Haritu dapat undangan untuk ke Iftar Hai Blogger! di Kantan Hotplate, Kajang bersama blogger-blogger yang lain. Rupanya owner kedai ni penyanyi zaman mak mak kite dulu, Abg Amir dari kumpulan Pearl. Wahhhh~ bukak restoran pulak sekarang. So, apa ada kat Kantan Hotplate ni? Punya jauh kami semua datang berbuka puasa kan?
Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni, pihak The Federal Kuala Lumpur berbesar hati untuk berkongsi kegembiraan bersama anak-anak dari Rumah Titian Kaseh di Kontiki Restaurant, The Federal Kuala Lumpur. Lebih 40 kanak-kanak dijamukan dengan Buffet Ramadhan Sajian Kampung yang sangat sedap malam tu. Bermula pada 10 Jun hingga 2 Julai 2016, Kontiki Restaurant menyediakan lebih 100 hidangan juadah sajian kampung untuk dinikmati ketika berbuka puasa.
Hari kelapan berpuasa, sempat saya singgah ke Putrajaya untuk berbuka puasa bersama teman-teman. Kali ni, saya ke Dewan Seri Endon, Puspanitapuri Putrajaya. Yang bestnya, Dewan Seri Endon ni mesra pengguna gituh. Mudah banyak facilities macam parking pun banyak space, luas, pastu ada lif, surau semua complete! Lagi best view tepi taman dan tasik. Masuk je ke dewan, terus macam waaahhh... besarnya dewan ni!
Berkonsepkan buffet masakan melayu yang aunthentic, BBQ di taman dan tepi tasik, dan juga konsep gerai warung, memang banyak pilihan makan disini! Organize by Azam Pandan Sdn Bhd, lebih 200 juadah makanan termasuk 36 jenis masakan yang berkonsepkan warung!
Pintu masuk Kontiki Restaurant, The Federal Kuala Lumpur
Teringat pulak kenangan BBQ & Steamboat Buffet Dinner di Kontiki Restaurant awal November tahun lalu sebab tu bila dapat jemputan untuk berbuka puasa di Kontiki Restaurant lagi pada 5 Ramadhan yang lalu, terus rasa tak sabar! Sempena bulan Ramadhan ni, Kontiki Restaurant membawa tema Sajian Kampung dimana hampir semua juadah adalah masakan kampung tradisional. Bermula pada 10 Jun hingga 2 Julai 2016, Kontiki Restaurant menyediakan lebih 100 hidangan juadah sajian kampung untuk dinikmati bersama rakan-rakan dan keluarga.
Haritu dah pergi Fashion Show Koleksi Raya SchawalaraXJakel di Jakel Mall Kuala Lumpur banyak betul koleksi yang saya berkenan. Maka, pagi sabtu yang lepas sempat lah ke Jakel Shah Alam, untuk Oh! Meriahnya Raya bersama Jakel sebab mengikut pengalaman sebelum ni, masa ni lah banyak giveaway dan diskaun hebat harga jatuh menjunam tahap lelong je semua baju kat Jakel. Eh, mana boleh lepaskan peluang macam ni kan?
Sempena sambutan Oh! Meriahnya Raya bersama Jakel, pihak Jakel dengan berbesar hati memberi 500 helai baju melayu dewasa percuma untuk semua pelanggan hari sabtu yang lalu. 300 helai pertama diberi percuma, dan lagi 200 helai pulak percuma dengan sebarang pembelian pada hari tersebut. Oleh sebab saya datang terlalu awal pagi tu gigih naik KTM dan Taxi, sempat jugak lah beratur sekali hah!
Ramadhan ketiga, saya berkesempatan berbuka puasa dengan santapan juadah kampung di Living Room, The Westin Kuala Lumpur. Masuk je ruangan Living Room ni terus nampak abam ni tengah masak murtabak. Fuh, terus rasa tak sabar nak berbuka! haha~
Dah nama pun santapan juadah kampung, so memang mostly masakan kampung yang terhidang depan mata dan ruangan Living Room ni pun bertemakan kampung juga. Dengan lagu tradisi didendangkan, sampailah ke deretan juadah yang terhidang termasuk ruangan live masak memasak juadah yang korang nak makan. Fuh! Terbaik Chef Rudy Junaidie dan team nya.
Dah lama tak ke Nilai ni sebenarnya. Dulu waktu belajar area Beranang, setakat area-area sini memang dah biasa la datang kan. Lagi-lagi teman ibu shopping di Nilai 3. hahaha okayh, sekarang nak cerita pasal satu tempat makan best di Nilai! Nama tempat ni, Rymba Haven yang terletak di Nilai Perdana. Rymba Haven ni merupakan private venue untuk orang buat event, majlis perkahwinan, makan-makan dan sebagainya. Memang cantik sangat tempat ni dan more into nature sesuai dengan lokasinya yang terletak atas bukit Nilai Perdana.
Antara fasiliti yang ada di Rymba Haven ni ialah kemudahan tempat tinggal, Rymba Haven Santai Cafe, kolam, audio PA sound system, VIP room, balkoni untuk lepak bersama keluarga, karaoke, wifi, parking yang cukup luas untuk semua, dan juga kemudahan surau turut disediakan. Dewan dan anjung yang full aircond pun ada juga. Memang lengkap lah semuanya!
Nak dekat raya ni mesti semua, yang takde baju raya lagi tu mesti runsing semacam kan. Ye la nak tempah sah sah lah semua tailor dah tutup tempahan berbulan awal dari bulan puasa lagi. So nak selesaikan masalah korang ni apa kata kita beli je pario jubah Odara Mode ni ha. Fuh, pario tie jubah? macam mana tu? pario mix dengan jubah ni urban hipster betul ni first time dengar.
Rekaan gabungan diantara pario dan jubah, dengan material fabrik poly-crepe yang berkualiti tinggi dan tidak mudah berkedut, dijamin korang kekal cantik bergaya di hari lebaran nanti. Tak payah fikir tengah duduk makan lemang dan rendang rumah nenek, tetibe jubah pario korang berkedut aduh, kena gosok balik. Hah takde dah masalah tu semua sebab memang tidak mudah berkedut, terus boleh bergaya dengan selesa lek lek makan kuih raya. Material ni pun flowy cantik je boleh feeling macam princess sikit kan.
Didatangkan khas dengan empat pilihan warna iaitu Dusty Purple, Navy Blue, Salmon Pink dan Chilli Red, memang cantik-cantik pilihan warna yang ada ni. Pasti korang lebih menyerlah pagi raya tu memukau mata-mata orang kampung gituh. Didatangkan dengan saiz XS hingga L, Pario Tie Jubah ni juga ada hidden zip di bahagian tangan tu so memang wudhu friendly. Kalau pakai dari pagi raya, lepas tu nak pergi solat raya tu tak payah susah fikir lengan baju tu sempit susah nak tarik ke apa. Ada zip wudhu friendly!
Yang bestnya, Pario Tie Jubah by Odara Mode ni dah la boleh digayakan depan belakang. Bukan terbalikkan baju tu bukan. Maksudnya, ikatan ala-ala pario tu boleh digayakan ikut keselesaan korang samaada diikat pada bahagian hadapan macam pario di tepi pantai gituh atau di bahagian belakang. Wah, boleh dwi gaya!
Menarik kan Pario Tie Jubah by Odara Mode ni? Berminat tak?
Harga untuk Pario Tie Jubah by Odara Mode ni ialah RM 179.00. Tapi berita baik untuk korang, Odara Mode sedang buat promo price RM 149.00 untuk early birds! Hah, macam harga kasih sayang lah. Korang cuma perlu whatsapp mereka "Neyra Odara Jubah" di nombor dibawah untuk dapat harga promo!
+6013 300 3364
atau
+6010 225 0424
Cepat cepat order Jubah Tie Pario ni!
Untuk maklumat lanjut korang boleh like & follow Facebook dan Instagram Odara Mode:
Facebook: ODARA mode
Instagram: @odara.mode
Sempat ke Jakel sebelum bulan puasa haritu untuk ke Mini Fashion Show Koleksi Raya Schawalara X Jakel di Jakel Mall, Kuala Lumpur. Siapa je tak kenal pasangan hot selebriti Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya serta anak mereka yang comel tu; Lara Alana kan? Sempena lebaran yang akan datang ini, Jakel berkerjasama dengan pasangan selebriti ini untuk mengeluarkan Schawalaraya Collections 2016 dimana ada tiga label iaitu Awal Ashaari X Jakel, Scha Al-Yahya X Jakel dan Lara Alana X Jakel. Wah kecik-kecik dah ada label clothing sendiri tau Lara ni!
Kesemua koleksi pakian siap raya atau ready to wear SchAwaLara ini ada ciri-ciri keistimewaan dan target pasaran tersenditi dan fokus konsep satu keluarga. Ye la setiap kali raya je mesti satu keluarga nak sedondon sama warna kan? Tahun ni ibu saya dah pesan siap-siap raya tema Emerald Green! Fuh tradisi boria di pagi raya ni memang sinonim dah dalam kehidupan. haha!
photo by Jiha
Perempuan mana je yang tak hiraukan hal kecantikan diri ni? Hah, untuk yang pentingkan kecantikan mesti tak asing lagi dengan nama Idealyst ni. Idealyst ada dua business, iaitu Idealyst Clinic dan Idealyst Medispa sejak tahun 2013 dan baru-baru ni pengasasnya Dr Aidil Azry Dato Mokhtar memperkenalkam Royal Glow, produk terbaru dari Idealyst iaitu makanan tambahan yang mendapat sentuhan terbaik para doktor yang berkhidmat dengan Idealyst.
Antara kelebihan Royal Glow ialah sangat praktikal untuk kegunaan harian, sesuai untuk yang sibuk bekerja tapi nak kekal cantik dan banyak kebaikkan untuk kecantikan dan kesihatan diri. Kulit akan menjadi semakin cerah, dan sihat dan kalau makan dalam masa jangka panjang, Royal Glow akan menghasilkan beberapa kesan maksimum macam kulit lebih halus dan kurang kedutan. Cewahhh sekarang ni pun saya tengah consume Royal Glow so kita tengok hasilnya. Dah lah sedap Royal Glow ni rasa berry dan perlu kemam macam vitamin C je!