468x60

.

Gambar Perkahwinan Memey Suhaiza & Norman Hakim dan Nabil & Zira

Friday, September 30, 2011

malas nak buat entry mereka ni tapi nak jugak la buat. jom lihat satu persatu gambar mereka. sumber: ohbulan

Hanya sekali lafaz Mohammad Norhakim Zakaria atau lebih dikenali sebagai Norman Hakim,35 bergelar suami kepada Suhaiza Suhaimi, atau dikenali sebagai Memey Suhaiza, 23 di kediaman pengantin perempuan, Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor dengan mas kahwin berjumlah RM22.50 dan hantaran berjumlah RM24000. Sejumlah 5 dulang hantaran daripada pihak Norman Hakim berupa set persalinan barang kemas (cincin dan rantai), GPS, kek buah-buahan berbentuk beg Gucci, sirih junjung dan senaskah Al-quran. Manakala, pihak Memey Suhaiza membalas 7 dulang hantaran berupa sebuah iPad2, cincin berlian, coklat, buah-buahan, kek lapis Serawak dan senaskah Al-quran.






Gambar Letupan Empire Subang Shopping Gallery #EmpireSubangExplode

Tuesday, September 27, 2011

bangun pagi dikejutkan dengan berita di Twitter bahawa Empire Subang Shopping Gallery meletup akibat kebocoran gas dari Starbuck pada jam 3.45am. teringat kejadian di awal tahun hari tu di lokasi yang sama. ada kaitan kah? sebelum berita penuh keluar, kita lihat gambar-gambar dulu yang di ambil dari Twitter:





Jadual Peperiksaan PMR 2011

Sunday, September 25, 2011

teringat masa PMR dulu, sepatutnya saya ambil 9 subjek (termasuk bahasa arab) tapi sebab tak yakin akan dapat A atau B untuk bahasa arab, saya drop di saat-saat akhir. paling teruk saya pernah dapat adalah C untuk bahasa arab. ustazah yakin saya boleh dapat sekurang-kurangnya A tapi saya langsung takde keyakinan. akhirnya, saya ambil 8 subjek sahaja. keputusan PMR tahun 2003? alhamdulillah, saya dapat 6A 2B.




PERGI




Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari




#17 Wordless Wednesday - Craving for pavlova

Wednesday, September 21, 2011




meriahnya #twtupraya di Restoran Istana Bambu

Tuesday, September 20, 2011


so far, memang ramai yang tahu saya memang aktif di Twitter berbanding laman sosial yang lain. sudah mencecah 154,000 tweet ketika entri ini ditulis memang bukti saya tweet tanpa henti setiap hari. apa itu tweetup? rasa macam dah banyak kali je explain. #twtup adalah Tweetup iaitu meetup/gathering pengguna-pengguna Twitter. dah banyak kali saya join twtup tidak kira lah dari twtup kecil-kecilan hinggalah yang besar macam #twtupraya ni.




Gambar kahwin Ashraf Muslim dan Noor Dayana




Alhamdulillah Ashraf Muslim dan Noor Dayana selamat bernikah pada 1 Syawal lepas di Kota Makkah, dan baru-baru ini majlis persandingan sebelah pihak perempuan telah selamat diadakan di Gombak, Selangor. Ashraf dan Dayana tampil dalam persalinan berona putih dan lilac rekaan Ezuan Ismail. Kata Ashraf, warna lilac atau ungu adalah warna kegemaran Dayana, maka sebab itulah kedua majlis pertunangan dan persandingan menggunakan tema warna yang sama. Majlis berkonsepkan perkahwinan Inggeris ini berlangsung di rumah pengantin perempuan di Villa Bestari, Kg. Sungai Pusu, Gombak, Selangor.



Siti Nordiana dan Diana Amir sudah mula bertudung


semalam, baca Kosmo, Siti Nordiana dah mula berhijrah kepada imej bertudung. hari ini, baca di Twitter, Diana Amir pula mula berhijrah ke imej bertudung. Alhamdulillah...moga imej mereka ini kekal begini. lihat gambar-gambar Siti Nordiana dan Diana Amir bertudung.




Pesanan Korban Secara Online

Monday, September 19, 2011

“Barangsiapa yang menyembelih korban sebelum solat Hari Raya Haji, sesungguhnya dia menyembelih untuk dirinya sendiri dan barangsiapa menyembelih korban sesudah solah Hari Raya dan dua khutbahnya, sesungguhnya dia telah menyempurnakan ibadahnya dan telah menepati sunnah atau aturan umat Islam.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Dinamakan juga sebagai ‘Udhiyyah’ yang berasal daripada perkataan ‘Dhuha’ iaitu waktu Dhuha, kira-kira antara jam 7.00 hingga 11 pagi, kerana korban disyariatkan oleh Allah SWT supaya dilaksanakan setelah selesai Solat Eidul Adha. Ada juga yang mengatakan ianya berasal daripada perkataan Al-Udhiyyah dan Ad-Dhahiyyah yang dimaksudkan binatang sembelihan seperti unta, lembu, kambing yang disembelih pada hari Raya Korban dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) dengan tujuan untuk mentaqarrubkan diri kepada Allah.



Review: Nasi Lemak 2.0

Saturday, September 17, 2011



memula lepas tengok filem Hantu Bonceng secara foreveralone berseorangan di Ipoh Parade, saya ingat saya nak buat review Hantu Bonceng tapi biasalah, dah tangguh-tangguh terus tak terbuat. lepas tu tengok pulak Nasi Lemak 2.0 bersama-sama Nadhrah, Aiman dan Wawa. terus rasa nak buat review. korang mesti rasa ragu-ragu nak tengok cerita tu kan? saya langsung tak ragu-ragu ke apa walaupun ramai nak kutuk la, banned la. bagi saya, semua filem perlu diberi layanan yang sama. cewah.

Hero Huang (Namewee) ialah seorang chef yang ingin mengekalkan makanan cina dalam semua masakannya namun restoran yang dibukanya tidak mendapat perhatian planggan di tempat tinggalnya. Hero Huang gagal dalam mempertahankan premis perniagaannya dan kemudiannya ditutup akibat tidak membayar sewa selama enam bulan. Hero Huang gagal untuk menyediakan masakan 'tempatan' atau bak kata apek cina dalam filem ni, 'localize' sampai dia pun tak tahu localize tu apa maksud. haha! Hero Huang digelar HERO kerana sering membantu penduduk tempatan jika menghadapi pelbagai masalah. kalau kroang dengar masalah komuniti penduduk cina kat situ, sumpah akan tergelak-gelak. tapi, memang semua masalah yang ada tu sering terjadi pun masa kini. anatara korang sedar dan tak sedar je. then, Hero Huang terjebak dengan masalah lepas berjumpa amoi kening tebal (lakonan Karen Kong) dan dia meminta pertolongan penjual nasi lemak (Adibah Noor). start dari sini lah pengembaraan belajar memasak nasi lemak bermula. pelbagai pengajaran boleh kita belajar dari sini. 



#16 Wordless Wednesday - pangkor island

Tuesday, September 13, 2011




Kenangan Peperiksaan UPSR 2000



Peperiksaan UPSR adalah salah satu peperiksaan besar untuk pelajar tahun enam sekolah rendah di Malaysia. Kalau masa zaman saya dahulu kala, peperiksaan besar pertama saya adalah PTS untuk pelajar dtahun tiga, UPKK di sekolah agama pada tahun lima dan UPSR merupakan peperiksaan besar ketiga saya. Alhamdulillah saya mendapat keputusan 5A untuk UPSR pada tahun 2000 di Sekolah Kebangsaan Assunta Convent, Kuantan, Pahang. Hasil berkat tidak menonton televisyen dan pergi kelas tusyen setiap hari agaknya.

Berikut adalah jadual peperiksaan UPSR 2011 yang kini sedang berlangsung dari 13/9/2011 hingga ke 15/9/2011. mesti semua calon UPSR 2011 sedang berusaha teringat kenangan masa UPSR dulu. zaman skema je belajar pulun habis. dah masuk degree ni pemalas sangat sekarang. adik-adik semua jangan ikut perangai kakak ni. hehehe~



[WTS] NEW Apple MacBook Pro, Apple iPad 2, Hyundai H900 Tablet PC

Saturday, September 10, 2011


Apple MacBook Pro 13-inch: 2.3GHz
ONLY RM 3,200

13.3-inch (diagonal) LED-backlit glossy widescreen display with support for millions of colors

2.3GHz dual-core Intel Core i5 processor with 3MB shared L3 cache

4GB (two 2GB SO-DIMMs) of 1333MHz DDR3 memory




Cabaran Malaysia #Merdeka54

Friday, September 09, 2011


Imbas kembali...

Lokasi di Stadium Merdeka. Pada jam 5.00 pagi itu, bersamaan dengan 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato' Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Pada jam 7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menelefon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam. Pada jam 9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan. Perabot dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia dengan segaknya di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak.




Jawapan Balas Bagi Entri: Jenis Wanita Melayu Yang Lelaki Menyampah




ini semua makcik Liza suruh sambung entry dia ni. jawapan balas bagi entri  Jenis Wanita Melayu Yang Lelaki Menyampah . ada 25 jenis wanita melayu yang lelaki menyampah, tapi Liza buat 10 je jawapan balas. sesuka hati je makcik ni suruh saya sambung. baiklah, ini kesinambungannya:




Cukai tambah nilai sebanyak 6%

Thursday, September 08, 2011

Semua syarikat telekomunikasi tempatan akan mula mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 6% bermula daripada 15 September ini untuk setiap pembelian tambah nilai prabayar dan juga pembelian kad-SIM prabayar yang baru. Pelanggan prabayar dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan. hah, ingat harga rokok je boleh naik harga? topup pun boleh tau! apa reaksi anda tentang isu ini? Bagaimana nak mengelak cukai 6% ini? apa yang akan terjadi kesan daripada cukai 6% ini?





Westlife Gravity Tour 2011 T-Shirt

Wednesday, September 07, 2011



what do you think about this t-shirt?
i designed it and decided to print and wear it at Westlife Gravity Tour 2011 Concert at Malaysia.
cotton tee, RM45 each (including postage)
if you interested to buy it, email me at [email protected]
if too many request, maybe i can proceed to sell it seriously in here. 
LOL



Gambar anak Elyana, Kris Dayanti, Aqasha dan Fazley

Tuesday, September 06, 2011





Penyanyi, Elyana atau nama penuhnya Erneelya Elyana Emrizal telah selamat melahirkan anak sulungnya pada 27 Ogos lalu jam 6.45 petang. Nama puteri hati Elyana dan suaminya, Khairul ini ialah Cinta Sumayyah. unik namanya bukan?




#15 Wordless Wednesday - final exam begin





Fettuccine Creamy Carbonara

Monday, September 05, 2011


ini memang makanan faveret saya. asyik post di Facebook dan Twitter, ramai pulak tanya macam mana nak masak makanan ni. takde lah susah mana. sampai lah si Naily asyik meleleh air liur ah tengok status saya di mukabuku. nak pergi rumah dia kat Ipoh, main masak-masak tak sempat dah maka ajar kat sini je lah pun aci kan?

sepanjang saya masak, tak pernah pun ada sukatan bagai macam rancangan masak-masak dalam TV tu. main campak-campak je sebab ibu memang masak pun main cmapak-campak. agak-agak je lah sukatannya. apa yang diperlukan?




RAYA?

Saturday, September 03, 2011


saya adalah blogger paling pemalas abad ini hanya mampu mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. alang-alang dah hari raya, boleh lah nak mintak maaf banyak-banyak sebab tiada entry raya seperti orang lain kerana tiada gambar suasana raya seperti yang anda harapkan. al-maklum lah manusia tiada kamera compact mahupun DSLR memang begini. lebih teruk lagi langsung tak pergi beraya di hari raya pertama mahupun kedua. terima kasih lah yang masih beri duit raya kepada saya, terima kasih jugak lah yang sudi datang open house raya di rumah saya sampai bawak lapan kereta macam rombongan masuk meminang je. terima kasih semua. sayang anda semua. saya rasa macam upload kat mukabuku lebih pantas dan rajin dari di blog. mood raya akan dilupuskan berkuatkuasa esok kerana saya harus fokus kepada final exam. 

exam? apa tu? 




Tragedi Somalia: Jurugambar BernamaTV meninggal dunia ditembak mati

Friday, September 02, 2011



Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd. Nor, 41, meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia malam ini. Manakala jurukamera  TV3 Aji Saregar Mazlan cedera ringan di bahu kanan terkena serpihan peluru.

Wartawan BernamaTV Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata, kejadian itu berlaku semasa Noramfaizul bersama rakan media elektronik yang sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat komersial dengan diiringi tentera kerajaan Somalia untuk menghantar berita telah terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi parunya.




 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates