA ni. Kalau takde kembara media ni sumpah tak tahu yang diorang semaju ini. Dan di sini kami dapat goodies BERAS! 






Kami telah dibawa ke bendang/sawah padi untuk turun dan merasa sendiri naik ke traktor/jentera seedling transplanter, dan tanam padi sendiri! Lihat lah video di atas bagaimana saya, Halim dan Yazid merasai sendiri bagaimana tanam padi menggunakan transplanter ni. Yazid siap drive benda tu hahaha. Dan saya fikir kena masuk ke bendang main lumpur dah tadi tanam padi. Rupanya pakai transplanter! Maju!

Lawatan ke Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Seberang Perak

Dari Pusat Benih Padi Plantations Services Sdn Bhd, kami di bawa ke Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Seberang Perak untuk melihat lagi satu pembangunan dari sektor koperasi pulak. Tak sangka harga berpatutan, dan segala jenis perkakas dan makanan yang diperlukan ada dijual di Koperasi ni. 




Taklimat petang itu disampaikan oleh Pengerusi Koperasi sendiri. Koperasi ini telah ditubuhkan dan didaftarkan semenjak tahun 1986. Pada asalnya koperasi ini dianggotai hanya seramai 315 peserta. dan hanya berbekalkan saham bernilai RM35,000.00. Pada permulaan, modal dikutip hanya berjumlah 10sen dari setiap peserta. Sehingga tahun 2016, bilangan ahli meningkat kepada 1,832 orang dan saham terkumpul adalah sebanyak RM4,211,155.72 manakala nilai urusniaga sehingga tahun kewangan terkini adalah berjumlah hampir RM40 juta. Selain menjalankan aktiviti perniagaan yang biasa, koperasi ini jugak memiliki 300 ekar tanah yang dijadikan sebagai Mini Estet dan mendapat beberapa kontrak teknikal dari kerajaan tempatan. Aktiviti perniagaan yang dijalankan diatas adalah sumber utama pendapatan koperasi seterusnya menyumbang kepada pengahihan dividen yang tinggi kepada peserta. Pencapaian terkini mereka adalah mendapat pengiktirafan sebagai koperasi terbaik bagi empat tahun berturut turut oleh KKLW.



Lepas tu kami disajikan pula dengan air nira, cendol sagu, kuih abuk abuk, pisang goreng, cempedak goreng dan macam-macam lagi! Ah, makan saje kan aktiviti Kembara Media ni . Eh, dapat goodies lagi kali ni kerepek! Krup Krap Krup Krap~~

Lawatan Ke Perumahan Generasi Kedua FELCRA

Buat pengetahuan korang, FELCRA Berhad telah menjalinkan kerjasama dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi memantapkan pembangunan modal insan dan pendidikan generasi kedua serta ketiga FELCRA. Jalinan kerjasama itu merangkumi pembangunan keusahawanan termasuk pinjaman kewangan kepada generasi kedua FELCRA dan pembangunan pendidikan kepada generasi ketiganya.
FELCRA sudah melahirkan lebih 1,600 usahawan tetapi dengan adanya kerjasama dengan MARA dan dana kewangan, FELCRA berharap lebih banyak usahawan yang akan dibangunkan. Sepanjang 50 tahun penubuhannya sejak 1966, FELCRA telah melakar pelbagai kejayaan termasuk memperoleh keuntungan terkumpul hasil ladang yang telah dibayar kepada peserta sebanyak RM5.76 bilion pada 1997 hingga 2015 selepas dikorporatkan, berbanding hanya RM468 juta pada 1989 hingga 1996 sebelum dikorporatkan. Dalam pada itu, FELCRA kini telah berjaya membangunkan 260,000 hektar tanah untuk 110,420 peserta berbanding 1,700 hektar untuk 547 peserta pada peringkat awal penubuhannya.





Maka, Perkampungan FELCRA di sanatelah dinaiktaraf dalam projek Perumahan Generasi ke-2 atau Gen2. Ini demi usaha membantu setiap peserta FELCRA generasi kedua memiliki rumah sendiri. Bagi rumah Type A yang berkeluasan lebih kurang 1600 kaki persegi dijual dengan harga RM133,000.  Rumah Type B pula berharga lebih kurang RM50,000 kalau tidak salah.

Hah, siapa nak kahwin dengan anak FELCRA? 
Dapat rumah! hahaha.

Petang tu apa lagi melawat tengok rumah pun dapat makan.
Kali ni aiskrim Malaysia membasahi tekak Fuh!



Majlis penutup petang itu diraikan dengan nyanyian, joget dan tarian yang sangat unik dan padat dengan budaya negeri Perak. Kami juga menikmati makanan tengahari ala-ala kampung yang sangat sedap! Gila tak sedap? Ada ikan keli, ikan bawal, macam-macam lauk lah. Sebelum pulang, macam biasa kami dapat hamper lagi dan kali ni ada kerepek, kopi, acar buah dan sebagainya produk-produk hasil keluaran FELCRA.

Terima kasih FELCRA Berhad kerana berjaya membuka para mei tentang betapa membangunnya FELCRA sekarang. Syabas dan terus sukses untuk FELCRA!



You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook