Coklat cair masuk ke mulut, aduh siapa je tak gemar makan cokelat? Saya tak suka makanan manis, tapi kalau dapat coklat sekali sekala teruja jugak macam saka belaan dalam perut kelaparan haha! Tapi, pernah korang semua makan kerepek pisang bersalut coklat? Haaaaaaa mesti tak kan? Tak sangka kombinasi kerepek pisang rangup disalut pula dengan coklat yang sedap ni mambu memberi kebahagiaan kepada semua orang! Ini diaaa Banane Munch - kerepek pisang bersalut coklat yang rangup dan sedap dimakan!
Siapa je nak bau busuk sentiasa kan? Hah nasib baik masatravel ke Pulau Tioman baru ni saya bawak bersama Best Perfumes – Fearless by Victoria Secret.
Dengan jadual yang padat penuh aktiviti, pergi naik basikal lah, main golf lah,
berkayak… Fuh, nasib baik tetap kekal wangi dengan spray Best Perfumes selalu.
Sambungan untuk entry hari kedua di TICD2016, tengah hari tu kami check-out dari Berjaya Tioman Resort dan terus ke FREE Duty Shop untuk shopping chocolate la, rokok la, arak la.. eh tak tak. minuman kerasa adalah harrrroooommmm okayh! Kawan-kawan yang bukan beragama Islam yang shopping. Katanya, murah juga la. Untuk saya, saya cuma shopping chocolate je. Tapi tak lah semurah Langkawi. Ahaks! Dengan beg berat masing-masing macam apa dah masa tu, muka berlapis sunburn, semua sabar menanti ferry yang akan berlepas jam 3 petang. Tak sabar nak pulang ke darat! Dan seperti yang dijangka kan, perjalanan pulang selama 2 jam dalam ferry semuanya tidur keletihan.
Berpeluang untuk ke Pulau Tioman baru-baru ini untuk menyertai Program Tioman Island Clean-Up Day (TICD) 2016, kami diberi penginapan di Berjaya Tioman Resort. Masa sebelum pergi siap google lah jugak hah apa ada. Teruja punya pasal nak ke resort bertaraf 4 bintang ni! Dengan keluasan 210 ekar, dan satu-satunya resort di Pulau Tioman yang mempunyai 18-holes international gold course dikelilingi hutan, memang sangat besar resort ni.
Kami ke
Berjaya Tioman Resort ni untuk Tioman Island Clean-Up Day (TICD) 2016
sebenarnya. Tahu tak apa itu TICD 2016 ni? Demi menyelamatlan planet bumi....
eh dah macam Ultraman pulak bunyinya. Untuk kembalikan
keindahan laut dan menyelamatkan hidupan laut di Pulau Tioman, Berjaya Tioman
Resort menganjurkan TICD 2016 ni. Program TICD 2016 diadakan selama 3 hari dari
21 Oktober 2016 hingga 23 Oktober 2016, dan disertai oleh 112 divers/penyelam
dari Singapura dan Malaysia. Bersatu hati bekerjasama mereka demi menyelamatkan
planet bumi dan mengekalkan keindahan alam sekitar! Wakil dari Reef Check,
Shark Saver dan Jabatan Taman Laut juga menghadirkan diri demi menyokong usaha
semua yang terlibat dengan TICD 2016 ini. Meriah!
Selepas CSR Program bersama
adik-adik di SK & SMK Kg Tekek, Pulau Tioman kami terus ke Restoran Sri
Nelayan untuk lunch dan ada sesi demonstrasi masakan bersama chef-chef di
Berjaya Tioman Resort. Teruja tengok
semua chef masak secara live depan kitorang. Tak cukup, boleh tambah! Terus
dari dapur haha!
Dah baca entry hari pertama di Pulau Tioman? Hari kedua kami bangun seawal jam 5 pagi untuk bersiap keluar ke Shahzan Villa yang terletak di dalam Berjaya Tioman Resort ni juga, berhampiran Golf Club. Shahzan Villa ni boleh dikatakan villa termahal di Pulau Tioman ni dan merupakan penginapan untuk owner resort ni, tetamu VIP dan juga kerabat diraja terutamanya kerabat diraja Pahang. Memang Shahzan Villa ni penginapan tetap lah untuk Sultan Pahang iaitu Sultan Ahmad Shah sekiranya baginda berangkat ke Pulau Tioman. Villa ini diberi nama Shahzan pun ala ala kena mengena la. Kalau duduk Pahang tahu la biasanya nama Shahzan ni sinonim dengan kerabat diraja Pahang.
#eyratravel lagi!
Kali ini berpeluang mengikuti CSR Program Tioman Island Clean-Up Day (TICD)
2016 bersama Berjaya Tioman Resort. Selepas dua minggu teaser demi teaser
sampai pergi event pun semua tanya nak kemana sebenarnya, semua terpaksa
dirahsiakan hingga lah hari kejadian tu. haha! Sorry gais, mana boleh kasi tahu
awal tak surprise la kan.
Memang ramai yang tahu, banyak kebaikkan minuman sarang burung dari segi kesihatan seperti membaiki sel-sel tubuh badan, menguatkan sistem imunasi tubuh badan dan sistem pernafasan, dan juga meningkatkan prestasi organ dalaman. Dan salah satu kebaikkan yang paling utama ialah dari segi kecantikkan dimana dapat membaikpulik sel kulit, melicinkan, melembutkan, dan wajah akan kelihatan lebih muda dalam jangka masa panjang. Dan untuk kebaikkan semua, Ecolite Biotech Manufacturing Sdn Bhd (Ecolitte) memperkenalkan minuman kesihatan terbaru, Collagen Bird's Nest - "The Joy of Life".
Bercuti
atau melancong ke kota Bandung, Indonesia bukan lagi menjadi sebuah pilihan
tapi macam tempat wajib dilawati dah rasanya. Terkenal dengan syurga membeli
belah, Bandung juga sebuah kota yang memiliki banyak wisata atau tempat
pelancongan yang bersejarah seperti muzium. Tiba-tiba teringat trip ke Jakarta– Bandung tahun lepas masa Hari Raya Aidiladha. Tahukah jarak perjalanan
menaiki keretapi dari Jakarta ke Bandung Cuma 3 jam sahaja? Yang menariknya,
pelbagai pemandangan indah sepanjang perjalanan!
Sebenarnya ke Pulau Perhentian ni dah lama jugak, bulan May lepas haha! Ye la busy gila, Pulau Perhentian pun nak tutup sebab monsoon dah baru lah saya nak update ni. Bulan May lepas, saya ikut Kak Julie, Abang Nizam dan Kak Norul ke Pulau Perhentian lagi sekali sebab nak bawak lah diorang yang datang dari Sarawak ni jalan-jalan kan. Lagi satu sebab tak puas hati datang Pulau Perhentian akhir Mac dulu laut masih bergelora tak nampak apa pun masa snorkeling. Balas dendam, datang lagi sekali dengan bajet yang tipis senipis kulit bawang.
Datang kembali ke Premier Clinic TTDI baru-baru ini untuk Simply
Pristine Bloggers Party, memang meriah suasana. Dengan kehadiran
berpuluh blogger tengah hari tu, teruja masing-masing bertemu. Teringat kali
terakhir datang ke Premier Clinic cawangan Bangsar bulan May yang lalu memang puas hati dengan
servis yang diberikan. Masa tu baru je pulang dari dua island trip ke Cebu
& island trip ke Perhentian, memang kulit warna tak sekata, kering dan
macam-macam. Alhamdulillah, Dr Elaine Chong dari Premier Clinic Bangsar bagi suggestion
untuk buat dua treatment iaitu Ultrasonic Facial Cleansing dan LED
Photomodulation Theraphy memang berkesan untuk kulit muka saya!
Churros – pastri yang rangup dan enak dimakan bersama keluarga dan rakan-rakan selalu menjadi kegemaran ramai seluruh dunia. Kalau di negara-negara Eropah atau Amerika Latin, Churros ni selalunya dimakan waktu sarapan pagi, dapat pulak celup dengan dipping coklat cair atau dimakan bersama kopi atau latte panas. Aduh sedapnya! Meleleh air liur bila terbayangkan Churros ni.
Konvoi Kembara Media FELCRA - 50 Tahun Memfenomenakan Pembangunan FELCRA
Minggu lepas tetibe je Halim kata, "Trip to Perak jom hujung minggu ni?". Fuh, plan nak pergi trip ke Terengganu saya tolak, plan trip Kuala Lumpur saya tolak, tiba-tiba dapat trip ke Perak. Terima kasih Halim Nadzeri dari Hai Blogger! dan FELCRA Berhad jemput saya join Kembara Media Jubli Emas 50 Tahun FELCRA ke negeri Perak minggu lalu. Rasa macam balik kampung embah pulak dah haha! Maka pagi tu seawal jam 7 pagi macam tu Taufiq dan saya bertolak ke R&R Sungai Buluh untuk meetup dengan media dan blogger lain disitu. Dalam masa yang sama pagi tu ada Siaran Langsung Majlis Perlancaran dan Perlepasan Kembara Media Jublis Emas 50 Tahun FELCRA. Sebanyak 50 buah kereta dan seramai kira-kira 200 orang peserta Kembara Media yang terdiri daripada wakil-wakil FELCRA seluruh negara, media dan blogger berkumpul pagi tu. Wah, seronoknya konvoi ramai-ramai!