Kebiasanya jika kita raya lewat sehari dari Arab Saudi. Maka riuh rendahlah manusia iaitu umat Islam kerana tidak mengerti... Ada yang kata “ Raya pun umat Islam tak boleh nak bersatu”. Maka pada tahun ni 1432H, Allah Taala jadikan fenomena tersebut berlaku di Malaysia sendiri. Berdasarkan kepada kiraan Astronomi, perjalanan Matahari dan Bulan, hari raya di Semenanjung tak sama dengan Sabah Sarawak. Semenanjung Malaysia akan berhari raya pada 30/8/2011 (Selasa). Manakala di Brunei, Sabah dan Sarawak, Filipina dan Sulawesi akan beraya pada 31/8/2011(Rabu) TERMASUK Pulau Tioman.
Mengapa terjadi sedemikian?