Sepatu kets bisa dibilang alas kaki sejuta umat. Banyak yang suka karena tampilannya simpel. Cocok dipakai untuk acara santai sampai semi formal. Selain itu, bahannya ringan dan alasnya pun empuk. Karena aku suka model simpel dan yang penting tetap nyaman, produk kets jadi kesayanganku deh.
Ingat tak saya pernah makan di Delicious Cafe, 1 Utama yang diberi nafas baru serba moden? Hah baru-baru ni saya ke Majlis Perasmian Delicious Bangsar Village ll pulak. Wahhhh nampaknya selain di St Mary Place dan 1 Utama, Delicious Bangsar Village ll juga telah diberi nafas baru . Memang berbeza betul dekorasi dalaman Delicious yang baru ni.
Jalan jalan di IOI City Mall Putrajaya tadi dengan kawan-kawan, terjumpa pulak ada kedai baru bukak di tingkat satu -- Cheers Cheese. Wah hantu cheese for sure akan meroyan tengok kedai ni. Saya pulak dari dulu, kalau order air minuman milk tea ke oolong tea ke green tea ke mesti suka topping salt cheese atau cream cheese yang frothy tebal di atasnya! Apa je yang ada di Cheers Cheese ni?
Baru-baru ni berkesempatan untuk ke Malam Dialog & Santai Pengguna Bersama Blogger anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Hotel Istana Kuala Lumpur. Turut serta bersama kami makan malam ialah Yang Berhormat Dato Seri Hamzah Bin Zainudin, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Banyak perkongsian malam tu, dan beberapa maklumat yang lebih jelas diterangkan dalam majlis malam tu. Lebih kepada sesi santai bagi membincangkan tentang isu-isu semasa yang berkait dengan pengguna di Malaysia.
Disenaraikan sebagai perkhidmatan penstriman video tempatan nombor satu dan
terbesar di Malaysia dengan lebih 7.4 juta pengguna, Tonton mengorak langkah
ekstra dengan menganjurkan acara Parti #RatedXtra di Zouk, Kuala Lumpur
baru-baru ni. Dengan kami beriye pakai baju bertemakan Alter Ego, memang ramai
lah yang hadir ke party petang tu.
Dari ganache hinggalah creme brulee, semua orang bersetuju bahawa Cream of Europe atau Krim dari Eropah adalah krim yang terbaik untuk membuat kek dan pastri. Rahsia resepi sedap-sedap tu semua guna Krim Eropah ni lah. Tak dapat disangkal lagi dengan rasa yang unik dan sedap, memang menghasilkan kek dan pastri yang lebih sofistikated dan berkualiti gituh.
Sempat saya ke The Cooking House Bangsar berdekatan dengan rumah tempoh hari memenuhi jemputan Anchor Food Professionals untuk Kempen PizzArt yang terbaru! Nak dekat musim perayaan Krismas ni, apa kata meriahkan lagi sambutan bersama keluarga dengan pizza-pizza inovasi baru dari Anchor ni? Semuanya mempunyai bentuk, dan rasa yang sangat unik. Pizza level baru ni, bukan tahap biasa-biasa dah. Ada 5 jenis Anchor PizzArt yang diperkenalkan, jom kita lihat senarai PizzArt yang wajib korang cuba!
Hari Natal atau Hari Krimas dah tak lama je lagi. Yang menyambut, dah siap ke semua preparation? Kalau susah susah sangat nak fikir masak apa Malam Christmas Eve atau pada Hari Krismas tu sendiri nanti apa kata korang datang je makan di Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur. Apa agaknya yang menarik untuk Sambutan Hari Natal tahun ini?
Hi, #eyratravel lagi! Kuat betul lah berjalan kan? Kali ni Neyra ke LANGKAWI! Bila dapat tahu nak ke Langkawi atas jemputan Berjaya Langkawi Resort ni, memang teruja habis! Guess what? Last time datang ke sini 20 tahun yang lepas. Masa tu sekolah rendah lagi babe! Punya lah berzaman sangat dah. Zaman beras terbakar masih kelihatan bertaburan di tanah dan kita boleh kutip dengan tangan. Sekarang? Kawasan tu siap berpagar dah haha!
Nama Texas Chicken memang tak asing lagi kan? Bila sebut Texas Chicken ni teringat kerangupan ayam gorengnya, atau yang lebih popular honey butter biscuitnya yang sedap dimakan ketika masih panas. Huh meleleh air liur bila cakap pasal Texas Chicken ni! Dan hari ini, Texas Chicken telah membuka cawangan terbaru iaitu cawangan ke 42 di Malaysia iaitu terletaknya di Suria KLCC! Dan paling best, bukan Texas Chicken je tapi ada konsep baru bersama iaitu Tex Cafe!
Malaysian Retail Chain Association (MRCA), dengan kerjasama McMillan Woods, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersama dengan para peruncit utama berjaya mencapai sasaran dengan mengutip lebih dari RM 100,000 untuk diagihkan kepada rumah-rumah kebajikan yang terpilih melalui Karnival Larian Amal MRCA 2017 yang telah berlangsung di OneCity, Subang Jaya baru-baru ni. 10 buah rumah kebajikan telah dipilih untuk menerima sejumlah wang hasil kutipan dari acara ini.
Sebenarnya dah dua kali saya berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman eksklusif dan mewah di Club Lounge & Bilik Club Premier di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur. Kali pertama ketika Majlis Pelancaran Handy Phone dulu, dan ini kali kedua ketika Majlis Perasmian Bilik Club Premier. Mestilah rasa teruja untuk staycation disini sebab pengalamannya berlainan. Apa yang istimewanya Club Premier Room di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur ni agaknya ya?
Berpeluang untuk menjadi antara insan bertuah yang dapat merasai pengalaman sendiri di sesi pandang pertama Siri Lenovo Tab 4 oleh Lenovo Malaysia. Dicipta untuk kanak-kanak dan dewasa, Lenovo Tab 4 Series yang serba boleh ini sememangnya tablet yang sangat sesuai untuk seisi keluarga.
Untuk yang gemarkan hiburan dan mahukan gajet yang mudah dibawa kemana sahaja, Lenovo Tab 4 Series juga sangat sesuai sebab ada fungsi multimedia yang sangat terbaik contohnya stereo speakernya dan juga diperkaya audionya dengan Dolby Atmos®.
Siapa je tak kenal dengan nama Jakel kan? Pusat gedung tekstil terbesar tanah air, Jakel Trading Sdn Bhd bawa 80 orang pelangan setia Jakel untuk menunaikan ibadah Umrah. 80 orang ni ialah pemenang Hadiah Eksklusif Beli & Menang Cabutan Hadiah 2016/2017. Ye lah kan Jakel banyak betul peraduan. Tak rasa rugi shopping di Jakel sebab Jakel selalu berkongsi sesuatu dengan para pelanggan setia mereka.
Pejam celik pejam celik sekejap je rasa dah setahun. Rasa baru semalam join TICD2016 tetibe dah sampai masanya untuk TICD2017. Masih dengan tema "Together For Planet Earth", misi kami untuk menyelamatkan bumi masih penuh semangat. Ke Pulau Tioman pada 20 hingga 22 Oktober 2017 baru-baru ini, semua orang rasa tak sabar masa tu nak sampai ke pulau. Saya yang tiga kali setahun datang Tioman pun rasa teruja dengan TICD 2017 ni.
Mengikut data
yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) beberapa tahun lepas,
hampir 70 peratus bayi yang dilahirkan adalah berisiko menghadapi demam kuning.
Statistik ini merupakan peningkatan yang mendadak jika dibandingkan pada
sepuluh tahun lepas.
Dijangkakan pada masa sekarang, hampir 80 peratus bayi baru lahir akan menghadapi demam kuning dan 20 peratus daripada kes bayi kuning ini perlu dilakukan rawatan fototerapi dengan kadar yang segera serta berterusan. Kesan paling teruk demam kuning adalah kematian manakala kesan yang paling ditakuti adalah kenicterus (kecacatan otak) jika bacaan kuning tinggi atau terlalu lama.
Dijangkakan pada masa sekarang, hampir 80 peratus bayi baru lahir akan menghadapi demam kuning dan 20 peratus daripada kes bayi kuning ini perlu dilakukan rawatan fototerapi dengan kadar yang segera serta berterusan. Kesan paling teruk demam kuning adalah kematian manakala kesan yang paling ditakuti adalah kenicterus (kecacatan otak) jika bacaan kuning tinggi atau terlalu lama.
Siapa tak suka makan? Semua orang suka makan. Malaysia juga terkenal dengan syurga makanan. Biasanya bila kita nak pergi makan, soalan pertama di minda kita ialah; "Nak makan apa eh hari ni? Nak makan kat mana?". Sebab tu lah Aplikasi Aplikasi Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) sangat membantu dalam kehidupan seharian ni. Aplikasi ini dah pun dilancarkan secara rasmi dengan beberapa fungsi baru yang pastinya memberikan pengalaman unik buat food lover kat luar sana. Dan baru-baru ini di Restoran Baan Kanom Jeen, Aplikasi Jalan Jalan Cari Makan telah memperkenalkan JJCM Makan Awards buat julung-julung kalinya.
Sejak dah nak masuk geng 30-an ni, saya sangat particular hal hal skincare atau makeup yang akan singgah di kulit muka saya. Most of the time memang prefer untuk hari bebas makeup risaukan kulit terlalu banyak menerima bahan kimia. Gituhhh. Syukur selain skincare organik yang saya guna, makeup juga saya pastikan 100% dari bahan organik dan saya memilih jenama SUTRINA.
Malaysian Retail Chain Association (MRCA),
dengan kerjasama McMillan Woods, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK) bersama dengan para peruncit utama, mengumumkan secara
rasmi acara Karnival Larian Amal MRCA 2017. Sebenarnya, acara larian ni dah dianjurkan untuk kali yang ke- 4 dan tahun ni bertemakan ”Prihatin, Kongsi & Lari” (Care, Share & Run). Karnival Larian Amal MRCA 2017 akan diadakan pada 26
November di OneCity, Subang Jaya, dan mensasarkan untuk mengutip lebih dari RM 100,000
untuk diagihkan kepada rumah-rumah kebajikan yang terpilih.
Risau jika guna produk yang mengandungi bahan kimia, saya lebih gemar memilih produk yang dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi. Tapi itulah, nak buat sendiri macam malas gila la mana ada masa. Nasib baik Seri Skincare ni muncul secara tetiba! Dan sejak itu saya guna skincare ni je setiap hari. Hah apa je Seri Skincare ni sebenarnya?
Sudah lama rasanya tak menonton teater tradisional. Saya memang gemarkan teater sebab rasa macam "klasik" sangat terutamanya kalau teater tu memaparkan kisah sejarah atau penuh dengan elemen tradisional.
Sudah 4 dekad Baba's wujud dalam kehidupan seharian kita, dan menjadi kawan baik mak mak kita di dapur. Bila ingat kari, mesti ingat serbuk Baba's kan?
Siapa pernah tonton filem Ola Bola di pawagam sebelum ni? Fuh, saya sendri tonton 9 kali di pawagam tau? Punyalah support filem tempatan yang berkualiti macam tu. Berita baik untuk para peminat Ola Bola semua, Enfiniti baru-baru ni mengumumkan barisan pelakon untuk Muzikal OlaBola! Wah,bestnya dari filem ke teater muzikal!
Siapa je yang tak kenal Shopee? Saya sendiri aktif dengan urusan jual beli di dalam aplikasi Shopee. Dari beli sabun mandi, rak perabot, makanan kucing sampai lah pampers ayah semua dari Shopee tu haha! Jual barang baru dan terpakai juga dalam aplikasi yang sama.
Sejak akhir-akhir ni penat bekerja, sibuk study Master lagi, rasa letih mental dan fizikal. Sengal-sengal je satu badan. Bestnya kalau dapat berurut kan?
Urutan Malaysia -- dilancarkan di Swiss Garden Residences oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) dengan kerjasama oleh Malaysian Association of Wellness and Spa (MAWSpa) dan Association of Malaysia Spa (AMSpa). Majlis turut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, YB Datuk Mas Ermiyatie binti Samsuddin.
Muda Agriculture Development Authority (MADA) atau Lembaga Kemajuan Pertanian Muda ialah salah satu agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Jujur, saya baru pertama kali tahu secara terperinci tentang MADA ni bila saya berkunjung ke Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 (HPPNK2017) di MAEPS Mardi, Serdang baru-baru ni.
Siapa je tak stress kalau berat badan naik kan? Dah cuba diet tak berhasil sebab saka dalam perut mengamuk-ngamuk mintak makanan, lepas tu dah tergoda terus bukak tudung saji kat dapur cari makanan. Ada yang nak ke gym tapi segan pulak takde kawan, kadang-kadang exercise sendiri pun kalau takde guide entah betul ke tidak kan? Hah cara paling terbaik sekarang dengan sertai Program Turun Berat dengan Herbalife.
Last weekend, spend time dekat rumah makcik di Seremban. Biasanya kalau datang Seremban ni memang kami baking tak henti. But kebetulan, haritu makcik ada mintak belikan Takoyaki Pan dari Lazada, cuma berharga RM45. For the first time kami pun nak try la buat Takoyaki ni hasil study satu malam segala jenis resepi di Internet. Dah jadi buat semalam, share kat Twitter huyoooh ramai pulak dah Retweet tanpa henti sampai 2,000 lebih. Adesss.
Siapa tak kenal Emma Maembong kan? Selebriti comel lote putih melepak yang pandai berlakon, pandai juga melukis. Hah kalau follow Instagram Emma Maembong mesti familiar tengok post dia melukis. Berbakat besar Emma ni sebenarnya! Menurun bakat melukis pun dari ayahnya sendiri.
Selalu juga ke Klang Parade ni. Kalau tak sebab ada event best-best selalu kat sini, datang dengan pakwe pergi Karoke kat sini sebab murah. Shopping pun best baju semua murah-murah hah! Tapi apa lagi seronok kalau bukan makan makan? Untuk yang suka makan, pada 16 September hingga 15 Oktober ni ada Program Jom Makan! Wahhhhhh bestnya nak makan macam-macam kat Klang Parade ni memang banyak pilihan lah! Dah penat shopping, mesti lah nak makan pulak kan? Hah alang-alang ada datang baru ni dengan kawan-kawan meh nak cerita sikit apa yang ada kat Klang Parade ni.
Cinta sejati akan kekal seumur hidup, cinta pandang pertama pula cinta paling suci-- betul ke? Hah, jawapannya dalam filem By MY Side. By MY Side ialah filem pertama hasil kolaborasi tonton dan JinnyboyTV. Filem ini mengisahkan kisah cinta remaja yang merupakan cinta pertama antara Ben (dibintangi oleh Brandon Ho) dan Faye (Marianne Tan), dan kemudiannya mereka melalui cabaran cinta jarak jauh.
Perempuan mana yang tak suka makeup atau bersolek? Paling asas pun, sapu foundation, selet bedak dan calit sedikit lipstik. Hah kita fokus dengan benda paling asas untuk muka kita dulu iaitu foundation. Foundation yang bagus adalah foundation yang sebati dengan bedak. Namun, memilih foundation tak boleh jugak sembarangan. Kita kena ingat setiap wanita memiliki jenis kulit yang berbeza. Ada yang oily lah, dry lah, combination skin lah. Jadi kita kena tahu apa yang sesuai dengan kulit kita. Terlalu banyak lambakan brand makeup di pasaran sekarang, dari luar negara mahupun keluaran buatan Malaysia sendiri.
Setiap kali raya, bila post gambar Sambal Goreng Jawa mesti kawan-kawan semua teringin lepas tu tanya resepi. Fuh,penat juga nak PM satu-satu maka senang lah sikit kalau update dalam blog je. Susah sangat ke nak buat Sambal Goreng Jawa ni? Resepi Sambal Goreng Jawa ni saya gerenti sedap dan paling senang buat. Harap semua pembaca berjaya lah buat. Ada video sekali disertakan untuk lebih faham.
Bosan kan masak masakan sama je maka hari ni try la masak ikut resepi oleh Chef Selebriti, Chef Hussin Khan. Katanya kalau ikut resepi dia ni lamgkah demi langkah pasti jadi. Gituhlah katanya. Disebabkan Bae dah beli buku resepi ni, ikut suka dia jugak request macam macam. Okayh hari ni try masak Ayam Beriani dulu.
Sempena Malaysia yang bakal menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 60 Tahun pada 31 Ogos 2017 kana datang ni, saya sarankan korang semua pergi menonton Filem Malay Regiment demi menambah sifat patriotisme dalam diri korang tu. Hah baru lah semangat merdeka namanya!
Filem Malay Regiment diterbitkan bagi membangkitkan kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia tentang jasa anggota perajurit dalam mempertahankan tanahair dari ancaman komunis. Sepanjang INSURGENSI ramai anggota tentera yang terkorban dan tercedera malah ada yang mengalami kecacatan kekal sehingga ke hari ini. Wira-wira tidak didendang ini seharusnya terus diingati dan diangkat sebagai “HERO” yang bertanggungjawab menjadikan Negara Malaysia berada dalam keadaan aman damai dan harmoni hari ini. Semangat Askar Melayu dalam perjuangan demi agama bangsa dan tanahair adalah satu contoh terbaik membina bangsa Malaysia. Kan?
Semua orang kalau sarapan pagi mesti cari nasi lemak, roti canai atau mie goreng kan? Paling simple dan cepat pun makan roti bakar ye kan? Hah tapi cukup ke semua ni? Apa lagi yang kurang agaknya? Tahukah anda, kajian juga menunjukkan dengan menambah segelas susu Dutch Lady PureFarm dalam hidangan sarapan pagi kegemaran rakyat Malaysia boleh membantu untuk memenuhi keperluan pengambilan tenaga dan nutrien yang disyorkan untuk orang dewasa dan kanak-kanak?
Minggu lalu saya, Shafiq dan Fazril ke NeighbourFood di Dataran Pandan Prima, Pandan Jaya. katanya ada hidden heaven place to enjoy food di Pandan Jaya ni. Yeah jumpa juga NeighbourFood ni! Masa mula-mula sampai tu terpegun tengok dekorasi dalaman cafe ni yang sangat bersih, cantik, selesa dan rasa cozy je kalau nak lepak dengan kawan-kawan atau makan bersama keluarga. So, apa je yang ada di sini?
Baru baru ni diumumkan edisi kedua untuk pertandingan ratu cantik paling unik dan istimewa di Malaysia iaitu Ageless International Beauty Pageant (AIBP) 2017! Kolaborasi bersama Qui Production Group dan De BEAUTY, AIBP 2017 tahun ini bertemakan "Be A Star" dan setiap peserta bukan sahaja akan dinilai berdasarkan kecantikan tetapi dari segi akademik, karakter diri dan juga pencapaian berjaya dalam kerjaya mereka.
Syarikat penerbitan yang memenangi Anugerah
Malaysia untuk filem NOTA, 42nd Pictures Sdn Bhd yang diasaskan oleh Yasu
dan Bea Tanaka, secara rasminya mengumumkan perjanjian mereka dengan Ivanhoe
Pictures iaitu sebuah syarikat Hollywood, untuk filem mereka TERBALIK / UPSIDE DOWN yang merupakan sebuah filem Malaysia di Pawagam Mini P. Ramlee, FINAS Hulu Klang. Perjanjian
ini telah melakar sejarah Malaysia kerana ia menandakan yang pertama kali terjadi! Wow perjanjian apa ni?
Bila kita travel, terutamanya ke negara luar, mesti rasa susah nak beli simkad tempatan yang baru, lepas tu nak tukar sim dari phone kita dan ada potensi untuk hilang sim kad asal kepunyaan kita kan? Renyahnya bila kena beli simkad, reload, langgan data Internet semua. Kalau ada wifi kat hotel kadang-kadang dapat laju, karang low pulak sharing dengan orang laib. Ye la, kalau takde Internet macam mana nak upload gambar di Instagram tayang pada sanak saudara dan rakan yang lain kan? Kalau travel dalam Malaysia pun, kadang-kadang kalau dah hotel ada WIFI percuma sah sah nak jimat data sendiri kan?
Dah habis sakan beraya dengan open house tak henti setiap hari,inilah masanya untuk kita tetap kekal fit dan maintain sihat! Siapa suka running? Ramaikan rakyat Malaysia ni suka masuk run? Haaaa sebsb tu IJM Land Half Marathon 2017 terima banyak penyertaan tahun ni!
FINAL ROUND Shuddup N' Dance 2017 di Klang Parade bakal menemui korang pada 12 & 13 Ogos 2017 ini. Ya, final round sebelum ke International Grand Finals! Woot! Selama ni selalu tengok dance competition di K-Street Carnival di Klang Parade dan CITTA Mall. Tak sabar pulak rasanya nak tengok Shuddup N' Dance 2017 ni hah.
Selepas pulang trip dari Penang ke Phuket, Ney bergegas kemas backpack. Eh
kemana? Hahhhhhh Ney ikut trip Jelajah FTRoadpedia Zon Utara anjuran Kementerian Kerja
Raya (KKR) Malaysia. Merentasi 5 buah negeri di sebelah utara Semenanjung
Malaysia, iaitu dari Kuala Lumpur ke Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, dan
Perlis melalui Jalan Persekutuan. Memang ulang alik utara je Ney ni! Jalan Persekutuan merupakan jalan utama
tetapi orang ramai selalu menganggap Jalan Persekutuan ialah jalan lama atau
jalan kampung.
FTRoadpedia bermaksud Jelajah Bermaklumat melalui jalan-jalan
persekutuan (Federal Trunk Road). Ramai tidak sedar bahawasanya melalui Jalan
Persekutuan lebih menarik berbanding melalui jalan alternatif atau lebuhraya.
Memandangkan kampung nenek saya di Kampar, Perak, Ayah sejak dulu lagi memang
gemar melalui Jalan Persekutuan. Jujurnya, saya pun tak tahu jalan kampung yang
selama ni Ayah lalui untuk kami pulang beraya di kampung rupa-rupanya jalan
utama atau jalan persekutuan. Haha! Saya juga lebih gemar melalui jalan-jalan
persekutuan kerana menyusuri kampung, hutan dan pecan-pekan luar Bandar yang
menyeronokkan suasana perjalanan. Makan, lawat, rehat dan rawat komponen
jelajah FTRoadpedia kali ini. Apa destinasi menarik wajib pergi sepanjang Jalan
Persekutuan menghala ke utara? Hah saya senaraikan apa yang saya sempat singgah
dan lalui:
Bila dapat tahu berpeluang untuk menaiki Libra Star Cruise dari Pulau Pinang ke Phuket, hati gembira tak terkata! Ini nukan kali pertama saya menaiki cruise, pernah cuba di Bali, Indonesia dulu tpi cuma untuk day trip ke Nusa Dua. Bila dapat tahu cruise trip kali ini 3 hari 2 malam dan akan bermalam di atas Star Cruise, wahhhhh! Teruja nya! Dah lah selalu nampak cruise tu parking kat Swettenham Pier Cruise Terminal selama ni.
Sekali dah cuba Artisan Peanut Butter, mesti dah tak boleh lupakan rasa sebenar peanut butter tu -- dulu, masa kerja kat Great Eastern Mall, bila ada Flea Market on weekend mesti beli segala jenis homemade and healthy condiments yang dijual. Selalu sangat rasa tester, terjebak terus lah jatuh cinta dengan homemade foods!
Tapi itulah... masalahnya, selalu tunggu dua tiga bulan sekali baru ada Flea Market jual local homemade food bagaikan tunggu bulan jatuh ke riba. Bila tanya seller ramai jenis jual di merata tempat bukak pop store, tiada tempat tetap. Ada yang tidak aktif, jualan online juga masa tu. Mana nak dapatkan homemade foods sedap macam ni dengan mudah?
Penyaman udara yang berada dalam keadaan optimum akan dapat
memberi faedah kepada pemilik rumah dalam mewujudkan suhu yang nyaman didalam
rumah. Akan tetapi, jika penyaman udara itu tidak diselenggara dan diservis
secara berkala, ia akan menyebabkan berlakunya pencemaran udara di dalam rumah.
Kuman dan kulat boleh membiak di dalam unit penyaman udara,
dan bau hapak akan mulai tersebar ke seluruh rumah. Habuk atau kotoran yang
tidak dicuci akan menyebabkan unit penyaman udara itu menggunakan lebih tenaga
elektrik untuk berfungsi seperti biasa dan akhirnya akan menyebabkan kenaikan
bil elektrik bulanan di rumah anda.
Jadi bagi memastikan penyaman udara anda sentiasa berfungsi
dengan baik, berikut adalah beberapa langkah mudah yang anda boleh lakukan
sendiri di rumah untuk mencuci unit penyaman udara di rumah anda.
Sempat saya ke Pulau Pinang baru-baru ini untuk bercuti kejap. So apa je ada di Pulau Pinang ni? Best sangat ke?
Minggu lepas, sebelum ke Majlis Jamuan Raya di Putrajaya sempat saya ke Bangi untuk facial dulu di Adam & Hawa Spa. Kebetulan spa ni ada promosi bulan ni diskaun sehingga 60% untuk semua treatment terus gigih nak kesini. Kehulur kehilir, kulit terdedah dengan udara kotor, memang wajib nak kena buat facial! Elok sebelum nak datang tu lah jerawat seketul muncul di dagu hah. Saya naik KTM hingga station UKM dan naik Grab untuk kesini. Landmark spa ni bersebelahan dengan Poliklinik Wirabakti dan Medifeet Bangi. Dari tepi jalan besar dah nampak sebab banner punyalah besar alahai!
Korang minat berlari atau berbasikal? Berita baik! -- RUNSTA Back2SEMESTA Run & Ride
Fest 2017
bakal menemui peminat dunia larian dan kayuhan basikal tanahair pada 9 September 2017 di Sekolah Menengah
Sains Tengku Abdullah (SEMESTA) Raub, Pahang Darul Makmur. Acara amal ini dianjurkan
oleh RUNSTA, sebuah kumpulan larian
yang dianggotai bekas pelajar sekolah itu dalam misi menyebarkan pembudayaan
gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia. Acara ini turut dianjurkan
bersama SimplifiJohan. Wah menariknya!
Acara yang
julung-julung kali diadakan ini bertujuan mengumpul dana bagi disalurkan kepada
program pembangunan sekolah tersebut. Bak kata pepatah, tempat jatuh lagikan
dikenang, inikan pula tempat bermain; seiring dengan moto sekolah, ‘Ilmu, Amal,
Budi’, penganjuran acara ini merupakan satu apresiasi alumni terhadap sekolah
tercinta. Hah mana semua alumni SEMESTA tu? Mana? Meh berbakti cepat!
Hi! I think my followers or readers already aware that I am quite active in sport and fitness. Some of them also asked, "Do you use any tracker during your fitness activity?". YES! Definitely yes! But do you know there are two types of trackers which is All-Day Tracker and Training Tracker? I'm using Fitbit Charge for my training tracker, and my Huawei Health apps for all day tracker. But I believe, all of us use training tracker a lot nowadays.