Althea keluarkan produk baru lagi! Wahhhh cargas nampaknya Althea berterusan mengeluarkan produk-produk terbaru untuk mereka yang nak cantik persis wanita Korea. Setakat ni Ney memang guna produk-produk dari Althea sebab kulit Ney serasi dengan produk mereka dan tak pernah ada masalah. Sebab tu dalam senarai 10 produk dari Althea Korea yang wajib beli Ney tulis sebelum ni pun kebanyakkannya adalah produk jenama Althea sendiri. Kali ni, Ney nak review Althea Milk Peel Cream Mask. Milk? Susu? Produk berasaskan susu ke macam mana tu agaknya?
Ney dan suami memang penggemar San Francisco Coffee walaupun cuma Ney yang minum kopi tapi dia minum hot chocolate. Bukan minuman je, satu lagi kegemaran kami di San Francisco Coffee mestilah butterscotch muffin nya. Sedap tau! Lagi-lagi bila musim hujan sekarang ni, balik kerja dapat pulak kopi dan muffin panas-panas. Nikmat tak terkata perasaannya haha!
Semalam kebetulan Ney ada meeting di Johor Bahru. Kecewa juga tak dapat ke Hanoi untuk sokong pasukan Harimau Malaya di Final AFF Suzuki Cup 2018. Sedapkan hati, takpe.... mesti ada benda menarik nak buat di JB. Tetibe dapat tahu dari timeline Twitter, minggu ni ada Festival JLand 2018 di Tapak Ekspo Bandar Dato' Onn. Apa lagi? Terusssss terjah!
Setiap wanita sentiasa mendambakan kecantikkan. Tak cantik dengan makeup pun, asal kulit sihat sangat bersyukur dah. Alhamdulillah, kulit Ney tak pernah mengalami masalah kulit yang teruk, tapi Ney cuba sedaya upaya menjaga kesihatan kulit dengan produk-produk yang Ney pakai sekarang. Ramai tanya apa skincare routine la, pakai produk apa la, haaaaa kali ni Ney nak share 10 produk dari Althea Korea yang wajib korang ada dalam wish list christmas korang sebab Ney sendiri pakai dan approved dengan keberkesanannya! Sempena Christmas nak dekat ni, atau nak beli hadiah tahun baru untuk makwe ke, boleh la baca senarai 10 produk dari Althea Korea yang menjadi pilihan Ney ni. Ney takde dah wish list lain melainkan jenama yang memang Ney pakai harian sebab kalau dah berkenan tu, memang setia dengan jenama sama je. Kulit pun dah rasa serasi gitu!
Hujung minggu lalu, Ney ke Shah
Alam jumpa adik ipar kejap, lepas tu ternampak AEON Mall Shah Alam belakang
condo dia. Terus decide nak lepak kat situ. Tengah jalan-jalan terjumpa ada
event AEON Wallet Cash Up Challenge
depan Uniqlo tu. Ada pulak staff situ promote pada Ney untuk daftar AEON Member
Plus Visa Card & AEON Wallet. Eh ada kad baru ke apa?
Sejak bertahun-tahun yang lalu, Ney dah layan Teater MUD The Musical ni. Teringat 3 tahun yang lepas, Ney siap dapat naik pentas join sama teater muzikal diorang ni. Salahs atu sebab Ney suka dengan MUD The Musical ni sebab diorang banyak interaksi bersama penonton. Sekali sekala kena heret atas pentas berlakon sekali haha! Tak sangka, dah penghujung tahun 2018 ni MUD The Musical kembali lagi!
Untuk kaki travel macam Ney, sunblocks antara benda yang paling utama perlu dibawa dalam bag. Baru-baru ni ke Melbourne, Ney memang bekalkan siap-siap Petal Velvet Sunaway dari Althea walaupun sekarang kat sana penghujung musim Spring nak masuk Summer, tapi kalau dah sekali dia panas tu mencanak matahari atas kepala! Mujur ada Petal Velvet Sunaway ni, terselamat lah kulit muka Ney dari terus sunburn.
Ah yeah....ah yeahh! Hit you with that ddu-du ddu-du du...Ah yeah, ay yeah!
Siapa tak kenal BLACKPINK? Kumpulan artis Korea yang semakin popular sekarang. Paling Ney suka lagu 뚜두뚜두 (DDU-DU DDU-DU) tu la. Teringat-ingat dalam kepala. Berita baik untuk pencinta kpop semua, MacpiePro dengan bangganya mengumumkan kumpulan KPOP popular, BLACKPINK yang bernaung di bawah YG Entertainment akan menemui peminatnya di Kuala Lumpur pada 23 Februari 2019. Ahhhh yeah!
Credit photo: Anie |
Hujung minggu ni Ney tak buat apa-apa so Ney sempat join singgah ke Karnival Year End Zakat (YEZ) 2018 di perkarangan Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju. Meriah jugak banyak booth jualan, kaunter-kaunter informasi, dan gerai makanan. Karnival YEZ ni diadakan pada 1 & 2 Disember 2018 dari jam 9 pagi hingga 9 malam.
Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism Show atau MAHA datang lagi tahun ni. Setiap kali nama MAHA ni keluar, memang rasa teruja dan tak sabar nak pergi. Masih dengan tema Makanan Kita Masa Depan Kita, MAHA ni acara dwi tahunan yang berkaitan dengan pertanian dan hortikultur terbesar di Malaysia. Dua tahun lepas, Ney dah singgah ke MAHA2016, so tahun ni MAHA2018 of course Ney teruja nak tengok apa yang ada. MAHA 2018 akan berlangsung selama 11 hari bermula pada 22 November hingga 2 Disember 2018 di MAEPS, Serdang.
Berlambak berita tentang putus tunang, dan cerita-cerita tragis yang Ney selalu dengar. Bukan baru benda ni, dah banyak kali jadi jugak dengan kawan-kawan disekeliling Ney. Tapi, jika pasangan memutuskan pertunangan di saat akhir menjelang perkahwinan, apa hak dan keadilan untuk kita? Ada Ney baca banyak artikel dan ulasan Peguam Syarie di negara kita ni tentang undang-undang yang mengatakan mangsa berhak menuntut ganti rugi. Betul ke?
Sebagai seorang wanita, kalau takde sakit sengugut atau period pain waktu datang haid, MasyaAllah rasa bersyukurnya! Tapi kebanyakkannya akan rasa sakit sengugut yang teruk rasa macam ada makhluk tengah tumbuk perut kita, jatuh berguling-guling lah kita menahan sakit kan? Sukar nak dibayangkan betapa sakitnya, kalau ada yang tak pernah mengalaminya bertanya.
It is time for you to step into adulthood. To start planning for your future and to start a family of your own soon. You start looking at different websites to do your research on buying a house in Malaysia. In addition, there are many schemes available out there for home buyers, such as the PR1MA scheme. However, you are swarmed with the negative comments by people around you telling you various horror stories that you can ever imagine, e.g.: the debts that you got yourself into after getting your first property in Malaysia, the tedious process of getting a property in Malaysia and the commitments you get yourself into when you start buying a property in Malaysia. And one of the most important things that most people missed out on is: home insurance.
Setiap pagi, korang ambil tak sarapan
pagi sebelum ke kelas atau ke tempat kerja? Mungkin tak sempat, tapi sebelum
mula bekerja, makan tak apa-apa? Ramai antara kita yang mengabaikan sarapan
pagi sebab kesuntukan masa. Yelah, kalau dah subuh pun subuh gajah, nak bangkit
dari katil punya banyak alasan, mana sempat nak sarapan pagi kan? Tahukah anda,
sarapan pagi adalah sangat penting dan tidak patut diabaikan? Kenapa kita tak
patut meninggalkan sarapan pagi?
Ingat Ney pernah cerita pasal aplikasi Cannis yang mempunyai 7 fungsi hebat dalam satu aplikasi? Hah, aplikasi mudah alih Cannis telah berjaya mengumpul 100 ribu pengguna dalam masa kurang dari dua bulan. Bayangkan ramai gila? Dan bestnya, Cannis juga bakal menjadi bintang terhebat di Nasdaq, Amerika Syarikat. Wow!
Selalu bila nak pindah barang mesti rasa susah nak cari lori kan? Kadang-kadang nak pos barang customer atau COD barang yang bersaiz besar pun rasa payah sebab Ney takde kereta. Kecewa juga bila ada masalah logistik ni. Bayangkan kadang-kadang terpaksa menahan malu minta tolong kawan-kawan semata-mata nak hantar 3 kotak kuih ke sekitar Klang Valley je? Tu belum hal pindah lagi. Baru ni Ney pindah dari Bangsar ke Kota Damansara ulang alik 5 kali naik kereta suami tau?
Bila nak tiba hujung minggu, pasti Ney cari aktiviti untuk diluangkan bersama yang tersayang. Bersama suami ke, keluarga ke atau kawan-kawan. Ye lah dah 5 hari stress kerja, hujung minggu memang nak enjoy sepuas hati lah. Minggu lalu, Ney, suami dan kawan-kawan singgah ke Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan di Seksyen 13, Shah Alam. Wah suka betul makan steamboat bbq boleh main masak-masak haha!
Siapa je tak teruja nak menanti 10 Oktober atau 10.10 ni sebab banyak sales di semua tempat sempena 10.10. Tak terkecuali, Lazada akan mengadakan Lazada Super Beauty Day untuk orang-orang cantik macam kita ni. Eh?
Dengan potongan harga sehingga 80%, yang hanya sehari iaitu 10.10, Lazada Super Beauty Day merangkumi pelbagai jenis produk kecantikkan terpilih. Bayangkan ada jenama Klairs, Innisfree, Maybelline dan sebagainya dan kita dapat harga lebih murah! Bukan tu je, jenama lain dari luar negara seperti Urban Decay, AHC, NYX, Dove, Olay, Eucerin, Clinique, Biotherm dan Neutrogena juga ada diskaun hebat pada 10.10 nanti.
Lazada Super Beauty Day juga menawarkan Flash Sales pada jam 12am, 9am, 2pm, dan 7pm, ada juga pelbagai Vouchers, Set Bundle, dan tawaran beli 1 percuma 1! Wah banyaknya offer menarik boleh shopping sakan esok pada 10.10! Paling best mestilah yang Buy 1 Free 1 tu.
Ada lagi yang menarik! Hanya di aplikasi Lazada, ada game Super Beauty Day Slash It! Mudah je, korang hanya perlu:
1. Muat turun dan daftar masuk ke aplikasi Lazada
2. Pilih produk yang korang nak dalam katalog Slash It!
3. Kongsi kepada rakan-rakan untuk membantu korang slash produk tu.
4. Jika target nombor berapa korang nak slash tu tercapai, beli produk tu dengan harga yang tak terjangkau di akal!
Jangan lupa join Lazada Super Beauty Day ni esok! Menyesal nanti tau kalau tak rebut peluang macam ni sebab ada banyak tawaran menarik. Maklumat lanjut bolrh layari di: website www.lazada.com.my.
Rasanya dah lama ney tak review lipstick. Bila dah usia 30 tahun ni, semua jenis warna lipstick teringin nak cuba. Baru-baru ni Ney diperkenalkan dengan lipstick baru dari jenama Korea, Swanicoco Show The Velvet Lipstick. Swanicoco ni dengar kata the hottest brand in Korea pada tahun 2018 dan jenama No. 1 produk semulajadi di Korea. Tapi nak kena terbang ke Korea ke kalau nak dapatkan Show The Velvet Lipstick ni? Tak perlu! Swanicoco telah berkolaborasi bersama 50Gram Sdn Bhd untuk menjual lipstick ni di Malaysia. Wah, maknanya 50Gram ni yang pertama menjual lipstick Swanicoco ni dan penghantarannya juga ke seluruh Negara!
Okayh tajuk je acah English. Nak bercerita di sini bahasa rojak jugak. Haha! Pulang dari Royal Belum dan Kuala Kangsar, kami terus ke Penang untuk sambung honeymoon. Dari Padang Rengas, Kuala Kangsar kami naik Komuter untuk ke Bukit Mertajam, dan kemudiannya terus ke Batu Feringghi, Pulau Pinang untuk menginap di sana. Kalau dah datang Penang ni bukan honeymoon je tapi memang macam-macam boleh buat! Sudah banyak Ney kongsikan tempat menarik di Pulau Pinang sebelum ni, tapi yang ni Ney cerita tempat Ney belum jelajah ok?
Siri honeymoon kami ni memang takkan pernah habis rasanya. Actually tak plan nak honeymoon pun tapi Sayong Resort Kuala Kangsar buat surprise! Niat asal kami ke negeri Perak lagi ni sebab kami nak ke Royal Belum sebenarnya. Cuma bila fikir macam penat nak straight terus ke Gerik, kami ambil keputusan berehat semalam di Kuala Kangsar dulu dan booking Sayong Resort. Ye lah, Kuala Kangsar ke Gerik dah tak jauh kan?
Hujung minggu tak buat apa, sempat Ney singgah ke Greenfield Residence Sales Gallery di Bandar Sunway baru-baru ni. Kebetulan sedang mencari rumah untuk dibeli, dan Greenfield Residence buat open day sempena sambutan Mid Autumn Festival atau selalu orang panggil mooncake festival, wah terus semangat nak datang event ni. Alang-alang ushar rumah baru, ada pulak festival menarik apa salahnya kan?
Chef Burin Pongchang dari Royal Orchid Sheraton Hotel & Towers, Bangkok |
Sepanjang bulan September ini, Nook di Aloft Kuala Lumpur membawa khas chef Thailand, Chef Burin Pongchang dari Royal Orchid Sheraton Hotel & Towers, Bangkok. Promosi Tantalisingly Thai akan mempersembahkan makanan-makanan Thailand masakan Chef Burin. Wahhhh dah lah Chef Burin ni chef yang berpengalaman selama 30 tahun, mesti sedap belaka masakan dia kan?
Ingat tak dalam entry sebelum ni tentang bulan madu di Pulau Langkawi, Ney cakap honeymoon kitorang macam program TV Romantika kan? Hahaha! Ye Episod 01 di Pulau Langkawi, Episode 02 di Hatyai, Thailand! Dan macam biasa, sebelum update di blog ni, kisah travel kami ni dah viral di Twitter dan blog lain. Betul ke dengan kos RM200 untuk 2 pax, boleh travel ke Hatyai?
Hujung minggu lepas waktu cuti Merdeka, lepas camping dengan Suami di Ulu Slim, Perak kami terus naik ke Ipoh untuk jalan-jalan dan tidur semalaman. Ney dan suami Ney both study di UTP, Tronoh dulu so kitorang saje singgah Ipoh nak imbau nostalgia tempat outing dulu-dulu. Ye la dulu study kami bukan bercinta pun, tak boleh nak feeling outing date macam orang lain haha!
We both travel a lot. Kaki travel dari dulu berdua atau solo atau bersama kawan-kawan. So, a week after wedding, kami pulang ke kampung halaman Encik Suami di Alor Setar, Kedah. Alang-alang cuti raya Aidiladha kan? Tapi sebelum raya, honeymoon dulu!
Life is hectic since early 2018 for my wedding preparation. Tak sempat nak karang panjang dalam blog sendiri, Ney sempat update Twitter je buat thread. Hajat hati, nanti senang nak refer semula masa nak tulis blog haha! Sampai dah viral sana sini thread tu, ni baru ada masa nak menaip di blog. Alhamdulillah, Ney dah berjaya diijabkabul dengan suami, Shafiq pada 11.8.18 yang lepas... dan almost everything are DIY!
Setiap negeri, berlainan prosesnya. Untuk Ney dan Shafiq, Ney dari Pahang dan Shafiq dari Kedah. Maka, Ney fokus dua negeri ni je ya! Untuk negeri lain boleh check dengan Pejabat Agama Islam negeri masing-masing.
Kalau tanya apa kegemaran rakyat Malaysia ni, mesti ramai akan jawab Nasi Lemak. Kalau tanya kawan-kawan yang datang melawat negara kita ni pun, menu wajib pasti disebutnya Nasi Lemak. Nasi Lemak antara signature traditional dish untuk Malaysia, dan orang cakap, padu nya nasi lemak tu terletak pada sambalnya. Betul ke tu?
Rasa macam dah jarang join marathon atau running sejak sibuk ni. Bila Nisa Kay duk ajak register Ice Watch Light Up The Night Run 2018 di IOI City Mall, rasa teruja nak berlari semula! Lagipun tema larian ni nampak menarik. Apakah yang menarik tu agaknya ya?
Kaki contest semua mesti teruja kalau Ney share ada contest menarik akan datang sempena Hari Kebangsaan Malaysia kan? Ye la, bila dah masuk bulan kemerdekaan ni memang lambakkan contest wujud, dan masa ni lah nak grab menang macam-macam hadiah menarik. Tak lepaskan peluang, YEO’S juga ada buat contest tau?
Lambakkan aplikasi baru sekarang menandakan dunia teknologi semakin maju dan kita semakin ke arah dunia digital sepenuhnya. Begitu juga dengan Cannis App, sebuah aplikasi terbaru yang dilancarkan baru-baru ni. Bukan sahaja platform untuk jual beli, blockchain, live video atau e-dagang, aplikasi Cannis juga ada pelbagai fungsi lain yang dapat membantu model perniagaan dan memacu gelombang baru dunia digital. Apakah Cannis App ni sebenarnya?
Ney selalu rasa macam penat nak mengemas rumah dua tingkat, lagi-lagi sampai 4 bilik dan 3 bilik air rumah ni. Fuh, boleh patah pinggang woi nak cuci rumah sorang-sorang macam ni. Selalunya, tempah je dari maid luar buat part time cuci rumah, tapi macam payah nak dapat yang konsisten boleh datang. Mujur diperkenalkan dengan Mobile Muslim ni, mudahnya tempah perkhidmatan pembantu rumah untuk kerja pembersihan rumah.
Kenapa kanak-kanak perlu minum susu? Susu merupakan sumber yang baik bagi pelbagai nutrien yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan sempurna kanak-kanak kerana ianya kaya dengan nutrien penting seperti vitamin D, kalsium dan berbagai nutrient lain.
Baru-baru ni heboh diperkatakan netizen, salah satu kedai kopi paling padu di Penang, yang diusahakan oleh nenek berbangsa Cina yang sudah tua. Ternyata, betapa padunya kopi dia sejak turun temurun, tapi pernah terfikir tak kalau tradisi pembuatan kopi yang sedap tu tak dikekalkan untuk generasi akan datang? Sayangkan?
Setiap kali ke Domino's Pizza, bukan pizza je Ney order tapi wajib Ney order dessertnya sekali. Dulu Ney memang suka makan Banana Kaya di Domino's Pizza tapi nampaknya sekarang Ney ada faveret baru di Domino's Pizza iaitu Blueberry Cheesecake Lava Cake yang terbaru! Korang dah cuba tak?
Sebagai individu yang tersangatlah aktif di laman media sosial blog, twitter, facebook dan juga instagram, sudah semestinya Ney tak akan terlepas dari menghadiri Malaysia Social Media Week setiap tahun anjuran Social Media Chambers. Tahun ni, MSMW2018 diadakan di MITEC Kuala Lumpur. Syukur, masih diberi peluang untuk berkumpul dengan pengguna media sosial yang lain .Hebat-hebat mereka ni tau!
Dulu bila nak rasa suasana ala-ala San Francisco, selalu minum kopi di San Francisco Coffee (SF Coffee) tapi kena pergi Kuala Lumpur atau Selangor area je la ada. Pulang ke Pulau Pinang, menggagau cari SF Coffee. Kadang-kadang sampai teringat-ingat aroma kopi arabika yang menyengat hidung tu. Fuh!
Dulu hidup Wan Azmira susah, ye lah kan bila baru habis belajar, nak mulakan fasa baru tu memang susah sikit nak survive. Lebih-lebih lagi datang ke kotaraya besar seperti Kuala Lumpur untuk mencari kerja yang bagus, dan pendapatan yang stabil ni bukan satu perkara yang mudah dilakukan. Gigih lah kita kesana sini menaiki public transport seperti bas dan LRT untuk terus melangkah.
The continued proliferation of condominiums of late (and of condos for sale) is an impending sign of change. The shift in the property market from landed single-family homes towards high-rise (or low-rise) condominiums is becoming an attractive option to both the young and the old. Living in the city is expensive, given that extra square footage comes at a cost. Thus, whether empty-nesters, or birds that have flown the coop, anyone can appreciate a nice condo, however small it may be.
Salam Syawal ke 6. Amacam? Best tak raya korang semua? Ney dari hari raya pertama hingga ketiga sibuk melayan tetamu berkunjung ke rumah. Tradisi kunjung mengunjung ziarah sanak saudara dan sahabat handai ni memang wajib setiap kali hari raya. Tu belum lagi nak memenuhi jemputan rumah terbuka sana sini. Kami pun dah huru hara macam restoran je memasak tak henti. Kelam kabut jugak bila ramai sangat tetamu datang beraya serentak ke teratak kecil kami ni. Alangkah seronoknya kalau ada rumah yang lebih besar kan?
Kali pertama jejak kaki ke sini, Ney terpegun tengok design bangunan ni. Cantik! Dan tidak sangka, di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) juga ada Bufet Ramadan disediakan. Sajian istimewa bertemakan ‘Citarasa Berbeza’ menghidangkan masakan tradisional dan ala-ala masakan ibu di rumah yang pasti menambat selera korang semua!
Tengah kemas rumah tadi, Ney baru sedar banyak bil belum dibayar. Dah nak penghujung May ni cepat je rasa masa berlalu. Tengok timbunan bil PTPTN, UMobile, Celcom, TNB, dan macam-macam lagi bil yang sampai rasa serabut kepala. Tapi sekarang zaman dah maju. Macam-macam medium boleh kita guna untuk bayar bil dan slaah satunya ialah JomPAY .