468x60

.

P1 MiFi MX230 di Kota Damansara!

Saturday, December 15, 2012


Haritu kan pergi Kota Damansara untuk Dis.Rupt.Edu Competition 2012? Saya stay at Tune Hotel Kota Damansara for few days. 4 hari, 3 malam. nak prepare untuk competition mestilah kena ada internet kan sebab kalau nak wifi kena add on. mujur ada MiFi MX230 bersama. ringan dan senang dibawa MiFi ni.

Dengan kelam kabut memerlukan internet untuk preparation segala benda untuk competition, dan semua orang kalut mencari internet juga, saya terus on MiFi ni dan share bersama rakan-rakan sebilik seramai 4 orang. Alhamdulillah walaupun penerimaan signal cuma dapat color merah dan kuning, speed tetap laju! sampaikan kawan Thailand sorang tu cakap "my phone tak pernah boleh surf youtube laju macam ni".




Dis.Rupt.Edu 2012

Tuesday, December 11, 2012

Last week, berhenti seketika memeningkan diri dari belajar sebab pergi competition at Segi University College, Kota Damansara for few days. my project shortlisted top 30 so kena la masuk battlefield. thanks UTP, sebab sponsor kami tidur di Tune Hotel. ok mari lihat gambar sambil membaca caption. dasar malas nak tulis entry ni ;p


malam pertama sampai, belums empat salin baju dan mandi segala, bikpah dah culik saya. konon nak pegi Ikea makan meatballs sekali dah habis. terpaksa lepak makan karipap Ikea tapi duduk dalam McD.


masa masuk bilik dalam Tune Hotel, pergh pergh. besarnya bilik :)



P1 MiFi MX230 beraksi dalam ETS dan UTP

Wednesday, December 05, 2012


Dalam entry sebelum ni saya dah cerita pasal  ToGo™ MiFi MX230 Terkini Dari P1 kan? Sepanjang bulan ini saya memang banyak travel ke destinasi yang berlainan, dan sepanjang sayang on the go tu jugak saya bawak MiFi ini bersama. marilah lihat betapa mudah nya MiFi MX230 ini dibawa kemana-mana. 



ToGo™ MiFi MX230 Terkini Dari P1

Sunday, December 02, 2012




Terima kasih P1 kerana beri saya peluang untuk mencuba MiFi P1 yang baru dan terkini iaitu MiFi MX230! Masa mula-mula bukak kotak MiFi, rasa teruja lihat rupa bentuk MiFi MX230 yang sangat ringan, dan compact. Dengan design yang sangat kecil, ringan hatta mudah disumbat dalam handbag sekalipun, MiFi MX230 sangat sesuai untuk mereka yang sering sibuk kesana kemari travel atau dengan kata lain 'on the go', yang ingin jimat guna data plan tapi banyak sangat gadget so boleh lah connect dengan satu device sahaja, serta untuk mereka yang sangat baik hati nak bawak MiFi pergi lepak kedai makan sambil share connection internet sesama rakan taulan.



this is my 101112 lovestory.

Friday, November 16, 2012




Let's the pictures tells a thousand words to all of you. Each picture tells its own story, shaped by the mood or insights of the person you are at the time you see it.

p/s: I feel like I have so many things to write, so many pictures to post but I just still couldn't find the time to do so. I'm sorry.




Gambar Kahwin Farid Kamil dan Diana Danielle

Sunday, November 04, 2012

Dah kahwin rupanya diorang ni. cam comel je pakaian diorang lain sikit dari yang lain. and memang nampak macam simple tapi comel. ok jum layan gambar. sekarang ni saya malas nak update blog sangat. update blog dah macam update tumblr. LOL





Salam Aidiladha

Thursday, October 25, 2012





12th Convocation Ceremony of Universiti Teknologi PETRONAS

Tuesday, October 23, 2012






Felix Baumgartner jumped from the edge of space and broke the world record! #livejump

Sunday, October 14, 2012


Felix Baumgartner jumped from the edge of space! and broke the world record! not sure the exact figure, but i think 128K++ ft. wow! awesome man~~ Extreme athlete and daredevil Felix Baumgartner, jumped from a capsule nearly 24 miles above the Earth, setting a high-altitude free-fall record, while possibly traveling at supersonic speeds.

He stands to have broken three records: the highest jump from a platform, the longest free fall without a drogue parachute and the highest vertical velocity.


oh actually I'm doing my assignment while waiting for Felix to jump. then, I'm done with my corporate communication assignment, still not jump yet and i decided to go to sleep.. then wokeup, because of the stomachache and saw Felix is not jump yet so I decided to wait again. LOL. Congratulation, Felix Baumgartner and Red Bull Startos!  #livejump

so, here are the photos...all of them are my own photos, screenshot and keep screenshot because too bored. except photo number 1, 4, and 9. too lazy to put the watermark. I'm so sleepy already. good night!




Ibadah Qurban di Kemboja

Saturday, October 13, 2012




Hari Raya AidilAdha untuk tahun 2012 dah semakin hampir. beberapa hari je lagi kan? Hari Raya Haji tahun 2012 ni sesiapa yang nak buat korban dan aqiqah bolehlah buat tempahan Qurban di Kemboja melalui website E-Qurban. dunia teknologi tinggi sekarang ni, semua pesanan dan tempahan secara online sahaja. sambil menjalankan ibadah, sambil bersedekah untuk rakyat Kemboja tidak salah kan?

Jika anda berminat untuk melakukan ibadah qurban atau aqiqah di Kemboja, anda boleh ikuti cara di bawah:



Review: Taken 2

Wednesday, October 10, 2012


hi korunkkkkk *gegedik* lama betei tak update blog sampai bersawang. entah ada ke tak orang nak baca lagi kalau update. hiks. final semester at UTP now so sangat busy! tapi sempat je tengok wayang. dari nak buat review Resident Evil: Retribution sampai lah review Bait, semua pun tak sempat menulis. ok, ni nak buat review Taken 2. best ke cerita ni?



P1 Nomadic Switcher - Kata P1, "Tukar Ke 4G" dengan Ganjaran!

Monday, September 24, 2012



Semua orang inginkan perkhidmatan internet jalur lebar yang berkelajuan tinggi disamping dengan harga yang berpatutan.  Itulah sebabnya, P1 mengesyorkan anda untuk membuat pertukaran dari 3G ke 4G untuk menikmati faedah jalur lebar 4G.

Jika menggunakan jalur lebar 3G di rumah tapi aktif online, anda berkemungkinan tidak mempunyai kuota yang cukup. BAGAIMANA SEKIRANYA, anda diberikan pilihan untuk beralih ke 4G dengan mendapat pertambahan kuota sebanyak 100GB, dan mempunyai kebebasan untuk melayari internet sepuas-puasnya di rumah? Itu bukan semuanya, bagaimana pula jika anda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan 4G yang baru anda langgani barubaru ini?



P1 telah pun mempunyai asas ini dengan merangkumi semua kepuasan anda kerana mereka mempunyai tempoh percubaan 7 hari tanpa risiko. Ini semakin menarik, bukan? 

Akan tetapi sebagai pengguna yang bijak, anda mungkin ingin mengetahui apa lagi yang boleh ditawarkan oleh P1 berbanding pihak lain, bukan? P1 mempunyai 2 lagi sebab yang hebat mengapa anda perlu beralih kepada P1 4G, ia termasuk - rebat RM200 dan telefon DECT tanpa wayar yang mengandungi 200 minit panggilan PERCUMA sebulan! Jadi apa yang anda tunggu lagi?! Beralihlah sekarang ke pelan P1 ForHome™!




 Hanya lawati www.p1.com.my/tukar-ke-forhome untuk maklumat lanjut dan untuk menikmati semua kelebihan 4G!

Bagi pengguna perkhidmatan jalur lebar yang sentiasa bergerak ke mana sahaja (on-the-go), anda akan memerlukan sambungan jalur lebar 4G yang stabil untuk lebih efisyen. Jadi, pelan P1 Togo ™ akan membantu anda menjimatkan sekurang-kurangnya sebanyak 57% sebulan.




 Memperkenalkan pelan P1 Togo ™ dengan MiFi, modem WiFi 4G peribadi yang menghubungkan sehingga 8 peranti (7 melalui WiFi, 1 melalui kabel USB) untuk hanya RM69 sebulan berbanding pelan lain. Pelan ini juga didatangkan dengan kuota penggunaan sebanyak 6GB dengan kelajuan 4G tanpa had. Ini adalah penjimatan besar sebanyak 57% daripada perlu membayar pelbagai pelan yang harganya mencecah sehingga RM160 untuk 5GB kuota penggunaan! Tambahan pula, peranti MiFi ini sememangnya PERCUMA jika anda mendaftar dan komited untuk pelan 24 bulan berbanding, daripada anda perlu membayar lebih RM300 untuk peranti daripada syarikat telekomunikasi yang lain! Jadi apa yang anda tunggu lagi? Beralihlah kepada 4G dengan pelan P1 Togo™ dan anda akan menerima rebat berjumlah RM200! Lawati www.p1.com.my/tukar-ke-togo dan mendaftarlah sekarang!

Kini, tidak ada sebab mengapa anda tidak perlu tukar kepada perkhidmatan jalur lebar P1. Dengan mana-mana pelan P1 ForHome™ atau P1 Togo™, sambungan pelbagai, internet mudah akses dan berkelajuan tinggi membolehkan anda mendapatkan segala informasi dan keperluan gaya hidup dalam sekelip mata. Yang menariknya, pertukaran ini didatangkan dengan percubaan 7 hari tanpa risiko. Ini bermaksud wang anda akan dikembalikan sekiranya anda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan P1 selepas mencuba selama 7 hari. 

 Jadi, apa kata anda? Tukarlah Sekarang!



Kesayanganku, Huda.

Sunday, September 09, 2012


masa mula-mula jumpa si perut jelly ni, bulan March 2010. first time jumpa, dah kegilaan meroyan tengah-tengah East Coast Mall tu. kami dah lama kenal sebenarnya. dah bertahun kenal, barulah jumpa first time tahun 2010 tu. masa ni kami kurus lagi. eh?




Nurul Syuhada Nurul Ain letak jawatan

Thursday, September 06, 2012


Pengacara TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain dikatakan telah meletak jawatannya di TV3 dipercayai bermula hujung bulan ini. Sebab perletakan jawatan beliau dikatakakan untuk menumpu sepenuh perhatian kepada keluarga dan menyambung pengajian. Tapi tidak dapat dipastikan sama ada ianya juga mempunyai kaitan dengan kritikan yang dilempar kepada beliau atas kenyataan Bintulu "daif" ketika lintas langsung Perarakan Merdeka 31 Ogos yang lalu.

“Saya pasti ramai yang akan memberi persepsi peletakan jawatan saya ini berkaitan dengan kontroversi baru-baru ini, tetapi saya ingin tegaskan ia memang tidak berkaitan langsung dengan apa yang telah berlaku" - Nurul Syuhada Nurul Ain




Farid Kamil dan Diana Danielle Bertunang

Tuesday, September 04, 2012


Farid Kamil dan Diana Danielle yang sudah bercinta selama tiga tahun akhirnya mengikat tali pertunangan pada hari Ahad yang lalu di kediaman Diana Danielle di Damansara. Majlis pertunangan tersebut berlangsung sekitar pukul 4 petang dimana dikatakan Diana telah menerima sebentuk cincin yang disarungkan oleh ibu Farid sebagai tanda dia sudah ‘diikat’ dengan Farid Kamil. Majlis tersebut sudah dirancang sebulan lebih awal.


Pada majlis tersebut, Diana yang anggun mengenakan baju kurung corak songket dengan tatarias jurusolek Chot menerima tiga dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas lima dulang. Antara hantaran yang diberi termasuklah senaskhah Al-Quran, pakaian dan kasut. Manakala tarikh perkahwinan Diana Danielle dan Farid Kamil masih lagi belum ditetapkan, tetapi pertunangan mereka akan diikat selama setahun sahaja.



Eid Mubarak

Sunday, August 26, 2012


SELAMAT HARI RAYA! ok, slowpoke sangat. dah hari raya keberapa entah baru ada masa nak update blog. almaklumlah dah final year kat UTP maka, bajet macam final year student yang busy kengkonon. lepas raya ada final exam macam ni lah nak raya pun tak best sangat. so tahun ni, turn beraya di PERAK! yeah, Kampar Perak yang macam lah jauh sangat dari Tronoh yang gersang ini. sejam je dah boleh sampai sebenarnya... zzzz... eh cop! kenapa letak gambar dengan roomate ni? haha~





#TwtupBerbukaUTP

Sunday, August 12, 2012

tahun lepas pernah organize iftar gathering budak blogger + twitter. tahun ni saya organized lagi iftar sesama UTPian, #TwtupBerbukaUTP. seramai 60 orang datang okeh khamis lepas? meletopz sangat UTPian semua.





dua puluh empat tahun kehidupan.

Saturday, August 04, 2012


Bismillahirrahmanirrahim... alhamdulillah, genap duapuluhempat tahun kehidupan di dunia ini pada tiga haribulan lapan dua puluh dua belas yang lalu. syukur kepada-Nya aku masih bernafas hingga ke hari ini, walaupun semester ini dah sepuluh kali pergi klinik. cipta rekod kesihatan paling banyak penyakit di sana mungkin? di entri dua puluh tiga, dua puluh dua dan seterusnya, tak sangka dua puluh empat tahun sudah berlalu dan saya masih belajar dan terus belajar untuk hidup. remember, learn to see things backwards, inside out and upside down to make me as a better person. reach high, for stars lie hidden in my soul and dream deep, for every dream precedes the goal. Semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah.


usia dua puluh empat tahun ini juga, terharu dapat kek hari lahir. rasanya, sejak tadika tak pernah ada dah kek harijadi. terima kasih untuk awak, yang susah payah buat saya terkejut malam tu dengan semua ni. rasa terharu bila ada orang berusaha untuk buat kita gembira. peluk teddy gemuk kuat kuat sampai lena setiap hari ketika lelapkan mata. hadirnya awak dalam hidup saya, dah cukup buat saya gembira setiap waktu. your presence is my best birthday present.

Doa saya, moga saya terus kuat dan tabah untuk meneruskan kehidupan ini kerana usia duapuluhempat belum lagi pengakhiran ceritera hidup saya ♥



Review: Step Up Revolution



Release Date: 02 August 2012
Language: English
Genre: Musical / Dance
Duration: 1 Hour 39 Minutes
Director: Scott Speer
Cast: Alyson Stoner, Adam G.Sevani, Stephen Boss

selepas menonton Total Recall, terus pergi sambung tengok Step Up Revolution pulak. bab-bab marathon movie ni gigih sikit sebab tengok hari jumaat, pakai harga student murah haha~ rasa macam baru je lagi tengok Step Up 3D masa intern hari tu, ni daha da Step Up revolution pulak dah. 




Review: Total Recall




Release Date: 02 August 2012
Language: English
Genre: Action / Adventure / Science Fiction
Duration: 2 Hours
Director: Len Wisemen
Cast: Colin Farrell, Bill Nighy, Bryan Cranston, Kate Beckinsale, Jessica Biel, Ethan Hawke

dah ramai sangat selalu duk tanya kat Twitter, filem ni berapa jam? lama ke? siapa berlakon? hah lepas ni buat review nak letak semua details siap-siap. hehehe.. semalam tengok Total Recall, lepas dipengaruhi akwan-kawan Twitter yang katanya filem ni best gila. ye ke? cerita pasal apa entah?




Review: Ice Age 4 Continental Drift



baru tengok Ice Age 4 last week. sangat slowpoke rasanya. haha~ Mula-mula rasa malas nak tengok, tapi sebab dah tengok Ice Age sebelum-sebelum ni, rasa tak lengkap kalau tak tengok jugak. Seperti biasa, filem Ice Age akan dimulakan dan diakhiri dengan babak kejar mengejar antara tupai tanah dan buah keras. Cerita dia bermula dengan Scrat yang cuba memiliki Hazelnut kesayangannya dengan bermacam macam halangan bumi terbelah kononnya. terpecah habis semua benua gara-gara si Scrat ni ha. babak pertama dah menunjukkan lawak! comel betul Scrat.




Review: The Dark Night Rises




dah tengok cerita Batman ni hari kedua dia keluar lagi. Then tak sempat-sempat nak buat review. dasar pemalas. haha~ siapa tak kenal Batman kan? superhero semua orang dari kecil ni. selepas beberapa tahun tak menonton filem Batman ni, ingatkan dah takde langsung cerita Batman baru. Christopher Nolan finally lengkapkan jugak trilogi cerita Batman dia ni. Dalam the Dark Night Rises, Nolan buat macam filem ni filem Batman without a superhero. why? jengjengjeng...




Candle Light Birthday Iftar at Moven Peak Restaurant

Sunday, July 29, 2012


Semalam, 29 July 2012 ada orang belanja makan kat Moven Peak. advanced birthday treat katanya. oleh sebab bulan puasa, ambil kira sebagai iftar la kiranya. mula-mula sampai Ipoh, cari Aki dan Yaya di AEON Ipoh. sambil tunggu diorang habis tengok wayang, pegi jalan-jalan shopping apa yang patut dulu. lepastu buat jumpa Aki and Yaya, kami buat icebreaking pulak depan reject shop sampai pukul 630 petang. apakejadah duk bergossip sambil mengumpat lama-lama entah kat situ. oleh sebab Aki dah reserve, so kami lek lek je la.



Tudung Raya Terbaik Dari Ladang!

Thursday, July 26, 2012


DAPATKAN KOLEKSI TUDUNG EKSLUSIF DENGAN HARGA TERBAIK SEPANJANG RAMADHAN INI UNTUK HARI RAYA ANDA!


Terbaik Dari Ladang menawarkan koleksi tudung yang eksklusif dan menawan dengan harga yang sangat berpatutan. Pelbagai tudung eksklusif yang terbaik dari ladang akan membuatkan wanita kelihatan anggun dan bergaya!




Outing.

Friday, July 20, 2012



Ahad lepas, saya dan rakan-rakan buat aktiviti outing ke Ipoh. kami seramai 16 orang semuanya. konvoi habis empat kereta. kemain ramai kan kan. memula kami plan nak gerak pukul 7 pagi, tapi akhirnya pukul 8 pagi baru bergerak ke Buntong Falls. entah mana-mana entah si Fahmi ni plan bawak kami. terpencil je tempatnya sampai kami was-was betul ke dalam hutan ni ada waterfall? then, kami hiking...



#34 Wordless Wednesday - Chicken Foldover Buy 1 Free 1

Tuesday, July 10, 2012



Obtain your official coupon here: http://bit.ly/LZCWf4



Gambar Perkahwinan Ratu Rock Ella dan Azhar Ghazali

Sunday, July 08, 2012


Selepas 9 tahun bercinta, dan hanya dengan sekali lafaz Ella atau nama sebenar Norzila Aminudin, 46 tahun sah bergelar isteri kepada Azhar Ghazali dengan mas kahwin RM50,300. Sebelum itu, Ella dan Azhar terlebih dahulu mengikat tali pertunangan dan kemudiannya diteruskan dengan majlis akad nikah. Majlis pernikahan Ella dan pasangan, Azhar Ghazali telah berlangsung di rumah keluarga Ella, Teluk Gadong, Klang dan seramai 300 orang tetamu dijemput hadir ke majlis pernikahan mereka. Majlis resepsi pasangan ini pula bakal dilaksanakan pada 1 Disember di PICC, Putrajaya dan 8 Disember di Muar, Johor. Di bawah ialah gambar-gambar malam berinai dan majlis pernikahan mereka. credit to: rotikaya dan ministry of moment. cantik jugak Ella ni kalau tak mekap. kekekeke~




Urban Escape

Thursday, July 05, 2012


kadang-kadang apa yang kita tak plan tu lah paling best dan enjoy kan? Sabtu lepas, saya dan rakan-rakan membuang tebiat. semuanya gara-gara si Farahin ni mimpi apa ntah nak keluar dari gua (baca: bilik) dia so ajak tengok pemandangan. sepanjang perjalanan dia diam taknak kasitau ke mana akan dia culik saya dan Ash petang tu.



Review: The Amazing Spider-Man




Unplanned activity sebenarnya nak tengok The Amazing Spider-Man tengah malam tadi. kawan beli tiket and tak dapat pergi so dia jual tiket separuh harga kat kawan-kawan. maka, dapat lah tiket harga RM7, instead of RM14 harga asalnya. fuhfuhfuh harga tiket kat Ipoh memang mahal gila compare to Kuantan. hiks.. so, jam 10.20 malam , bersamaan dengan hari Rabu saya dan rakan-rakan pergi lah menonton The Amazing Spider-Man di TGV Cinemas, AEON Ipoh.



Malam Nisfu Syaaban

Wednesday, July 04, 2012



Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. (wikipedia)




Gambar dan Video Perkahwinan Irma Hasmie dan Redza Syah

Tuesday, July 03, 2012


Redza Syah Azmeer dan Irma Hasmie selamat dinikahkan dengan sekali lafaz oleh bapa Irma Hasmie dengan mas kahwin sebanyak 3 Dinar tunai di Dewan Persidangan Putrajaya, pada 29 Jun 2012 yang lalu. Pengantin lelaki memakai baju rekaan Ezuwan Ismail dan telah menerima 13 dulang hantaran manakala Irma Hasmie yang mengenakan busana rekaan Hatta Dolmat Couture telah menerima 11 dulang hantaran. Majlis resepsi Irma Hasmie dan Redza Syah pula diadakan pada 1 Julai di MAEPS, Serdang. Jum lihat gambar-gambar perkahwinan mereka oleh The Kliker. Wah bertunang pun gojes, dah kawen lagi gojes! 




Review: Abraham Lincoln: Vampire Hunter

Saturday, June 30, 2012


last weekend, pergi buang masa marathon movie. mula-mula plan nak tengok madagascar je, tapi dah alang-alang waktu tu macam ok je sambung tengok abraham lincoln terus. katanya, best cerita ni. hehehe...alang-alang dah tengok wayang kat GSC Ipoh Parade which is murah sikit, compare to TGV AEON Ipoh tu hah. errr..tapi madagascar malas nak review sebab dah lama sangat. hahaha...apa pun movie tu funny. best gelak-gelak segala. kasi 4 bintang daripada 5 untuk madagascar.

filem arahan Timur Bekmambetov ini menceritakan tentang kehidupan rahsia Abraham Lincoln  atau lebih dikenali sebagai Abe lakonan Benjamin Walker, salah seorang presiden US. Abe digambarkan sebagai pemburu pontianak dalam filem ni. tapi tu kerja full time diam diam la. kerja part time dia jadi budak stor kedai je. mula-mula ingat filem ni filem macam sejarah ke apa, rupanya dah diolah ceritanya si Abe ni jadi pemburu pontianak pulak. Abe ni nak balas dendam ke atas pontianak, yang membunuh ibu kandungnya. Beliau yang kebetulan berjumpa dengan Henry Sturgess (Dominic Copper) belajar cara-cara untuk membunuh pontianak.



 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates