Sudah saya ceritakan bagaimana untuk memenangi hadia misteri dan wang tunai RM100 mingguan di entri sebelum ini tentang #AmazeingPromo Shurah kan? Jetaine A-MAZE-ING Promo masih berlangsung sehingga 15 Mei 2017 dan korang masih sempat dan berpeluang nak menang pelbagai hadiah misteri dan wang tunai RM 100 minguan. Hanya dengan sebarang pembelian produk Shurah sebanyak RM 20 dalam satu resit, korang layak join A-maze-ing Promo ni sama ada join Amazeing Game ataupun Photo Contest. Macam mana nak join promosi ni?
Dah dekat bulan Ramadhan ni memang la berderet jemputan ke Bufet Ramadhan. Salah satu tempat faveret saya dan Shafiq ialah Restoran Bijan. Macam biasa, kemeriahan menyambut bulan Ramadhan terasa hangat di Restoran Bijan baru-baru ni. Dengan tema Selera Warisan Negeri, tentunya menu semua memang unik dan resepi warisan turun temurun.
Tahun ni, menu akan di rotate 4 kali, melambangkan 4 zon Malaysia, iaitu utara, selatan, timur dan tengah.
The Parenthood kini dah satu tahun! Sejak Taman Keluarga London Street masuk pasaran Malaysia di Sunway Putra Mall setahun yang lalu, reputasi The Parenthood kini semakin meningkat dan terkenal sebagai hub keluarga setempat yang menawarkan pelbagai aktiviti hiburan dan pendidikan untuk seisi keluarga. Kekangan masa ibu bapa yang sibuk bekerja selalu takde masa untuk anak-anak. Ni perkara biasa untuk hidup di bandar masa kini. Kalau kat sekolah tu ada je anak-anak yang kemurungan sebab kurang perhatian ibu bapa mereka. Takde masa nak bawa ke playground, bawak jalan-jalan shopping dan macam-macam lagi. Kini, dengan wujudnya The Parenthood - hub keluarga yang mempunyai pelbagaiaktiviti di bawah satu bumbung, harap dapat selesaikan masalah!
Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia terutamanya untuk yang beragama Islam, dan ini lah masanya untuk kita muhasabah diri, dan menyediakan persiapan nak menyambut Syawal yang bakal kunjung tiba. Masa ni jugak lah untuk kita berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan dan merapatkan hubungan antara satu sama lain. Sempena bulan Ramadhan ni juga, chef di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur bergabung tenaga untuk menyediakan lebih 200 hidangan Buffet Ramadhan yang sangat lazat. Menariknya kali ni, The Big Apple Restaurant di Tingkat 14 akan bertukar menjadi Bazar Ramadhan! Wahhhh bestnya dalam hotel pun ada bazar Ramadhan dah sekarang kan?
Semua orang tidak kira lelaki atau perempuan mahukan yang terbaik untuk diri mereka. Siapa je taknak kulit yang cantik, kesihatan yang bagus dan tubuh badan yang menarik kan? Ini berita baik untuk korang, De Era Wellness Specialist (DEWS) baru-baru ni telah memperkenalkan konsep spa estetik berintegrasi yang pertama di Malaysia! Pengalaman sempurna dan penjagaan kesihataan yang holistik melalui terapi pencegahan dan pemulihan serta penjagaan estetik peribadi melalui pelancaran spa DEWS yang lengkap dan menyeluruh ini pastinya dinanti ramai kan?