.:: sayang ::.
6:23 amSayang...
24 April 2006… Masihkah kau ingat tarikh ini? Tarikh yg telah menyatukan dua hati menjadi satu… kau hadir dalam hidupku bagai sinar mentari pagi yg menerangi lorong kelam lagi sunyi yg kulalui selama ini… kau hadir di saat aku rebah meratapi org yg ku sayangi… kau jua telah melenyapkan kedukaan yang bagaikan berkurun lamanya memenjarakan jiwaku yang sepi… di saat ini aku terasa bahagia itu ada dimana-mana… cinta yg kau beri seperti sinar matahari yang memberi tanpa mengharap kembali… yang tidak memilih siapa yang akan disinari… yang akan terus memberi kehangatan di hati…
Sayang…
Tika dulu… rakan-rakanku sering mencemburui kebahagiaan yg kita kecapi… aku bangga memilikimu… bagi mereka kaulah lelaki yg mereka idamkan… dan aku juga yakin kau tercipta untukku… hanya dirimu pelengkap hidupku… Aku masih ingat bagaimana saat kau mencemburui ku apabila aku bersama-sama rakanku… alangkah bahagia nya diriku di saat itu kerana aku tahu kau cemburu kerana kau betul-betul mencintai diriku…
Sayang…
13 Mei 2006… date pertama kita… masihkah kau ingat saat-saat bahagia itu? Alangkah bahagia nya aku kerana kau adalah satu-satunya insan yang mampu membahagiakan aku ketika itu… dan sejak pertemuan itu… kite sering bertemu kerana rindu menyebelungi cinta kita… adakah kau tahu? Rindu itu adalah hadia cinta… dan itu adalah hadiah cinta buat dirimu… selepas itu… aku melanjutkan pelajaran ke sebuah ipta di kuala Lumpur... begitu juga dgn dirimu… aku bersyukur kepada illahi kerana kita tidak berjauhan.. aku tahu masing-masing sibuk belajar… tapi aku tetap mengingati dirimu sayang… dan kita selalu pulang ke kampung halaman bersama-sama…adakah kau ingat saat-saat bahagia itu?
Sayang…
Kita terus menyulami cinta kita sebaiknya… sehinggalah 24 April 2007… ulang tahun pertama kita… walaupun kita tak dapat sambut bersama tetapi alangkah bersyukurnya aku kerana sudah setahun kita bersama… masihkah kau ingat doa kita; “ya allah ya tuhanku, aku amat bersyukur dikurniakan insan yang amat menyayangiku dan menyinari lagi hidupku. Aku berjanji akan sentiasa membahagiakannya seperti dia memberi kebahagiaan dalam hidupku” dan ketika itu kita telah berjanji tetap akan setia bersama selamanya…
Sayang…
13 Jun 2007… pertemuan paling bermakna buat kita… sehari suntuk kita menghabiskan masa bersama di tepi pantai… mengecapi keindahan kurniaan Tuhan bersama-sama… alangkah bahagianya diriku di saat itu… terasa bagai dunia ini milik kita… ketahuilah sayang… aku tidak akan sesekali lupakan memori indah itu… dan adakah kau ingat 25 Jun 2007? Kau datang ke rumahku… bertemu kedua ibu bapaku… aku sangkakan kau hanya bergurau di saat kau memberitahu bahawa kau akan hadir ke rumahku… tidak ku sangka kau serius… dan kedua ibu bapa ku merestui hubungan kita… alangkah bahagianya aku…
Sayang…
Pada hari jadiku 3 Ogos 2007… kau menelefonku mengucapkan selamat hari jadi… bahagia nya aku… tapi tak ku sangka itu adalah yg terakhir kalinya aku akan mendapat panggilan darimu… selepas itu hampir dua bulan kau menyepikan diri… kenapa sayang? Apakah salahku terhadap dirimu? Aku terseksa… sesungguhnya aku amat merindui dirimu saat itu… ya allah selamatkan lah hubungan antara kami kerana aku amat menyintai dan menyayanginya. Ku sanggup lakukan apa saja untuknya dan aku ingin bersamanya kerana aku amat memerlukan dirinya. Hapuskanlah segala sengketa di antara kami dan satukanlah kembali hati ini kerana hidupku sepi tanpa dirimu… tapi takdi illahi menentukannya… sehinggalah 1 Oktober 2007… hari itu kau telah meragut kebahagiaanku… setelah kau membuat keputusan meninggalkan diriku hanya kerana kau tidak boleh setia setelah kau menyambung pengajian di tempat yang jauh dariku… kenapa? Kenapa sayang?
Sayang…
Aku redha dengan pemergianku… sesungguhnya aku kecewa dan kerana kecewa juga aku kini menyendiri… sentiasa berputus asa dalam kehidupanku… dan apa yang pasti aku tidak ingin memintal impian lagi dalam hidupku… di keheningan pagi… aku masih tercari-cari sinar sang suria yang pernah menerangi dunia cintaku dahulu…aku sentisa bayangkan matahari itu adalah kamu kerana tiada yang lebih indah selain kehadiranmu…
Sayang…
Percayalah bahawa hanya kematian yang dapat melenyapkan cintaku padamu…kerana hanya kau satu-satunya kekasih hati ini… hanya cintamu yang berada di hati ini selamanya dan hanya kasih syg mu yg ku rasainya di dlm hatiku ini untukku jadikan kenangan terindah bagi kita berdua… aku merindui wajahmu… senyumanmu yang selalu menyinari hidupku tetapi kau telah pergi membawa hati ku bersama mu dan meninggalkan diriku sendiri di alam sepi…terima kasih sayang… untuk segala-galanya… shaiful dan shahirah akan tetap abadi dalam kenangan yg paling indah dalam hidup kita…
Yang mencintai dan merinduimu,
Neyra shazeyra
24 November 2007
0 comments
drop your comment here!