Shahzan Villa & Program CSR di Berjaya Tioman Resort, Pulau Tioman

8:34 am


Dah baca entry hari pertama di Pulau Tioman? Hari kedua kami bangun seawal jam 5 pagi untuk bersiap keluar ke Shahzan Villa yang terletak di dalam Berjaya Tioman Resort ni juga, berhampiran Golf Club. Shahzan Villa ni boleh dikatakan villa termahal di Pulau Tioman ni dan merupakan penginapan untuk owner resort ni, tetamu VIP dan juga kerabat diraja terutamanya kerabat diraja Pahang. Memang Shahzan Villa ni penginapan tetap lah untuk Sultan Pahang iaitu Sultan Ahmad Shah sekiranya baginda berangkat ke Pulau Tioman. Villa ini diberi nama Shahzan pun ala ala kena mengena la. Kalau duduk Pahang tahu la biasanya nama Shahzan ni sinonim dengan kerabat diraja Pahang.





Cantik kan master bedroom? Ni level atas sekali. level kedua ada 5 bilik, dan level bawah sekali ada dapur dan ruang tamu. Memang sangat besar dan terbaik weyh view dari atas ni. Nampak view pantai, Pulau Renggis, dan katanya sunset view dari atas ni paling cantik! Fuh, bestnyaaaaa. Tapi nak stay sini boleh pengsan dengar harganya. Tanpa khidmat butler pun dah RM12,000! Boleh mencecah RM25,000 semalam kalau all in semua. Pengsan iolls dengar.




Shahzan Villa ni terletak di puncak bukit so nak naik ke atas ni memang bercinta jugaklah kan nak mendaki tangga macam Batu Caves tu. Nasib baik lah ada tram senang naik atas dengan lajunya. Kami breakfast je kat atas tu, sambil interview serba sedikit Mr Sonny Gan tentang villa ni dan Berjaya Tioman Resort. Breakfast pagi tu memang best lah feeling macam orang kaya la kan. Breakfast like a king!  






Selepas melawat Shahzan Villa, kami ke kawasan tepi pantai, dan senam robik! Cargas betul pepagi ni bersama kumpulan Warisan Seni Tari dari SMK Kg Tekek, Pulau Tioman. Pandai adik adik ni menari. Lepas tu terus kami ke foyer dan buat CSR Program - Recycle, Reuse, Rebuild bersama 20 orang pelajar dari SMK Kg Tekek, Pulau Tioman ni. Turut serta ialah 10 orang adik-adik dari SK Kg Tekek, Pulau Tioman. Botol plastik yang dah digunakan kami kumpul, buang sisa air, dan recycle semula untuk dijadikan sesuatu. Memang bagus program kitar semula macam ni, memberi kesedaran pada mereka tentang betapa pentingnya kitar semula ni untuk alam sekitar.




Kami telah ditugaskan untuk membina replika kuda laut iaitu maskot atau ikon TICD 2016. Dengan menggunakan botol plastik yang dikitar semula, kami berjaya membina kuda laut tu. Wah seronok gila! Kreatif adik-adik ni semua. Selain itu kami juga diberikan penerangan fakta-fakta tentang kuda laut. Antara 10 fakta tentang kuda laut yang mungkin kita tahu atau tidak, errrr jujur ada diantaranya saya baru tahu haha!

- Kuda laut tidak kelihatan seperti ikan, tetapi ia memang kuda laut ialah sejenis ikan! Seperti ikan, kuda laut mempunyai organ untuk menahan keapungan di dalam air, insang untuk bernafas di dalam air, dan juga sirip untuk mengerakkan badan di dalam air. 

- Kuda laut tidak mempunyai gigi, dan juga perut. Setiap makanan yang dimakan akan melalui sistem pencernaan dengan pantasnya, maka kuda laut perlu makan secara berterusan untuk terus hidup. Sangat fragile nyawa mereka kan?

- Kuda laut sangat rakus makan! Eh mestilah rakus, kan kena makan secara berterusan untuk teruskan hidup? Mereka akan terus menyedut plankton dan krustasia kecil dengan menggunakan muncung mulut mereka, dan boleh makan sehingga 3,000 ekor udang kecil setiap hari. Wah, banyaknya!

- Mata kuda laut berfungsi secara tidak selari antara satu sama lain. Maksudnya bila satu mata sedang pandang ke hadapan, satu lagi mata boleh pandang ke belakang.

- Kuda laut boleh bertukar menyerupai terumbu karang. Kira macam menyamar la. Ingkatkan sesumpah je mampu bertukar. Ini untuk mengelakkan dari dimakan pemangsa. 

- Kuda laut adalah pasangan yang setia! Mereka akan cari pasangan untuk bersama hingga ke akhir hayatnya.

- Kuda laut jantan akan menjaga telur dan melahirkan anak kuda laut. Kuda laut betina akan menghasilkan telur dan pindahkan telurnya ke kantung kuda laut jantan, dan kuda laut jantan akan menetaskan anak-anaknya.

- Kalau kuda laut atau bahasa Englishnya Seahorse, baby seahorse pula dipanggil Fry. Anak kuda laut akan menghabiskan masa mereka berminggu-minggu berenang di kawasan habitat plankton, dan cuma 1 dalam 1000 akan selamat dan membesar menjadi kuda laut dewasa.

- Kuda laut ialah perenang yang tidak cekap. Sirip kecil di bahagian belakang badan kuda laut, perlu digerakkan sebanyak 35 kali sesaat untuk menggerakkan badan mereka. Kuda laut boleh mati kepenatan ketika berenan di dalam laut!

- Kuda laut mempunyai banyak tulang. Terlalu banyak sampaikan mereka sebenarnya tidak banyak pemangsa yang akan memburu mereka. Ancaman terbesar mereka sebenarnya dari golongan manusia dan ketam.


Banyak yang kami belajar ketika CSR Program bersama adik-adik dari SK dan SMK Kg Tekek, Pulau Tioman ni. Kalau tak ke TICD ni, tak tahu dah macam-macam pasal kuda laut. Susah rupanya nak jadi seekor kud alaut. Diharapkan lebih banyak Program CSR dan aktiviti-aktiviti berilmiah seperti ini dijalankan lagi untuk TICD yang akan datang. Dari usia muda lah kita kena bagi kesedaran kepada mereka kan? 

Saya sambung cerita pengalaman di  hari kedua di entry akan datang...

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook