Diary of a Wimpy Kid 2 (4/5 stars)
semalam layan Wimpy Kid 2. dah lama nak layan tak terlayan last-last semalam baru dapat tonton. kenapa nak tengok cerita ni? sebab Wimpy Kid 1 dulu aku dah tengok, haruslah tengok yang no 2 pulak kan? boleh terima tak alasan ni? T________T apa pun, permulaan cerita agak membosankan tapi pertengahan cerita (bak kata orang klimaks kan?) baru lah seronok ditonton. Filem ni mengisahkan Greg Heffley yang dah masuk grade baru mengharapkan perubahan dalam hidup dia. tapi, tetap sama jugak always kena buli lebih-lebih lagi dengan abang dia yang hensem gila babi tapi muka stim, Rodrick Heffley dan lebih teruk, adik dia umur tiga tahun pun selalu buli dia.abang dia ni memang otai gila selalu buli Greg tapi mak mereka yang sentiasa berfikiran positif tentang pendidikan untuk anak-anak cuba untuk rapatkan jurang antara mereka. macam-macam cara lah dilakukan tapi yang paling best masa dia dengan abang dia kena tinggal kat rumah berdua. Rodrick buat party, Greg kena kurung di basement tapi last-last mereka party bersama jugak. memang cool gila party tu! but mereka terlelap sampai lah parent call beritahu nak balik dalam masa satu jam, masa tu rumah sumpah huru-hara tahap gaban. so, mereka bekerjasama kemas rumah lah macam-macam tapi last kantoi jugak. diorang kena denda, Rodrick kecewa tak dapat masuk competition talent apa entah tu. but lastly Greg bekorban untuk abangnya. apa pengorbanan Greg? sila tonton filem ini.